Saturday, September 20, 2008

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

20 ramadhan..

Ramadhan sedang menjejaki 10 malam yang terakhir..Malam dimana dijauhkan daripada azab seksa api neraka.Malam-malam yang terakhir inilah lebih banyak dugaan yang datang..dengan masing-masing sibuk memikirkan soal kuih raya, baju raya yang masih belum cukup 2 pasang, langsir yang perlu ditukar dan sebagainya..Sewajarnya, sisa 10 malam yang terakhir ini diserikan dengan amal ibadah yang tidak putus-putus, qiamulail yang berterusan hinggalah dapat berjumpa dengan keindahan malam lailatul qadar..bertuah sungguh bila diri ini dipertemukan dengan malam tersebut, Insyaallah

Begitu mendalam ana berfikir soal diri dan pembinaan diri ana dalam membentuk mujahidah yang benar-benar tabah dan sabar untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Bilamana kita meletakkan diri kita untuk berjuang demi islam, pelbagai cabaran dan onak duri perlu dilalui.

Apa yang sedang ana fikirkan sekarang?

terlalu bayak masalah yang timbul hinggakan ana tidak putus-putus mencari jalan penyelesaian.
Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah...
Ana perlukan kekuatan untuk menangani masalah yang berbondong-bondong datang.

pertama..

masalah kawan yang ana hadapi sekarang ini. Mungkin perkara ini menjadi lumrah dalam kehidupan kampus bagi mahasiswa bukan? begitulah yang ana fikirkan dan ana juga tidak lari daripada menjadi salah seorang yang perlu menghadapi situasi penuh cabaran ini. Bukan semua orang boleh terima cara kita walaupun kita beranggapan yang kita telah lakukan yang sehabis baik bagi orang disekeliling kita. Hanya diri sendiri yang merasa betapa peritnya dugaan yang Tuhan berikan ini..Memang sakit.Mungkin ujian ini Allah mahu ana lebih kuat dan bertambah iman padaNya, siapa tahu?
cuma apa yang ana harapkan adalah walaupun dugaan ini kadangkala ana rasakan yang ana terlalu lemah untuk menghadapinya, Tuhan dapat memberikan hasil yang lumayan pada masa akan datang.
mencari kesalahan orang lain bukanlah satu cara yang betul. Ana tidak mampu untuk menghalang selain berdoa dan berdoa saban hari dan waktu supaya Tuhan Ynag Maha Adil itu berikan hidayah.
Ana sangat-sangat perukan kekuatan..

kedua..

soal dalaman diri ana sendiri, kapasiti ana , kondisi ana..semuanya berkaitan dengan satu perjuangan untuk islam. Tuhan , berikanku petunjuk..

ketiga..

Masalah belajar yang ana hadapi semakin ketara bila ana mula berada dalam tahun ketiga diploma perakaunan (D.I.A)..tidak semudah yang disangka.Setakat ini, markah yang ana dapat sekadar 'cukup-cukup makan'..
hati siapa yang tidak kecewa.ana telah cuba seboleh mungkin tapi rezeki ana masih belum mencapai tahap yang ana harapkan.Ana perlu bekerja keras dan menghargai masa.
Dengan 24 jam sehari Tuhan berikan, ana perlu lebih bijak membahagikan masa..

Hidup bukan suatu perkara remah yang mana kita sekadar berhibur dan bergurau senda. Bukan konsep sebenar kia hidup dimuka bumi Allah ini. Konsep 'KHALIFAH' yang perlu sama-sama kita laksanakan.

Sunday, September 14, 2008

nukilan hati

Buat hati yang kesepian..

Aku perlukanmu Allah..
Disaat aku rasa benar-benar lemah..
aku perlukan kekuatan..
Kini hatiku merobek-robek kesakitan..
kenapa aku diuji dengan ujian yang begitu dahsyat begini..
Aku kehilangan idea dan mati akal untuk meneruskan berfikir dan terus berfikir..
kenapa Tuhan?
Adakah terlalu banyak dosaku padaMu wahai Allah Tuhan Sekalian Alam?

Tuhan..oh.. Tuhan,
Diri ini terlalu sedih..merintih penuh syahdu..
Kenapa aku dilayan dengan sebegini rupa oleh rakan-rakan ku?
kenapa persekitaran aku begini? Aku begitu kecil hati dengan sikap dan layanan mereka terhadapku.hinggakan ku merasakan sudah tiada hati lagi untuk bercakap dan bergurau senda seperti dulu..

Salahkah aku, Tuhan..
jika aku bertindak mengikut emosi ku?
Aku sudah tidak tahan lagi Tuhan..
Jika selama ini aku yang bertolak ansur, aku yang menghilangkan sendiri rasa kesedihan dan sakit hati yang mereka berikan sebagai hadiah paling berharga..
oh, mungkin bagi mereka satu kepuasan dapat menimbulkan rasa sedih itu supaya terbit dihati ini barangkali…

Hanya disebabkan aku berteman rapat dengan seorang insan biasa yang Kau cipatakan juga sudah dikira satu kesalahan besarkah Tuhan?
Aku sungguh tidak faham dengan rentak pemikiran disini..
Mungkin satu perbuatan terkutuk bagi mereka sebab itu aku dilayan sebegitu rupa
begitu jijik rasa diri ini dilabelkan bagi pihak mereka..
Bukankah memuliakan tetamu itu satu tuntutan yang telah Kau perintahkan?
padahal insan yang menjadi temanku itu mempunyai persaman jantina dan tidak salah rasanya untukku berkawan dengannya..
Ah, penat sangat otak ini berfikir..ligat berputar.
Aku tidak larat lagi dengan semua ini..
Pergilah semua orang dengan fikiran masing-masing..
Tak mampu untukku menjaga hati orang lagi..
sampaikan hati sendiri yang terguris dan merana..

aku perlukan kekuatan , Tuhan..

abah tersayang

Bismillah..

Teringat pada abah dikampung halaman..
Ana doakan buat abah tercinta supaya cepat sembah dan sihat seperti sediakala..
Betapa kuatnya abah..
Tahukah walau abah sakit dan tidak boleh banyak bergerak akibat kemalangan yang mengakibatkan tulang rangkanya patah empat 2 hari sebelum tibanya Ramadhan Al-mubarak, tapi abah masih gagahkan diri solat terawih dirumah dengan duduk diatas kerusi?
Abah memang hero yang paling kuat di dunia.. Abah sakit di luar tapi dalaman abah kuat..
Sedih dan terharu bila ana menelefon emak tempohari dan emak menceritakan perihal abah..
Kalau dilihat masa kini, umat islam sendiri yangTuhan berikan kesihatan yang baik dan sihat walafiat untuk beribadat padaNya tapi masih ramai lagi yang tidak solat terawih dan berseronok bergelak ketawa dikala orang lain mengabdikan pada Allah dimalam bulan puasa benuh berkat ini..Itu yang diri ini nampak , yang memang jelas didepan mata..
Tuhan beri dia istidraj ..bersenang-senang dengan nikmat yang melimpah ruah tapi Zat Allah itu tidak ingat dan terfikir pun datangnya nikmat yang banyak dikurniakan itu.
harap,satu masa nanti datang hidayah Allah..kepada mereka. siapa tahu?
Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..ana berdoa agar Tuhan yang Maha Kaya itu membuka pintu hati orang-orang diluar sana yang mana telah jauh tersesat dan kawan-kawan ana sendiri yang sedang asek leka dengan tipu daya dunia agar ada rasa kesedaran islam dalam dirinya..

Tuesday, September 9, 2008

pahala 'lambak' ?

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

9 ramadhan..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat ana bertemu ramadhan kali ini yang sudah 9 hari lalui..
Sepanjang ramadhan ini, ana cuba untuk mengambil manfaat yang telah Allah janjikan..
Beberapa hari lepas , kuliah subuh daripada Ustaz Kamaruddin dimana ustaz menekankan soal kelebihan ramadhan yang Allah lambakkan. Perkataan 'lambak' ustaz tu buat ana tersentak seketika. Kalau dilihat sekarang ini, bila ada je pasar lambak, borong lambak atau ape2 berkaitan jualan lambak pasti ramai yang berebut-rebut untuk pergi borong. Murahla katakan. Tapi, dengan ramadhan yang tiba ini, ade juga umat islam ( betul2 islam atau sekadar nama? ) buat2 tak tau dan sekadar berpuasa tapi tak ambil lambak pahala yang telah Tuhan janjikan itu.

Apa yang ana tulis ini, sebenarnya ingin ana lahirkan luahan rasa dihati, rasa 1 bebanan pula.
Bagaimanakah caranya untuk ana menegur orang yang ana kenal untuk solat dan mengajak turut serta dalam perkara kebaikan?
Mungkin ada yang akan merasa betapa mudah tugasan ini tetapi kenapa difikirkan terlalu berat untuk ana?
Hati ini hanya Tuhan Yang Maha Esa saja yang tahu. bilaman kita melihat perkara yang kita tidak suka kadangkala ada rasa sakit hati dan boleh menaikkan kemarahan. Begitulah yang ana tanggung. Buat beberapa hari ini, ana tidak dapat menahan marah ana, dan rasa asyik hendak marah sahaja. Tapi, ana cuba mengawal supaya tidak lebih teruk. Itu bukan lagi hasutan syaitan tapi nafsu marah yang datang..bulan ramadhan ini sudah dibelenggu segala syaitan dan jin bukan?

Alhamdulillah , ana dah ok skit. Macamla ana tak tau yang mana sahabat ana itu tidak solat.Solat itu seperti minum air, ibarat melepaskan batuk ditangga.. solat itu sepertimana perkara remeh dan tidak dititk beratkan dalam kehidupan.Ada saja alasan bila diajak buat kebaikan. Tapi tidak pernah pula ana menempelak dia.Nak menarik orang macam itu perlu ada cara.
Penat ana berfikir dan cari jalan dan ini telah masuk tahun tiga dan ana sudah pun semestar 5 tapi masih tak dapat nak tarik lagi..

Ya Allah, Tuhanku kau lah yang membolakbalikkan hati hamba Mu, Ku pohon agar kau tetapkanlah imanku dan Kau lembutkanlah hati temanku itu agar ada kesedaran tentang islam dalam diriny , Tuhan..

Doa ana supaya Tuhan berikan temanku itu hidayah,amin..

Thursday, September 4, 2008

ramadhan ya ramadhan

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


3 ramadhan 1429..

Alhamdulillah ramadhan datang lagi. Perlu buat perubahan untuk diri.. setiap kali datangnya ramadhan bersama-samalah kita mengambil 1001 kebaikan daripada bulan yang penuh kemulian ini. Teringat ana pada tazkirah ustaz kamaruddin beberapa hari yang lepas sebelum ramadhan menjelang, menyebut tentang permulaan ramadhan yang penuh dengan kerahmatan , ditengahnya kemaafan dan diakhirnya dijauhkan daripada azab api neraka ( lebih kurang begitulah )

pertama..

1 ramadhan ana kali ini sangat bermakna kerana dapat juga ana bersahur dan berbuka dengan ahli keluarga ana. Dah lama juga rasanya tidak berkesempatan berkumpul dan makan beramai-ramai begini. Masing-masing sibuk dengan keje, kekangan masa yang menghalang untuk kami sekeluarga berkumpul begini. Tahun ini juga nampaknya, tak dapatla beraya bersama adik ana , hazwani. Selamat merantau buat adikku tersayang, Nor Hazwani Samsudin. Satu-satunya kebanggaan keluarga yang dapat menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Cairo , Mesir. Memang dah ditentukan rezeki ani ke situ. Baguslah.. dia pun sangat pandai dalam bahasa arab, kalu tak dapat 100% bahasa arab dalam periksa akan menjadi satu tanda tanya buat cikgu-cikgu disekolah, raka-rakan juga kami sekeluarga. Mungkin berkat mak lahirkan dia pada bulan ramadhan.

kedua..

Dikala menghayati keindahan bulan ramadhan al-mubarak ini, terkenang pada bapa ana dikampung. Dua hari sebelum ramadhan tiba, abah mengalami kemalangan. Waktu itu abah nak pergi solat subuh. Seperti kebiasaan abah akan menunggang motor dan waktu itulah abah kemalangan. Kesian abah.. abah tak boleh nak mengimamkan solat terawih seperti ramadhan-ramadhan yang sebelum ini.

ketiga..

Selamat merantau juga buat sahabat ana, Nurul Shafiqah binti Mohd Saleh.Pada 1 ramadhan kali ini juga ana berjumpa dengannya buat kali terakhir sebelum fifi pergi 7/9 ini. Selamat berjuang, sahabatku. Insyaalah, panjang umur kita bersua lagi.Tahun ini ramai juga sahabat-sahabat ana yang merantau ke luar negara.
Salam perjuangan buat antum!

note: ana dah tulis lama tapi tak sempat nak publish. sebab line tenet kat cni prob je
.