Friday, November 28, 2008

Keluarga Tercinta

Segala puji milik Allah Rabb alam semesta pemangku langit dan bumi, yang mengatur seluruh makhluknya..


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerna dikurniakan keluarga yang penuh dengan kebahagiaan.

Semoga ALLAH MEMBERKATI KEHIDUPAN KAMI..



Sunday, November 16, 2008

Penghargaan buat semua

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi dengan Limpah dan KurniaNya, ana masih diberi nafas dan meyakini Keimanan pada Tuhan Yang Maha Esa..
Dengan rasa penuh kesyukuran dipanjatkan walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang datang, ana masih mampu melalui..
.."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(albaqarah:286)
Sepenuh pnghargaan buat sahabat-sahabat tercinta..
Syukurlah, sepanjang ana mengalami masalah kesihatan, masih ada yang sudi menolong.
Betapa terharu dengan keprihatinan kalian.Buat kak raudhah tercinta, sahabat-sahabat seperjuangan, anis, mariam, ana , piah, aimi, jue,mira, ain, shitah, nurul-mek, nanad, farahnabila, fifah, farhahna, nas dan semua yang membantu..
Semoga kalian diberkatiNya..

Dalam masa 4 malam yang dilalui..
ana tidak sedarkan diri,dengan sokongan sahabat-sahabat wing, dan sahabat paling rapat, raudhah norhisham, mereka sepenuh hati dan terpancar keikhlasan menjaga ana, terharunya.Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..
"Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.."Apa yang ana nampak,pabila perkara yang tidak diingini ini terjadi, satu semangat kerjasama telah terbentuk..
Wing ana bersatu padu menjaga ana dan memberikan semangat pada ana, dan paling menggembirakan ukhuwah bersama kawan-kawan sebilik semakin rapat.
Saat yang tidak mampu ana lupakan, waktu ana separuh sedar, ramai yang mengalirkan air mata.Suasana agak sayu pada waktu itu.Ana juga tidak dapat mengawal diri mengeluarkan kata-kata kesedihan dan membuatkan ramai yang mengalirkan air mata tanpa diduga.Bukan disengajakan.Tarbiah buat diri bilamana diri sendiri sedang sakit,tika itulah diuji dengan pelbagai dugaan, ada yang menghina dan ada yang memandang serong.Tidak dapat ana lupakan pada warden ana sendiri, selaku lecturer di Uitm Segamat yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina ana.
sakitnya hati..hanya doa sebagai senjata utama..moga-moga diberi hidayah buat dirinya dan ana berdoa supaya bila ana sudah berkerjaya sepertinya, Tuhan tidak memupukkan perasaan angkuh dan sombong pada orang yang dibawah darjat ana..Darjat dan pangkat itu boleh memusnahkan diri.
Teringat ana pada kata-kata sahabat tercinta, kak raudhah..
Setiap orang islam itu bersaudara, yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa.
Akak dan una tak ada sebarang jurang,akak mintak maaf jika una rasa akak membina tembok antara kita,una.Kak raudhah banyak membantu, ana rasa seperti tidak layak berkawan dengan kak raudhah, terlalu banyak kenangan manis tika bersahabat dengannya.
Waktu susah, kak raudhah banyak membantu dan kami dilabel belangkas..Kasihsayang yang terbina dengan izin Alahh SWT..terima kasih Tuhan kerana menemukan kami,
Moga kami terus istiqamah atas jalanNya..
Syukur alhamdulillah dan terima kasih dengan bantuan sahabat-sahabat semua.
Penghargaan buat kalian..

Sekadar perkongsian..
Sayidina Ali menjelaskan tentang sahabat yg baik. Antara lain, beliau menyatakan...
"Sahabat yg sebenar-benarnya ialah orang yg ada di sampingmu. Ia suka membabitkan
dirinya sendiri dalam bahaya demi utk kesejahteraanmu."Saydina Ali bukan setakat bercakap kosong, malah telah membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda bersama Saydina Abu Bakar merancang utk berhijrah ke Madinah. Walaupun Saydina Ali tahu risiko yg terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-2 Quraisy bercadang utk menyerbu rumah Rasulullah s.a.w dam membunuhnya, tetapi Saydina Ali sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya. Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau drpd dibunuh oleh pemuda-2 Quraisy itu.

Contoh persahabatan lain yg boleh diteladani ialah persahabatan Saidina Abu Bakar
dengan Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan
apa yg Rasullullah katakan. Sebagai contoh, sewaktu Rasulullah menceritakan perjalanan Israk dan Mikraj kpd semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah s.a.w malah mengejek-ngejek dan menuduh Baginda sebagai pembohong.

Mereka yg tidak percaya kpd cerita Rasulullah s.a.w telah pergi berjumpa dengan
Saidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya.
Tujuan mereka adalah utk mentertawakan Saidina Abu Bakar yg menjadi sahabat baik
Rasulullah s.a.w. Apabila Saidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah s.a.w bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah s.a.w lalu tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yg Rasulullah s.a.w katakan itu semuanya benar.
Saidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yg sahabatnya katakan tetapi juga
sanggup berkorban harta utk kepentingan perjuangan agama Islam yg dibawa oleh
sahabatnya.
Di samping itu, pengorbanan yg paling besar yg diberikan oleh Saidina Abu Bakar kpd
Rasulullah s.a.w ialah apabila sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah bukanlah satu
perjalanan yg selamat kerana orang-2 Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin membunuh Baginda. Sewaktu dalam perjalanan dr Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa beradadi hadapan dan di belakang Rasulullah s.a.w. Apabila Baginda bertanya akan hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab...
"Aku berjalan di hadapan utk memilih jalan yg baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu utk menjaga keselamatanmu dr serangan musuh yg mengejarmu."
Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat seperti yg dianjurkan oleh Islam. Katanya...

Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini :
Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamudengan jujur.
Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu. Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.

Thursday, November 13, 2008

ketenangan datang dariNya..

salam alaik..

waktu ini sedang studi paper last, Finance..
rase hendak menaip dan lantas ana membuka laptop dan terus online..
keadaan sekarang sedang bergelut dengan perasaan sendiri, sukar dilafazkan..
program..program..program..rase rindu yang memuncak pada program..

" Anti dari negeri mane dan wakil mane?...
panggilan dari arau,perlis dua hari yang lepas masih terngiang-ngiang di telinga.

pada mulanya ana mengambil keputusan untuk turut serta dalam kem pemulihan akhlak yang diwar-warkan waktu meeting tempohari, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang..
ana tidak dapat turut serta untuk saat-saat yang terakhir ini..

Waktu meeting pada 6hb..
Akhi hazimi minta semua ahli persatuan beri ulasan soal matlamat sebenar bergiat dalam jemaah dan apa sebenarnya objektif utama dalam jemaah..
Waktu itu ana memberikan ulasan yang sangat simple berbanding sahabat-sahabat yang lain.
Matlamat:Salah satu jalan perjuangan islam tapi bukanlah satu-satunya jalan memperjuangkan islam.
Apa yang ana maksudkan?
Banyak jalan untuk memperjuangkan islam dan salah satu jalan adalah bergerak dalam jemaah.Setiap orang ada cara tersendiri untuk menyumbang ke jalan Allah,Allah juga akan menguji hambanya semampu hambanya menghadapi cabaran tersebut dan ana cukup bersyukur ditemukan dengan saudara seislam disini, yang punya fikrah yang jelas untuk membimbing ana,Alhamdulillah..

Setiap orang juga ada pelbagai dugaan dan cabaran dalam perjuangan dan sebagai seorang pelajar sekarang, kita semua sedang sama-sama mengharungi jalan perjuangan, dan bagaimanakah cara kita untuk melaluinya?

Semua itu bergantung pada kemampuan diri kita sendiri dan Tuhan Rabbul Izzati itu tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak sanggup kita lalui..
Firman Allah:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan)yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya...mereka berdoa,Ya Tuhan kami,janganlah engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah .Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmati kami terhadap kaum yang kafir.." (Surah albaqarah:286)


Ana ingin berkongsi beberapa kekeliruan,soal pergaulan laki dan perempuan , batasan pergaulan..

sumber dari iluvuislam.
Kami tidak berzina
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "
*****************************

Segalanya telah tertulis dalam Alquran dan golongan yang menutup kebenaran semakin ramai,masih ingin menegakkan benang yang basah.
Apa yang ana kesalkan adalah, ramai daripada kalangan sahabat ana sendiri yang telah jauh tersasar daripada landasan dakwah.Bukanlah ana ingin memberi level diri dimana ana adalah yang terbaik, tidak..tetapi ingin berkongsi ilmu dan apa yang ana tahu.
ana doakan semua sahabat-sahabat juga diri ana sendiri sentiasa istiqamah atas jalanNya.
Mungkin itu adalah satu ujian buat diri, dalam masa bergelut dalam perjuangan belajar, ada satu lagi cabaran Tuhan beri untuk mereka mengharunguinya, dan disitulah kita dapat lihat bagaimana cara untuk kita menghadapinya..

perkongsian..
soal pergaulan..
isu yang lepas, ana mengaitkan soal bergambar dengan bebas antara laki dan perempuan.
Bagaiman yang dikatakan boleh dan tidak boleh itu?

Firman Allah,
"katakanlah kepada lelaki dan perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh ,Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan..
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya,dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka,atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudar laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki(tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.."
(surah An-Nur:30-31)
Islam telah menggariskan hukum pada setiap perkara, hukum tetap hukum dan janganlah kita sebagai Hamba Allah mempertikaikan kesyumulan islam yang mana hukum berubah ikut 'trend' dan 'masa kini'.Hal ini kita dapat lihat, bukankah umat Muhammad tika ini dengan bangga dan bermegah berkata janganlah berada ditakuk yang lama dan ketinggalan zaman pabila membuka ruang bergaul bebas tanpa batasan. Islam itu tidak menyekat, bukanlah menghalang untuk bergaul tapi pergaulan tersebut perlu ada batasan.Oleh sebab yang demikian dapat kita lihat penerangan ayat Alquran diatas Allah SWT berfirman pada awalan ayat dimana orang lelaki dan perempuan beriman,justeru Allah SWT memberi peringatan pada hambanya yang benar-benar beriman baik lelaki mahupun perempuan supaya menjaga diri dengan sebaik-baiknya.
Harap perkongsian ini boleh menjawab kekeliruan untuk semua,insyaAllah..


tanggungjawab sebagai daie...
kita semua adalah daie dan telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk memainkan peranan sebagai daie.
Firman Allah SWT:
"dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh (berbuat) yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"..(Surah Ali Imran:104)

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main sahaja, dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?..
(Surah al-mu'minun:115)
Apakah kita sebagai Hamba penuh hina ini telah memainkan peranan dan menjalankan amanah itu dengan sebaik mungkin, tepuk dada tanyalah iman..
Bagaimana janji kita pada Allah sebelum kita diberi hayat didunia ini?
Nilailah diri dan kita yang mampu menjawab.sejauh manakah tahap iman kita itu?Muhasabah, muhasabah, muhasabah..

teringat pada lirik lagu Raihan..
jangan difikir derita akan berpanjangan..
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan..
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan..
setelah kabus berlalu,pasti cerah kembali..
Ujian adalah..tarbiah dari Allah..
apakah kita kan sabar..ataupun sebaliknya..

Sahabat..
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu..
sedikit kekesalan pada persahabatan yang terjalin, bukan kekesalan kerana bertemu dengannya, tapi sedikit kekesalan dengan sikap yang ditunjukkan.
Ana perlukan sahabat tika diri ini lemah dan perlukan semangat, kita sendiri dapat lihat dimanakah sahabat yang sebenar, bersama-sama beriringan ke jalan Ilahi, tidak meninggalkan teman didalam kekeliruan dan kekosongan.
begitulah yang ana rasa kala ini..
Sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata, dan apa yang boleh dilakukan hanyalah dengan memanjatkan doa agar dirinya sentiasa dibawah Rahmat Ilahi..
Memang begitu mudah untuk memulakan tapi bila satu kepahitan itu terbina pasti tidak akan mudah untuk melupakan.
Teringat ana pada satu kisah,
seorang ayah menyuruh anaknya memakukan paku yang berkarat pada dinding dirumahnya, setelah memakukan paku tersebut, ayahnya meminta anaknya mencabut kembali.
Ayahnya minta diulang perbuatan tadi untuk beberapa kali.Kemudian, mereka sama-sama mengecat semula dinding berkenaan untuk menutup kesan paku tersebut.
Selepas apa yang dilakukan,lantas si anak itu berkata:
ayah,dinding ini telah rosak dan tak dapat menutup kesan paku tadi.
Ayahnya menjawab,begitulah juga pabila kita melakukan kesalahan pada orang,meskipun orang berkenaan memaafkan kita tapi luka tersebut pasti tidak mampu diubati.Oleh itu, kita perlu berfikir panjang sebelum melakukan apa sahaja keputusan.

Pengajaran:
Sebelum apa sekalipun yang kita lakukan,haruslah difikirkan kesan dan baik buruknya.
Apa yang ana ingin kaitkan untuk kisah diatas adalah soal persahabatan.
Bukan semudah kita melupakan sahabat yang disayangi, tapi bilamana sahabat itu memberikan kepahitan dalam persahabatan yang terbina sudah pasti luka tersebut tidak mudah diubati.

Sekadar perkongsian dan harap dapat berkongsi.

"sesungguhnya umat islam itu bersaudara.."
..Umat islam itu saling melengkapi,dan kita adalah sebahagian daripada yang lain..
Doa yang tidak putus-putus dipanjatkan pada teman-teman dan saudara seislam diluar sana.
Khas buat teman yang pernah bersama-sama berjuang pada satu masa dulu, teman disekolah dan semua temanku..terlalu banyak dosa yang pernah ana lakukan pada mereka.
Harap Tuhan beri kesempatan untuk ana bertemu mereka dan pohon seribu kemaafan

Sunday, November 2, 2008

memahitkan

salam alaik..

buat pembaca sekalian,
dah dekat sebulan rasenya ana tak menaip, bukan dah give up nak teruskan jadi blogger, tapi kekangan masa buatkan tiada kesempatan untuk ana online..
hari ni puas juga dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.
sekarang ana tengah berjuang untuk final exam, sem 5.
dah 2 paper berlalu..law dan akaun.
apa yang memahitkan ya?
ana sedikit terkilan dengan apa yang ana jawab untuk paper akaun, sedih sebab ana tak dapat jawab sepuas hati ana,rasa hati seperti dikelar, huh...Tuhan saja yang tahu..memahitkan..
tapi, apepun ana hanya mampu berserah pada Yang Maha Esa, kuasaNya untuk beri apa saja rezeki untuk ana pada masa akan datang, segala pergantungan hanya pada Dia..
Biarkan ia berlalu, hanya doa yang tidak putus-putus dapat dipanjatkan..
moga dijanjikan yang terbaik buat ana, amin...InsyaAllah..

Lupakan sebentar pada kepahitan itu, fokus pada paper yang lain, moga dipermudahkan setiap urusan..
ada beberapa persoalan dalam kotak fikiran ana..

ingin berkongsi kisah..harap ada komen dari respondents..
kisah 1,
baru-baru ini, ana meninjau profile sahabat ana di frenster, seorang ikhwah,sahabat sekolah, kami sama-sama sekolah agama dulu, apa yang ana kenal, dia adalah seorang yang baik akhlaknya..
tapi yang menjadi tanda tanya difikiran ini,
ada terlalu banyak gambar dia bersama akhawat, hanya berdua..
mungkin sekadar sahabat biasa,
bukan seorang sahaja tapi beberapa orang.
sebagai contoh, boleh pula gambar yang pertama ditulis dengan ***, gambar seterusnya dengan *** , apakah sikap yang ditonjolkan ini?
kenapa dengan sewenang-wenangnya membuka ruang bergambar bersama orang yang bukan mahram?
ana terkejut dengan perubahan sahabat ana,
benarkah dibolehkan bergambar walaupun bukan ajnabi?
bukankah akan menimbulkan fitnah bagi yang melihat?
harap dapat menjawab pertanyaan dan perkongsian bersama bagi kekeliruan ini..

kisah 2,
berkaitan masalah hati yang ana hadapi sekarang ini,
bolehkah berkongsi bersama bagaimanakah caranya untuk ana me'reduce'kan penyakit yang perlu diubati sekaligus me'nyahtinjakan' dalam hati ini?
masalah hati ana makin menjadi-jadi,bermula disebabkan keadaan sekitar, dalam erti kata lain ana tidak tahan dengan perangai seorang hamba Allah ini..
bagaimanakah cara yang terbaik untuk ana menegur dia padahal ana tahu dia solat tapi tidak mahu bangun solat?
kadangkala timbul dalam hati rasa bersalah dan takut bila diakhirat kelak tak pasal-pasal je ana disalahkan kerana tidak menegur..padahal pernah ana menegur..
memahitkan bila dia meluahkan pada sahabat ana , tidak suka dikejutkan bangun subuh begitu, hanya suka dipegang saja, tapi bolehkah dipegang? sedarkah?bangunkah?
banyak benar alasan dan sakit hati ana melihat besar kepala yang ditunjukkan itu?
paling memahitkan bila pernah ana mengejutkan bangun subuh tapi alasan diberikan , tidak sihat..
contoh lain, bila waktu solat subuh, itu memang sudah menjadi rutin harian, solat ikut mud. waktu datang mud ana lihat dia bangun solat, tapi waktu hilang mud, langsung tak bangun solat, hendak ditegur pun bukan suatu perkara remeh, ana tak mahula dia terasa hati dan terus tidak bercakap, kerana sebelum ini pernah terjadi..tak sanggup lagi berdepan untuk kali kedua..
sahabat ana ini lain dari orang yang pernah ana jumpa, terlalu ego dan keras hati,berat sangat dihati ini dan selalu terlintas difikiran, ana nak lari jauh dan tidak mahu lagi berjumpa dengannya..
kenapa hidup ana diketemukan dengan insan yang keras begini, dan selalu sikapnya menyakitkan hati ana..hampir mati akal untuk teruskan perjuangan berdakwah, walhal diluar sibuk berdakwah tapi sahabat terdekat tak terdaya..

harap dapat perkongsian bersama..