Sunday, December 20, 2009

Pengertian Hijrah

Bismillah..
Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih..
Betapa besar nikmat yang Allah berikan, adakah kita dalam golongan yang sentiasa bersyukur atau seringkali alpa dengan nikmat Allah..??
nauzuillah, mudah2n dijauhkan dari golongn fasik, munafik , futur nikmat Tuhan..

Syukur alhamdulillah, sudah masuk 3 muharram 1431 hijrah..
bermakna saya makin bertambah usia tetapi berkurang juga usia..
hurm, bagaimana ini, bertambah dan berkurang pula?
bertambah usia kita lah, sekarang saya sudah 21 tahun tetapi akan mencapai 22 tahun, ini bermaksud pertambahan usia ..insyaAllah, dalam masa yang sama juga berkurang usia saya..
mungkin jangka hayat saya hanya 44 tahun..dan -22 tahun = 22 tahun saja tinggal, semakin dekatlah dengan kematian..itu hanya anggaran saya, mungkin kurang daripada itu, wallahua'lam..

alhamdulillah, hari ini ada juga mood nak menulis, bukan tiada masa cuma tiada idea untuk menaip..
barangkali hari ini saya ada mood nak menaip lantaran pelbagai kejadian yang berlaku..
sempena MAAL HIJRAH 1431 hijrah..
mengimbas kembali..
bulan muharram adalah bulan hijrah, rentetan daripada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota mekah ke kota madinah..
(aisehh, tetibe ade pulak nasyid 1 muharram ...detik bersejarah.. mane datang ni?? .. )
begitu gigh Nabi berhijrah ke madinah berikutan pelbagai ujian dan cabaran dalam menyampaikan dakwah di kota mekah, bukan bermaksud Nabi surrender dan melarikan diri ke Madinah tetapi keputusan di buat atas perintah Allah..
teringat pula kata2 ustaz, waktu sambutan 1 Muharram, saya berpeluang mengikuti ceramah di Masjid Makmuriah.. dalam kuliah tersebut ustaz berkata jika dulu kita katakan tahun baru hijrah tetapi sekarang di tukar kepada MAAL hijrah bermakna mari bersama-sama berhijrah..

pada 2 muharram (pagi), diadakan ceramah perdana..
saya tak ingat nama ustaz tu, tapi abah kata dia pendakwah bebas bekas IMAM BESAR sebuah masjid di perak..
ada 3 perkara yang ustaz itu tekankn dimana tidak boleh diswastakan :
1.bekalan air
2.bekalan api
3.padang rumput yang menjadi makanan binatang , dimana binatang ternakan tersebut menjadi makanan kita..(kerbau, kambing, lembu dsbgainya )

tapi.. rasanya semua diatas sudah diswastakan, if im not mistaken la.. dan penerangan ustaz tu tentang padang rumput tu bukan menjurus diswastakan sahaja tapi ustaz tu terangkan dimana padang rumput tersebut jangan di musnahkan kerana ia sebagai sumber makanan kepada binatang yang menjadi makanan kita ..

mantap juga pengisian ceramah perdana pagi itu tapi sayang tak ramai jemaah yang hadir..
abah kata waktu yang dijadualkan tak menepati, kerana bermula malam 1 muharram terus menerus pagi 2 muharram..
berikut tentatif tersebut di masjid berdekatan rumah saya :

malam 1 muharram
7.00 : solat jemaah maghrib
7.15: kuliah maghrib
8.15: solat isya'
9.00: jamuan ringkas
9.15: tadarus

.. tidur di masjid ..

2 muharram ( pagi )
4.00 : qiamullail
6.00 : solat subuh jemaah
6.30 : kuliah subuh
7.30 : sarapan
8.30: ceramah perdana
10.00 : bersurai..

selepas majlis berakhir, abah pergi berjumpa dengan masjid, kata abah sebagai orang yang pernah handle tentang masjid , abah ingin memberikan pendapat, nak dengar tak terpulang..
oh dulu abag pernah jadi IMAM di masjid makmuriah tapi sekarang abah sudah bersara kerana sakit jantung yang abah hidapi, tapi alhamdulillah abah sihat wala'fiat sekarang..
(rujuk: http://majidmakmuriah.blogspot.com )

bagaimana erti penghijrahan untuk diri antum?
hopefully masing2 sudah ada azam dan ada usaha untuk capai azam tersebut..
hurm.. bagaimana dengan saya?
oh..

satu
sudah tentu saya ingin belajar bersungguh2 dan grad on time..
saya perlu positifkan diri, cuba saya fikirkan, mungkin ada kebaikan saya belajar semula FAR 400, saya akan lebih faham (mudah2n) .. saya dapat rapat dengan lecturer tersebut , mungkin juga saya kenal ramai orang..

dua
saya ingin menjadi orang yang pandai merancang , berani bercakap, ada leadership skills.. saya perlu semua tu, saya perlu berani untuk berhijrah, tinggalkan perangai lama dan keluar dari kepompong tersebut, kalau tidak saya tidak akan maju dan umat islam juga rugi memiliki umat seperti saya, oleh itu saya perlu berubah , doakan saya

tiga
saya pernah katakan yang saya akan join business kan?ok, buat pengetahuan saya dah nampak apa jalan yang saya perlu ambil , bizness apa saya perlu mulakan, doakan saya..
insayAllah jika berjaya, saya akan ceritakan..
apa salahnya jika antum join bersama saya?

empat
saya sebenarnya ingin menukar penampilan saya, bukan penampilan menjadi semkin rock.. cuma penampilan sebagai businessman ( hahaha ) tetapi muslimah itu ada, ada idea?
sedang mencari2 apa yang sesuai untuk menunjukkan identiti..
kata abang e ( abang saya ), jadikan business sebagai part time tapi cari business yang tak membebankan, ko tak stress.. enjoy dan halal..
( baiklah abang e..)

lima
doakan saya berjaya menjadi hamba yang taat, anak yang solehah, isteri solehah , kakak, adik , sahabat , naqibah yang baik..serta.. businesswoman berjaya , hehe..

bagaimana erti penghijarahan antum?
sudah set kan?
moga kita sama2 berjaya berhijrah..
wallahua'lam
inilah

Tuesday, December 15, 2009

Kisah Silam..

Bismillah..

jari jemari pinjaman Allah makin rancak menaip, semakin rajin menekan2 keyboard..
sekarang berada di meja abang sahak ( BOS BIOASLI )..
pagi ini saya sibuk menghantar sms kepada customer, promotion menjadi ahli VIP, tu amanah abang sahak sebelum berangkat ke syria. Baru usai menjawab panggilan telefon daripada beliau, sekarang beliau di TURKI..
3 destinasi yang dilawati syria - jordan - turki..
apa agaknya ole2 yang dibawa untuk saya? sudah mengira2 difikiran, adakah bakal menerima jubah arab atau daging unta? hahah.. ada2 aje saya ni..

terasa boring lantas membuka web blogger untuk new post..
ni la bila ada angin blog.ada aje yang ingin disharekan..
ini adalah blog saya , jadi saya ingin menaip apa saja yang terlintas difikran saja..
kadang bila kita menulis, kita akan rase satu perasaan lega atau senang..
itu bagi sayalah..terpulanglah kepada individu tersebut nak tafsir bagaimana..

saya teringat kisah-kisah saya sebelum saya bergiat dalam dakwah..

sebelum ini..saya agak jahil walaupun saya dididik dengan tarbiyah, sudah tentu IMAN ITU TIDAK DAPAT DIWARISI..hidayah milik tuhan..jadi ia kerja Tuhan menggerakkan hati2 hamba Nya ke arah jalan yang lurus lagi benar..

bila saya melihat fenomena dakwah yang berlaku masa kini,terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh DAIE..kadangkala mesej yang ingin disampaikan itu berjaya dan kadangkala gagal menarik mad'u kembali ke pangkal jalan..

Realiti sekarang, terlalu banyak gejala sosial yang berlaku, budaya hedonisme, punk,hop,grunge,jamming, dan sebagaimana..
tapi mengapa ia trjadi?bagaimana untuk kita atasi masalah2 ini..
rakan2 saya sendiri merokok dihadapan saya, mungkin anda semua beranggapan ah itu
perkara biasa, bukan? tetapi yang merokok itu adalah perempuan..
nauzubillah..
saya tidak tahu bagaimana ingin berdakwah kepadanya.sudah lebih kurang 15 tahun kami berkawan , sejak dibangku sekolah rendah lagi dan cuti2 kami akn berjumpa..
atau kata mudah lepak..
ada saja aktiviti akan dilakukan, yang pasti setiap cuti pasti dijalankan barbeque..
erat sungguh ukhuwah kami bukan?
ibarat air dicincang takkan putus, batch kami la yang buat gempaq perintis UPSR terbaik , 5A seramai 26 orang..(sekolah kebangsaan seri makmur sungai besar)
tapi saya hanya memperoleh 4a1b dalam peperiksaan UPSR , hampir kesemua geng saya mencapai 5A dan dihantar ke SBP,MRSM..
hanya saya seorang yang bersekolah agama..persahabatan kami tidak terputus begitu saja..
kami berutus2 surat bercerita tentang dunia baru memasuki alam sekolah menengah..
dari bermula berjumpa dengan menaiki basikal sekarang bila berjumpa masing2 menaiki kereta..peredaran zamanlah katakan..
ni saje menyemak kat uma izzah ~

sehinggalah sekarang kami mesti berjumpa..

ni raya 2008 kot..
kadangkala ada juga perasaan tidak enak dihati saya kerana apa?
kami sudah mengenali sejak kecil kadangkala pergaulan itu tidak dijaga..
bila kami berjumpa sudah tentu laki dan perempuan ada, ibubapa kami pun dah kenal jadi sudah seperti biasa bila kawan2 saya datang uma, borak2 melepaskan rindu..
begitulah juga ibubapa kawan2 saya yang lain..
teringin benar saya ingin berdakwah kepada mereka..
kata orang lagi kita rapat dengan sahabat kita , lebih mendalam sensitiviti mereka terhadap perbuatan kita, bukankah begitu?
cuma saya hanya menunjukkan qudwah hasanah kepada mereka,
jika sebelum kenal tarbiyah saya tidak kisah duduk berdekatan atau bersebelahan dengan kawan2 laki,
tapi sekarang seboleh2nya saya menghalang diri saya duduk disebelah atau membiarkan mereka bersentuhan dengan saya..
mungkin ada yang berfikiran kenapa perlu berjumpa lagi bila sudah dewasa begini bukan?
memang benar tapi saya punya misi dan visi untuk dicapai..
saya sayangkan mereka dan mereka sudah seperti darah daging saya..
kami berkawan sejak kecil..
saya ingin mereka merasai nikmat dtarbiyah itu..
doakan saya ya.. mudah2n usaha saya berhasil..
waktu barbeque di pantai BNO

bagaimana pun ,saya sayangkan kawan2 saya, anda boleh bayangkan bukan, mereka tetap menerima saya walaupun saya lain daripada mereka..
saya menutup semua..tapi kami still mesra seperti dulu..
yang lucunya mereka memanggil saya pegawai jais..
ah, geli hati saya..
alhamdulillah, saya dan shikin (geng saya yang seperti saya juga)..punya misi dan visi..

nota: mudah2n usaha kami diberkati..
Redha Allah itu amatlah penting..

Monday, December 14, 2009

Suara Hati..adakah ini cinta? walla ~

Bismillah..

ada beberapa perkara yang perlu dilafazkan..yang terpendam dalam hati, adakah itu bermakna suara hati?atau soal hati? atau isi hati?
adakah ini dinamakan cinta?
atau saya sedang hanyut dalam kesyokkan cinta dunia atau cinta manusia?
huu ~
sebenarnya entri ni takde kene mengena pun dengan sape2 yang tengah bercinta atau syok bercinta..hee~ atau saya yang bercintakah? ohh tidak..
saje nak buat gempak..

perhatian..perhatian..
opps, betul ni saya memang takde bercinta dengan sape2 ye..

kan dalam quran telah disebutkan..mafhumnya :
".. janganlah kamu menghampiri zina.. "
bermakna apa2 bentuk perbuatan yang menghampiri zina adalah dilarang Allah.
Dilarang itu bermaksud Allah benci, so taknak dibenci Allah janganlah buat perkara yang tak disukaiNya.
Bila disebutkan dalam ayat diatas .. jangan menghampiri zina, sebenarnya banyak sangat bentuk perbuatan yang menghampiri zina.
Sebagai contoh yang sangt mudah berlaku adalah bermula dengan sms..pada awalnya hanya bertanya khabar, dan bertanya lah lain2 perkara , dan kemudian lebih mesra untuk memberikan nasihat sehinggakan terlepas pada gelaran yang lebih mesra dan dan dan..(lu pk la sendiri nabil )

begitulah realiti sekarang..
Kita hidup dalam dunia akhir zaman dimana pelbagai teknologi canggih yang setiap hari ada aje pembangunan , am i right frenz? kadang2 saya pun tak reti nak adapt dengan kecanggihan teknologi masa kini..
Sedarlah, banyak sangat cabaran yang perlu dilalui oleh kita as DAIE ni,dan sedarlah DAIE oii.. banyak tau kerja yang tak settle lagi.. so masa yang ada tu janganlah kite sia2kan dengan perkara2 yang tak sepatutnya..
janganlah rasa rugi untuk berfikir tentang ummat sekarang, bagaimana dan mengapa ia terjadi?
fikir disamping zikir..

ada beberapa perkara yang berlaku dalam masa beberapa hari ni..

satu
saya semakin rajin meng'update' blog..ini namanya penyakit angin blog..
ani..ani ade ke penyakit ni ye? (adikku bakal doktor bernama ani)

dua
sebenarnya saya teringin benar untuk memulakan bisness. erm..mungkin jugak sebab kerja sebagai bos kat BIOASLI buatkan saya berminat membuka bisness sendiri. nampak menarik..
saya sedang survey bagaimana ingin menjadi seorang AGENT TAKAFUL? saya sedang mengkaji kepentingan takaful ni dalam kehidupan seorang muslim..adakah berbaloi saya memulakan bisness dengan bisness TAKAFUL?agak2kan ..ada ke pelajar yang berminat dengan Takaful?
..mungkin ada buat orang yang faham.Tula pentingnya menerangkan if nak buat bisness, una..

tiga
saya rindukan DURRATUN NABILA BT MAT SHUKRI.siapakah orang ini?oh nabila adalah teman rapat saya..sejak dibangku sekolah lagi.Saya mengenali nabila ketika di SMKA simpang lima , sekolah ni ketika saya form 4 dan 5.sebelum tu saya bersekolah di SAMT BATU 38, sabak bernam..alhamdulillah, berkenalan dengan nabila banyak memberikan saya pengajaran dan pengalaman.Dia seorang yang tabah dan sabar, saya doakan sahabat saya ni sentiasa dalam perlindungan Ilahi. Sudah 4 tahun kami tak pernah berjumpa, doakan saya diberi kesempatan berjumpa dengan nabila..rindu..terlalu rindu..moga nabila terus menerus istiqamah..
atau mungkin nabila terlalu marahkan saya disebabkan kejadian yang terpaksa saya tegur..
em, saya perlu menegur kerana saya sayangkan nabila, saya taknak dia jauh atau tersalah..
saya teringat kata2 ustaz..saya tak ingat ustaz yang mana tapi saya ada hadiri satu majlis ilmu, dimana ustaz tu berpesan, kita minta pada Tuhan agar guide kita..
bila kawan kita menegur kesalahan yang kita tak sedar pun salah kita, kemudian kita tak boleh terima..sebenarnya Allah datangkan pengantara untuk bawa kita kembali pada jalan yang betul..
tapi kita tak sedar yang kita minta2 Allah guide kita, Allah dah tolong..cuma kita yang perlu fikir secara hikmah setiap kejadian tu..
saya dah cuba untuk memberikan yang terbaik kerana saya taknak nabila tersalah..atau mungkin saya yang bersalah..
saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan..
( aiseh, stat sodih ni.. )

empat
saya sedang merancang subjek apa yang perlu saya bawa sem hadapan..
dan subjek apa juga untuk intersesi..
pada mulanya , lebih baik saya bawa FAR400 sem depan dan intersesi ambil satu je subjek FAR 430..mungkin ini yang terbaik..

lima
teringin rasanya nak ajak KAKYUN dan husband die ke SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA.. tapi bukan mudahkan..
kakyun seorang yang tabah, mungkin ada hikmah disebalik kejadian..
tak mudah sebenarnya untuk menerangkan kepada orang yang tidak tahu environment tentang jemaah..
perkara ni yang jadi tugas kita as DAIE menyampai..bukan target kita pada orang yang dah tahu so senanglah kerja kita nak tarik..tapi pada orang yang 0 !!
mudah2n hasil kerja kakyun membuahkan hasil..
saya juga berharap ada diantara keluarga saya yang faham tentang erti perjuangan ini..
pada mulanya saya anggap saya fail FAR400 adalah disebabkan saya terlalu bz dengan kerja2 dakwah begini..
tapi setelah stabilkan semula diri yang ting tong ni, baru sedar dan ingat yang Allah nak uji saya..
semua ni adalh salah saya bukan salah program2 yang saya join..
saya perlu lebih pandai merancang..
kenali diri dengan lebih mendalam..
" ...Bila kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.."
ingat dan semat dalam hati..


doakan saya kuat ye.

p/s:tahniah buat HAMDANI yang baru mendirikan rumah tangga..
bila la giliran saya ~

Akhbar Mingguan iLuvislam Edisi Pengenalan

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam(edisi pengenalan) telah pun siap dicetak.
Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna.
InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam.Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut.Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00.
Dikesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan iLuvislam.com dan krew-krew iLuvislam.com, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada CEO/Group Managing Director KKSB, Dato' Hussamuddin Yaacub, pihak pengurusan KKSB terutamanya Kak Fir (Penerbit Eksekutif), Abang Nong (Pengurus Perancangan Korporat), Abang Afif (Pengurus New Media), Abang RJ (Pengurus Pemasaran Jenama), Kak Salina (Managing Editor), Kak Fouziah (editor akhbar iLuvislam) dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan penerbitan akhbar ini.Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menukarkan suatu mimpi menjadi realiti.InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar usaha sederhana dalam merancakkan lagi media islamik di Malaysia, akan diberkati oleh Allah SWT.Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya.
Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya.Jangan berlengah lagi, pastikan akhbar iLuvislam menjadi pilihan mingguan anda. Dapatkan edisi pengenalannya di pasaran dengan hanya RM 1! Pelaburan anda pasti berbaloi!

sumber :http://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=784

Sunday, December 13, 2009

Tawaran Hebat! Panas!Panas!

Bismillahirrahmanirrahim..

Huu ~ lain macam aje entri ni, apa yang panas ni?
ni haa, saya nak promote..nampak cam bes.. insyaAllah berguna pada yang berminat,just sharing pada antum..
sape2 yang berminat bole le download..

Saya ingin berkongsi maklumat.
Dapatkan 16 produk percuma berkaitan Perniagaan Internet di : http://www.gempaknewbie.com/index.php?ref=husna_una

Dapatkan sebelum terlambat report seperti penjagaan kereta, kesihatan,mendapatk an trafik ke blog anda dan banyak lagi.. Terima kasih kepada zamrin ( zamrin.com ) dan GempakNewbie team.
Oh Ya!!..marilah sama-sama sebarkan maklumat ini. Jom sama-sama download.
Saya pun muat turun produk dari Gempaknewbie. com

sebarkan ~

hadis nabi :
" sampaikan walau satu ayat "

Saturday, December 12, 2009

Oh tidak..

Bismillah..

Hari ni tengok2 staff, ade 4 orang je yang kerja kat office.yang lain semua ambil cuti..
maklumlah boss takde , enjoy katak le semua.Dah 4 hari berlalu, ade lagi 10 hari abang sahak akan balik Malaysia..so, tamatlah title Bos tu kat saya..
Dalam kul1230 tengahhari, saya balik ke rumah abang sahak, tengok Wak as auntie saya, ni kalu cakap omputihnye auntie la, kalu jawanye Wak.. saya orang jawa+banjar = WAJA ,haha.. ( amboi suka nampak una ~ )
tak tersangka balik je uma pas ratah2 ketam yang wak masak tu,tibe2 kak enon (kerani account BIOASLI ) call,

kak enon : una, ko ade ilang barang tak?
una : barang? rase takde.. eh jap.. ( aiseh.. mane pulak purse ni )
kak enon : ha..datang cni..tengok ape die..
una : purse kite la kak enon..
kak enon : ni ha, dalam lubang jambam, dengan ic sume ade ni..

lantas, saya berlari terkedek2 dan me ' nyetat ' moto abang sahak ( saje je gune moto abg sahak,jimat minyak moto saya hahaha )

Dalam office..
una : kak enon, sedihnye..kene seluk la ni..(sambil muke sedih)
saya terus ke pintu belakang nak ke toilet..

kak enon : oit2, ni ha.. kak yuni tolong ambik tadi..dah basuh sume..basah lagi ni..
una : waa~ terharunye.. trimass ye kak yuni, kak enon..

sambil membelek2 ic,lesen dan ...oh tidak.. ni tiket nak g KL nanti.
saya dah buat keputusan nak join PKN (PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL )..
tket dah ambik, tarikh dan masa terpadam..
aiseh.. cane ni..

hidup perlu diteruskan..

Bismillah..

dah la tu una , janganlah nangis lagi..bukan mati pun repet paper - ape punya ayat da ~
sekarang saya dah ok la..
tu pon lepas memotivasikan diri sendiri, walaupun ade la jugak kepedihan dalam kalbu ni..
ah, pedih tak pedih hidup mesti diteruskan..
bukan bererti repet je selamanya tak le berjaya, btol tak?

hidup ni umpama roda yang berpusing2 ( ade ke roda tak pusing ye? )..
jap kat bawah, jap kat atas, so sekarang saya berada di bawah la ni..
nak ke atas tu perlulah dengan usaha, dengan masa yang ade ni, kenela smart kan diri dan pulun abes.belum rezeki saya lagi dapat apa yang saya nakkan..
dan Allah tu lebih Tahu apa yang terbaik buat saya kan?
mungkin tu bukan yg baik utk saya..

moge2 sem depan saya mampu hadapi semua ni..
Allah lebih tahu..

Friday, December 11, 2009

Result siapakah itu?

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

rase macam dah lame jugak tak update blog ni, napentah kemalasan datang..
result siapakah itu? apa la tittle ni.
actually, una ni kenapa ye?
tak taula, pas tengok result semalam rasenye dah 2/3 kali nangis sorang2 dalam bilik..
macam2 dalam kepala ni pk..

apa yang kita nak tu tak semestinya terbaik untuk kita, betul tak?
ye, saya tau sume tu, tapi bile diri sendiri yang hadapi, kuat tak kuat juga..
tu la yang biasanya jadi pada daie..cakap pung pang pada mad'u tapi bile Allah uji jadi cacamarba,fikiran tak tentu arah..

sape2 yang ade ubat2 hati ke, tenang jiwa ke, bole le bagi ye kat tuan punya blog ni..
saya rase tak de mood nak pergi PKN ke, nak join forum 'mencari cinta sempurna'..
mase keluar advertise tu, saya la yang forward sms ajak ramai2 memeriahkan majlis,
apela sangat dengan yuran rm10 , lagi pon duit tu di'INFAKKAN' ke jalan Allah,
tapi saya tak tau hati saya sejak semalam seolah2 dihiris2, saya seolah2 sudah hilang arah..
hanya kerana satu subjek saya fail, dan subjek itu adalah FAR 400 , lebih kenali sebagai account la.ni kire main subject saya sebagai seorang student account..
saya perlu membina kekuatan saya sebelum kuliah bermula..
saya perlu merancang masa depan saya, of course saya perlu ambil short sem, kalu tidak tak grad on time le..

sabarlah wahai hati..

Friday, November 20, 2009

Mudah-mudahan diberi kekuatan

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Syukur kehadratNya , masih diberi pinjaman nyawa, pinjaman mempunyai orang2 tersayang disisi..
Perlukan kekuatan untuk joi n program minggu ni.. preparation tu perlu..

21hb- muzakarah sisma
22hb-25hb - konvensyen pendakwah muda peringkat kebangsaan (WEHDAH09)

mudah-mudahan setiap langkah kaki yang dituju penuh keberkatan dan keredhaan Allah.
jangan kita lupa , apa misi dan visi dimuka bumi Allah ini..
tugas kita sebagai :
1.abid
2.khalifah allah

adakah nafas yang diberi pinjaman selama ini telah kita balas dengan menunaikan tanggungjawab yang dijanjikan dulu?

Allah..
berikan hambaMu ini kekuatan..
mudah-mudahan program yang dihadiri ni bukan hanya jasad yang hadir tapi memberi kesan pada diri seterusnya diberi kekutan untuk melebarkan sayap dakwah.. insyaAllah..

Segalanya kerana Allah..

Sunday, November 15, 2009

Rehlah Jim Daerah Sabak Bernam

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, ana baru saja usai meghadiri rehlah JIM daerah sabak bernam . Actually tak plan pun tapi contact makcik kartini ( NYDP JIM SABAK BERNAM ) hari tu nak join usrah sepanjang cuti sem ni, makcik tini invite join rehlah ..bertempat di Bukit Melawati Kuala Selangor ..release tension gak la dengan melihat fatamorgana keindahan alam ciptaan Tuhan, alhamdulillah.
Bukan sahaja bersama family makcik2 pakcik2 Jim ni tapi kami ade tetamu yang tak diundang , yaitu beruk2 dan lotong2 yang turut sama makan juadah kami .. hehehe..
Antara yang hadir adalah family Dr Aziz bin FII , family Dr Nurul Huda , family Cikgu Nor Khasnah , family Ustazah Kartini , dan ramai lagi . Alhamdulillah ana mengenali lebih ramai lagi ahli2 Jim daerah Sabak Bernam .Networking la katakan ..

Alhamdulillah , disamping games2 untuk anak2 ikhwah akhawat Jim ni , ada sedikit tazkirah daripada pakcik JIM , sangat terkesan kat hati ana..

Kisahnya ...

Daripada kisah Imam Al - Ghazali secara ringkasnya..
Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya , apakah yang paling berat didunia ini ?anak muridnya menjawab besi dan ada juga yang menjawab gajah. Imam Ghazali tidak mengatakan jawapan itu salah sebaliknya mengatakan benar jawapanmu itu wahai anak muridku tapi jawapan yang lebih tepat adalah AMANAH.

Adakah kita sebagai khalifah dan abid ini telah menjalankan tugas di muka bumi Allah ini?

seterusnya, Imam Ghazali bertanya lagi wahai anak muridku , apakah yang paling ringan sekali di dunia ini ? dan anak muridnya menjawab bulu wahai guruku ..Imam Ghazali menjawab betul jawapan itu wahai anak muridku tapi lebih tepat jawapannya adalah meninggalkan solat .
Pakcik Jim ni mengaitkan dengan apabila kita diberikan darjat dan pangkat yang besar , kadangkala kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga kita menangguh2kan solat , melambat2kan solat dan akhirnya meninggalkan solat , perkara demikian ibarat sangatlah ringan dan ini telah menjadi satu kebiasaan dalam zaman kita sekarang ni..

So kesimpulan daripada kisahni.. pakcik ni mengaitkan juga bagaimana kita mendidik anak2 kita, bila anak kita salah , kita tidak bolehlah mengherdik sebaliknya memberitau dan menjelaskan hal yang sebenar , begitulah Imam Ghazali mendidik anak muridnya..

Ada juga games yang dihandle oleh makcik kartini , soalan spontan diajukan kepada adik2 ni dan macam2 lah jawapan yang ana dengar, ada yang aktif dan petah bercakap. Makcik kartini memberikan peluang untuk ana mengajukan solan, Soalan yang terlintas difikiran ; kenapa kita perlu menyembah Allah?
macam2 jawapan yang ana dengar dan alhamdulillah adik2 ni masih bersih hati2nya..
jawapan adik2 :
1. kite kene berdakwah
2.sebab Allah tu Tuhan kita
3.sebab kite memang kene sembah Allah la..
4.kite kan orang islam

Rehlah berakhir pada jam 1 petang..
Alhamdulillah..
memberikan semangat untuk terus tegar atas jalan dakwah ni..


Segalanya kerana Allah..

Saturday, November 14, 2009

Selamat bercuti..

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selagi Puji bagi Allah Tuhan yang Mentadbir Alam..

Selamat bercuti..
dalam 2 hari berada di uma, macam-macam perkara yang ana lakukan.
alhamdulillah ,
1.permohonan pinjaman pelajaran SUK berjaya, ana dalam proses men'completekan' borang perjanjian tersebut
2. rumah sedang renovate. dalam proses memperbesarkan lagi rumah bawah dan menambaik 1 buah blik..akan datang perlu cat uma ni
3.akan beli motor baru untuk memudahkan proses belajar sepanjang pengajian, ana menerima rm5000 daripada yayasan selangor.sekarang sedang survey motor yang bes..
4. dapat tawaran bekerja sementara di company BIOASLI , abang sahak ( my cousin ).kene ganti tempat die as BOS buat pantauan kat staff sebab abang sahak dan cikmat (org penting co. ) akan bercuti ke syria..

dah ade task cuti ni..
baru igt nak g PPN 4-6hb ni..
emm.. cane ni?

Segalanya kerana Allah..

Thursday, November 12, 2009

berakhirnya final exam

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, dah berlalu ke6 paper, my 1st exam in degree, wah~
hopefully, dapat result yg success , amin..
selalunya akan rasa lega, besnyee dah abes paper.tapi ana takde perasaan tu. feel takut nak time result tu adela.. degree tak same as diploma level..mase diploma bole lagi enjoy, tapi..
now huh, matangla konon..
kali ni, entry no perisian kot..
ana cuma nak menghabiskan sisa2 bosan dan sedikit tensen menjawab paper PSA tadi..
wawawa..
selamat bercuti.. semoga cuti ni beri something pada kita semua.
cuti, cuti gak tapi tarbiah tetap berjalan..
jangan lupa kite as daie..ok?

Segalanya kerana Allah..

Monday, November 2, 2009

makna sebenar usrah?

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW..
adakah kita umat Nabi Muhammad yang mengasihi Nabi sebagaimana Nabi Mengasihi kita?
masihkah ada atau sempatkah kita memikirkan tentang isu umat akhir zaman walau sekejap dan sedetik dalam 1 hari itu?
bermuhasabah la dan renungkan sejenak dimana kita?

sepanjang perjalan hidup melalui liku-liku kehidupan bergelar dai'e di Uitm Sri Iskandar, terlau banyak pengalaman mengajar ana..
masih sempat berusrah walaupun final exam?
begitulah ana lalui..
masa yang dicuri untuk menghadiri usrah bukanlah satu masa yang merugikan..
bukankah begitu?
malah ana rasa tenang dan lebih bersemangat untuk studi dan berjihad melalui final exam yang sangat kental agaknya ni..
first exam in my degree.. waahh~
tawakkal a'lalLLah , segala pergantungan diserahkan sebulat2nya kepada Allah..
walaupun keluar je dewan exam ..
arghh, napela unexpected sangat soalan ni..huu~

anyway, thanx kepada mak usrah , kak dzilal..
kat sinilah ana betul2 belajar tentang nikmat kemanisan berusrah.
ada hikmah ana ditransfer ke Uitm Sri Iskandar..
walaupun bertemu kawan2 baru, tapi banyak perkara dan ilmu baru ana peroleh..
kawan2 UTP yang selalu seludup ana, masuk UTP..
huhu..
untk Daurah , Usrah dan melalu sistem tarbawi..
alhamdulillah disebalik kesulitan itu ada terselit hikmah yang kita tak nampak secara halusi tapi perlu berfikir deeply with nikmat akal yang telah dianugerahkan Allah..
Kita as manusia je Allah kurniakan akal tu dan gunakanlah wisely, am i right frenz?

kenapa perlu usrah?
back to sirah, nabi pun buat usrah dulu di rumah al-arqam before nabi sebarkan dakwah tu secara terng terangan..
if kita dah dapat hidayah tu,peganglah betul2..
don't ever to cross the hidayah tu..

kita umat Nabi Muhammad dan kita sangatlah beruntung menjadi umat akhir zaman ni..
take the advantage..
moga hati ini terus tsabat atas jalanNya..

segalanya kerana Allah..

Final exam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW..

3 paper telah berlalu.. Far400,mgt534 dan ctu 553..

segalanya diserahkan kepada Allah..
walaupun ana rase macam tak dapat nak perform betul2 ketiga-tiga paper yang LEPAS..
argh.. susahnya degree ni..
ada lagi 3 paper akan menyusul..
berjuang hingga ke garisan penamat..

Fisabilillah..

Segalanya kerana Allah

Saturday, October 24, 2009

apa makna sebenar persahabatan?

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW.
apa makna sebanar sahabat?
sebenarnya hati ana dalam kekeliruan dan buntu, rasa macam nak menjerit je..
bukan mudah nak cari kawan yang sanggup susah senang bersama..
betulkan?itulah yang ana rasai sekarang,
nthala kadang ana terasa duduk dikalangan orang yang hebat(mungkin) atau rasa diri sendiri hebat ( mungkin juga benar) merasakan diri mereka ni kat atas dan takkan nak melihat orng yang lemah..
ada jugak terdetik kat hati ni takkan sekali-kali ana join lagi team members kawan-kawan ana kat cni..
adakah ini dendam? atau benci ?
ana bukan orng yang begini tapi waqi' kat sini betul2 buat ana lari dan jauh dari bidang pemikiran seorang dai'e.
Ya Allah bantulah aku..

sahabat2 kat cni berkawan kerana sesuatu, dekat dengan sahabatnya kerana sesuatu, bukan kerana keikhlasan dan menerima seseorang itu dengan hati yang terbuka,
rasa seperti hendak lari jauh dari segala maslah yang ada dalam hidup..
itu cuma rasa..
kerana sekarang ana bukan dekat dengan kawankawan yang sentiasa mengingatkan..
seperti di kampus segamat , ana ada kawan2 yang boleh membimbing, sama-sma mengingatkan..

lain tempat, lain dugaan , lain..
segalanya lain..
ana betul-betul perlu kuat dan tabah .

Segalanya kerana Allah..

Friday, October 16, 2009

Perubahan demi perubahan..

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Segala puji-pujian Hanya pada Ilahi, Selawat dan Salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW..
Syukur ke hadrat Ilahi , diberi ruang untuk bernafas, nyawa yang dipinjamkan untuk segar tegak diBumi ciptaanMu ini..

perubahan demi perubahan..
dalam diri seorang hamba penuh hina ini..

bersawang sawang nampaknya teratak yang telah lama ditinggalkan..
dari johor beralih negeri ke perak..
pada awalnya terasa janggal..
kenapa Kau campakkan aku disini, Tuhan..
sungguh asing..
Uitm Sri Iskandar?
setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya..
bukankah begitu sepertimana dijanjikan Tuhan? percaya, yakin, beriman..

kata-kata akh arizam terus segar diingatan..
" ana betul2 berIMAN dengan usrah.."

bagaimana kondisi ana di Perak?
alhamdulillah perubahan demi perubahan berlaku..'
Ya Tuhan benarlah setiap kesulitan ada terselit kesenangan..
bukankah Janji Allah itu benar?
pertemuan dengan ASMA', HANNAN, KAK FATIMAH, RUFAIDAH, FARHIN, HAFSAH, FILZAH, KAK SARAH, KAK MASYITAH, KAK DZILAL, DAN RAMAI LAGI..

segalanya lebih memantapkan, membina jati diri..
siapa diri ana yang sebenar?
masa itu emas.. tapi emas itu diperoleh selepas masa di invest pada jalan yang betul..

Moga beroleh hati yang tenang..

Saturday, May 23, 2009

HALA TUJU TARBIYAH DALAM GERAKAN DAKWAH

HALA TUJU TARBIYAH DALAM
GERAKAN DAKWAH

Bismillah..
Puji-pujian keatas junjungan Nabi Besar kita , Nabi Muhammad S.A.W..
Sepenuh pengharapan dan penggantungan itu hanyalah untuk Dia, Cukuplah sudah Dia tempat segalanya Jiwa ini diserahkan..
Segala Cinta dan Rindu yang sangat-sangat Mendalam untuk Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Yang Punya Dunia, mentadbir alam penuh kuasa..

Alhamdulillah, sedikit kesempatan yang diberi, kelapangan masa yang ada, ana ingin berkongsi ilmu untuk sam-sama kita berfikir bagaimanakah hala tuju dakwah kita, bagaimanakah perjuangan dakwah kita..

Untuk Jiwa-Jiwa yang hidup, mengharapkan redha Ilahi..
berfikir dan teruskan pencarian..
disamping zikir ..
Moga hidup kita sentiasa dalam keberkatan..

· Tarbiyah adalah satu proses berterusan untuk membentuk pola-pola tingkah laku dalam diri anak didik sejajar dengan kehendak pendidik.
· Tarbiyyah dalam gerakan dakwah: satu proses berterusan dalam usaha melahirkan muslimin yang memenuhi syarat-syarat tausiq (توثيق ) atau mendapat kepercayaan untuk diserahkan tanggungjawab amal Islami.
· Ruang linkup tarbiyah terdiri daripada 3 bahagian.
1. Pertama ialah Tarbiyah ruhiyah. Ia merangkumi pembersih dari sifat mazmumah (kufur & maksiat) dan menghiasi diri dengan sifat mahmudah (mulia)
2. kedua ialah Tarbiyah akliyah. Ia merangkumi pembebasan akal dari terikat dengan sesuatu, menggerakkan iradah dan nurani dan membebaskan diri dari taklid.
3. Ketiga ialah Tarbiyah badaniyah. Ia merangkumi penjagaan kesihatan.

· Matlamat tarbiyah Gerakan Dakwah ialah untuk melakukan perubahan secara total dalam masyarakat untuk membimbing manusia memberikan ubudiyah lillahi wahdah dan memampukan mereka menegakkan hakimiyah Allah yakni hukum Allah di muka bumi ini.
· Gerakan Dakwah terdiri dari matlamat tetap dan matlamat berubah.
· Gerakan dakwah yang bermatlamat tetap adalah:
1. Mempastikan ubudiyah lillahi wahdah.
2. Tegakkan khilafah islamiyah.
3. Taaruf antara manusia.
4. Pastikan dominasi Islam.
5. Tegakkan syariat Allah.

· Gerakan dakwah yang bermatlamat berubah adalah:
1. Untuk mendepani perubahan-perubahan المتغيرات dalam masyarakat dan gerakan islam. Oleh itu, gerakan jemaah perlu dilatih untuk menghadapi masyarakat dengan cara yang paling berkesan.
2. Mempersiapkan aktivis dakwah dengan apa yang diperlukan untuk mendepani perubahan-perubahan itu. Sentiasa mampu berubah mengikut keadaan semasa supaya gerakan dakwah dapat diterima oleh masyarakat umum.

· Takrif jelas, kerja dalaman akan menjadi mudah. Sebagai contoh, sekiranya orang yang menggerakkan gerakan dakwah di bahagian luar faham peranan mereka seperti peranan mencari targeted tajnid, maka kerja-kerja dakwah dalaman akan menjadi mudah seperti perjalanan gerakan usrah.
· 9 sifat penting mampukan penguasaan luaran, merangkumi memahami Islam dan fihq dakwah, Qudwah hasanah, sabar, lemah lembut, mempermudahkan, komunikasi yang baik (tawaduk, ceria, manis muka, kemas rupa diri), pemurah dan memberi khidmat.
· Kesan abaikan isti`ab fikri, produk tidak cukup matang, produk tidak berkualiti, produk tidak teruji dan rawatan tidak sempurna akan memberi kesan kepada saf dakwah.
· Syarat jamaah ist`ab ahli adalah proses tarbiyah berjaya mengikut fasa, melengkapkan keperluan isti`ab (tanzim, tarbiyah, strategi, fikrah, siasah), mengetahui keadaan ahli, menggembeleng tenaga ahli, dan mengagihkan tanggungjawab secara jama`ie.
· Penguasaan fikri: tarbiyah dan bina kualiti ahli dengan membetulkan akidah dan salah faham terhadap Islam, merawat penyakit-penyakit dalam masyarakat, menambahkan keperluan (islam dan fiqh dakwah) serta menjana bakat dan potensi yang ada.
· Kritiria penguasaan fikri meliputi:
1. Kuat, teguh, berasaskan syariat, halal haram dan iltizam melaksanakannya.
2. Tidak terbatas pada satu fasa sahaja, berterusan.
3. Ambil kira perubahan dalam kehidupan individu, yang tabi`ie dan luar tabi`ie, tidak sama untuk semua, remaja tak sama dewasa
4. Mencakup bidang fikri, ruhi dan jasadi.
5. Dinilai dengan neraca syarak, rukhsah dan azimah, bukan dipengaruhi suasana atau peribadi.

· Penguasaan jamaah keatas ahli dapat dilaksanakan dengan:
1. Kualiti, kekuatan, kelemahan.
2. Posisi dan kondisi.
3. Mampu menjana potensi ahli.
4. Pengagihan tugas yang tepat.
5. Penguasaan jamaah dan ahli ke atas dasar, manhaj, susuk dan strategi jamaah.

· Tanggungjawab pemimpin adalah menyediakan semua sebab, prasarana dan manhaj tarbiyah yang diperlukan dan membuat pemantauan yang berterusan ke atas apa yang mereka pimpin.
· Penubuhan sistem Khalifah berlaku apabila umat Islam dapat membebaskan watan, mengembalikan keagungan, memperdekatkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan, serta bersatu padu, dengan ini Khilafah yang hilang dapat dikembalikan.

· Ungkapan Banna:

“Dalam banyak hal marhalah-marhalah ini berjalan seiringan, kerana keunitian dakwah dan kekuatan hubungan di antara satu sama lain. Da`ie berdakwah, pada masa sama juga dia membuat pemilihan, mentarbiyah, pada masa sama dia bekerja dan melaksanakan amal (Risalah Muktamar Khamis).

Thursday, May 7, 2009

AIR MATA MALAM PERTAMA


Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.
“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.


**********
“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.
“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.
“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.
“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

**********

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.
Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.
“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.
” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

**********

“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.
” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

**********

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.
Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.
Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.
Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

**********

” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Wednesday, May 6, 2009

Buat Mujahidah Sejati..

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..

Puji-pujian itu hanyalah layak ditujukan khas untukNya..







Peringatan Buat Saudariku......
Saudariku..... Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu; namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......
Saudariku..... Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga *****ka dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...
sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........
Saudariku..... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"………….
Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....
Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengka***** hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............
Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."
"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA......"

Saturday, May 2, 2009

usrah terakhir

Bismillah..



satu
alhamdulillah, malam semalam ana selesai melakukan majlis usrah yang terakhir untuk sem ni, bukan terakhir untuk selama-lamanya..
rasa berat meninggalkan adik-adik usrah ana, yang telah sekian lama ana jaga,
dibawah jagaan ana, aduhai beratnya rasa hati ni..
bagaimana agaknya antum sem depan..
nama antum semua telah ana beri pada radzi untuk dihantar ke encik razak, yang mana ana pun tak kenal, inginkan nama mad'u untuk setiap naqib/naqibah k-uitm johor.
berikut senarai nama mad'u ana:
naqibah:siti husna samsudin (ana la tu)
penolong naqibah:juriah bt shaari
mad'u:
1.nur nadiah zainal abidin
2.nor 'afiah abdul ghafar
3.umi kalsom binti mohmad
4.nur amalina safawati bt selamat
5.nor awanis bt che harun
6.amira bt musfan
7.arina fairuz bt idris
8.nurul amiza bt abd rahman

apa yang ana harapkan pada adik2 usrah sekalian, dapatlah antum mengaplikasikan ilmu dan segala nasihat yang telah ana curahkan selama ni.
seingat ana, dalam dua tahun memegang tanggungjawab sebagai naqibah, banyak mengajar ana tentang kehidupan, menjadikan diri ana lebih baik daripada yang sebelumnya, insyaAllah..
mudah-mudahan segala amalan ana diterima Allah.
kita bukan bisa menilai segala amal, walau sebanyak mana, sebesar mana, sedikit mana amalan dan kebaikan yang kita lakukan, tapi yang menerima tentulah Sang Penerima dan menilai tentulah Tuhan kita Yang Satu..Dialah tempat segala pergantungan dicurahkan..

dua,
semalam juga untuk sekian lama tidak menghubungi sahabat ana, Durratun Nabilah Binti Mat Sukhri. agak terkejut bila nabila beritahu ana yang mana dia sedang tunngu posting kerja sebagai s/u, tak tahu masuk kerja bila, tunggu tarikh dan tempat tapi penerimaan sebagai pekerja dibawah SPA telah berjaya diterima dengan berjaya lagi jayanya..
bukan terkejut apa, em.. nampaknya berita itu pending dan sampai ke pengetahuan ana dengan waktu yang agak lambat.walaubagaimanapun, ana mendoakan kebaikan buat sahabat tercinta, nabila.. terlalu banyak mungkin pahit getir , manis suka duka sepanjang persahabatan kami..
tapi, keakraban itu makin lama ditelan arus zaman selari dengan arus semasa yang semakin canggih mengikut teknologi sekarang ini, huhu, mengarut pulak ana ni..
begitulah, kadangkala ana merasai kesakitan merindui sahabat itu.. kata orang persahabatan bagi kaum hawa ini sangat tinggi nilainya berbanding persahabatan kaum adam.kenapa ya?
sifat rahim yang diberikan kepada kaum hawa jika kita perasanlah, kaum hawa ini lebih menghargai dan menyayangi sahabat-sahabatnya dan perasaan kemanisan itu lebih dirasai dan mendalam bila berlandaskan jalan dakwah..
setuju? terpulanglah..

tiga..
masalah ikhtilat..
apa yang ana nampak kelemahan dalam organisasi institusi masjid ditempat ana..
ana seorang yang suka berfikir dan menilai sesuatu dan sudut penilaian ana bukan hanya melalui dalil akli tetapi ana berfikir dan mementingkan dalil naqli untuk setiap kejadian yang berlaku didepan mata ana..
kelemahan itu..
1. sebagai institusi masjid yang menyebarkan dakwah juga mengislahkan masyarakat sekeliling sudah tentu perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik;
masalah utama yang sangat2 ana sakit bila melihat= masalah IKHTILAT.
kenapa masalah ni menyebabkan ana sakit? sebab utama adalah orang yang tidak menjaga ikhtilat itu sendiri adalah yang berFIKRAH dan berpengetahuan luas tentang agama islam, lebih faham dengan mendalam daripada ana yang serba serbi kekurangan ini, dan perkara yang serius ini berlaku didepan mata ana.. arghh, bagaimana agaknya antum yang memang faham melihat perkara yang sama?
adakah tidak tergugat iman antum?
tergugat iman? maksud disini adalah betapanya ana ingin memberi peringatan dan teguran tetapi ana hanyalah orang luar dan bukan daripada golongan institusi masjid berkenaan.
Sakit rasa hati ini melihat mesej dan calling yang berleluasa diantara orang yang berfikrah, macamlah mereka tidak faham, padahal terlalu banyak program yang dianjurkan berkaitan CINTA yang mana mereka sendiri anjurkan.
apa yang bermain difikiran ana?
bagaimana dakwah itu akan sampai dan terserap kedalam jiwa masyarakat sekeliling bilamana orang yang menyampaikan itu juga tidak mampu mengislahkan diri dan hanya berjaya menjayakan pelbagai program islamic sahaja?
berfikir dan merenung sebentar..
muhasabah diri juga terus kepada diri ana serba lemah lagi alpa ini..

2.soal jumud pada sesuatu perkara..
tanpa melihat pada keadaan dan tempat..
islam itu syumul dan kesyumulan islam itu tidaklah sampai menjadikan si penganutnya terasa begitu sukar untuk melaksanakan..
islam is the way of life, dimana Sang pencipta itu menggariskan panduan dalam mengaplikasikan ilmu islam itu..

ana tidak faham dengan golongan yang terlalu jumud pada sesuatu perkara menyebabkan islam itu sempit dan sukar diamalkan. tidak mahu memandang pendapat ulama' atau ilmuan lain, maaf kiranya berkasar tetapi terlalu jumud dengan pendapat pemimpin mereka tanpa soal selidik, menerima 100%..bukanlah ana ingin menuding jari pendapat pemimpin beliau tidak benar, jika kita susuri kisah imam shafi'e yang tidak sependapat dengan gurunya tetapi beliau tetap menghormati guru beliau bukan?
apa kaitan dengan kisah ni ya? bermakna bagi ana tidak perlulah terlalu jumud hingga kesannya menjadikan itu dan ini salah, bukankah islam itu ada ada garis panduan yang boleh kita ikuti. aplalah gunanya khilaf para ulama' dan ijma' ulama' masa kini..
ini yang menjadi topik perbualan antara ana dan seorang hamba Allah yang mana begitu ingin berbalah dengan ana dan hanya meletakkan dirinya yang benar lagi tepat!
perbezaan pendapat itu adlah rahmat bukanlah pergaduhan..
ana tidak ingin meneruskan pendapat ana, hanya membiarkan dirinya yang mungkin merasakan dirinya benar itu berhujah, bukan tidak mahu berkongsi tetapi dengan orang yang tidak bisa menerima pandangan orang lain, perlukah kita meneruskan ?
tepuk dada tanya iman.. setuju? terpulanglah..

dua paper akan datang..
selamat berjuang..
wassalam

Friday, April 17, 2009

ketenangan itu..

bismillah..

ketenangan itu..
buat hati-hati sentiasa ingat padaNya,
firmannya..
DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN TENANG..

moga beroleh hati yang tenang..

Thursday, April 16, 2009

Bismillah..

aLHAMDULILLAH, SYUKURLAH SEMANGAT ITU SEMAKIN DATANG,
begitulah bila hampir pada peperiksaan,
perit sungguh untuk melalui liku liku perjuangan ini,
selagi ianya tidak berada di garisan penamat..

Ku menghitung hari,
ah tinggal beberapa jengkal lagi untuk ke garisan penamat,
menamatkan larian yang semakin hampir ke garisan penamat itu..

melihat pada list final exam,
23/4 - aud 390
24/4 - maf 380
25/4 - muet
27/4 - ais 360
30/4 - tax 370
5/5 - far 350
10/5 - maf 330
11/5 - muet

insyaAllah, yakin pada diri sendiri, dengan bantuan Allah, UNA boleh!!!
ana melihat pada jadual studi..
huh, perlu ikut seperti yang telah dirancang.
terasa berat dihati, tapi aku perlu tabah dan sabar..
menuntut ilmu perlu sabar, bukan semudah meneguk air dengan sedap..

setiap liku kehidupan itu ada ujian,
bila kita sudah bergelar muslim akan ada ujian,
tidak akan tidak untuk kita lari dari ujian itu..

kita bukan bisa mengawal hati orang lain agar suka dan sayang pada kita,
kita tidak punya apa-apa untuk berbuat demikian..

Allah Maha Kuasa,
perancangan Allah, aturan hidupan itu,
kuasa Yang Maha Esa..

Moga Allah beri ku kekuatan,
aku tidak keseorangan,
adanya Allah sebagai Pelindung HambanYa..
Allah..
Ampuni aku ya..
aku terlalu lemah dan terlalu berdosa padaMU..

Allah..Allah..Allah..
dekatlah padaku..
hati ini terlalu merindui..

Wednesday, April 15, 2009

Tuhan batntulah aku

Tuhan,
ketenangan itu milik Dia,
aku tidak punya ape2,
hanya boleh menadah tangan untuk meminta ketengan,
tapi Yang Memberi sudah tentu Yang Maha Pemberi itu,

Tuhan,
aku rasa berdosa,
kerna ape?
kerna dosa-dosaku..
kadangkala aku tak mampu untuk menahan diriku menghindari dosa,
aku insan lemah,
aku juga dhaif wahai Allah..

Tuhan,
aku sedih dan perlukan kekuatan,
adakah Kau masih memandang diriku yang hina ini,
aku asek meminta taubat,
ampunkan dosaku..
tapi aku masih tidak lekang dari melakukan dosa,
lemahnya aku wahai Yang Maha Kuat..

Tuhan,
aku lemah tika menulis warkah buatMu ini,
adakah kau masih menerima taubat hambaMu yang tidak punya apa2 ini?
kenapa terlalu susah melunturkan hati sahabat yang keras membatu?

Tuhan,
aku tertekan dengan perangai dan tingkah lakunya,
bagailah aku ini seperti najis saja,
atau aku ini terlalu hina dipandangan matanya,
padahal menerima dan menolak taubat itu adalah dalam kuasaMu,
aku sedar diriku yang serba kekurangan ini Tuhan,
aku tidak sepandai dia,
yang Kau beri nikmat kepandaian,
bertuahnya diri,
tapi dia hanya pandai menjawab soalan,
tapi tidak pandai dalam membina ukhuwah yang Kau suka,
Allah suka dan sayang orang yang menyambungkan tali persaudaraan,
tapi Tuhaan..
aku bukan tidak berusaha,
aku sedih..
sedih..
sedih..

Tuhan,
peperiksaan akhir akan tiba,
hanya beberapa hari lagi,
tapi aku lemah hari ini Tuhan,
aku tidak mampu menahan tangis hiba,
kerna apa?
aku keseorangan,
dipulau,
ditinggalkan,
bukan kesalahan apa,
bukan membunuh atau mengkafirkan umat Muhammad,
tapi aku dibenci..
kerna pa..
kerna aku lemah dan banyak kekurangan,
terlalu lemah manusia itu smpaikan lupa yang diri sendiri juga lemah,
tiada sempurna pun setiap manusia itu,
ada lemah dan lebih..

Allah,
lembutkan hatinya yang keras membatu itu,
agar dia nampak jelas kebesaran Mu dimana Kaulah yang Maha Berkuasa..
AMEEN..

Sunday, April 12, 2009

hape-hape je..

Segala Pujian diberi hanya pada Tuhanku..Allah SWT

alhamdulillah, pagi ni dapat lepaskan tensen dengan main badminton, huh..
seronok sangat..
dari semalam mengadap convertible bond tak sudah2, dari pagi tadi selesailah sudah buat latihan semua pas sem..
ke bilik lina dan nabila, laa... kunci pulak, ke mana le bebudak ini, nak tanya kok menghilang..

masuk bilik tengok la pulak tajuk put&cal..
ahh,kepalaku ini sudah lari ke jepun, korea..
tutup saja buku..
terpandang laptop, lantas bukak dan..
hem...
ni la jadinya menaip yang ntah kehape-hapean saje..

takpe..
hilangkan boring jap..
yang penting waktu belajar perlu FOKUS!!!
CHAIYOKK UNA!!

Saturday, April 11, 2009

Sunyi..

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Segala Puji Hanya Layak diberikan untuk Dia, tiada yang seSEMPURNA Tuhan RabbulIZZAti..

Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, nabiku..nabi akhir zaman..
betapa ku rindu pada Rasulullah..

TanpaMu Tuhan, aku tidak akan bisa bernafas..
mana mungkin boleh ku lihat dunia yang secantik dan seindah penciptaanMu,
aku rindu..
betapa ku rindu padaMu Tuhanku..

Tuhan,
terasa kesunyian dalam hidupku..
terasa kekosongan yang perlu diisi..
Kau saja Tuhan yang bisa mengerti apa yang kuinginkan..
berikanku keizinan untuk mengisi ruang yang kosong ini,
agar lebih ku rasa indahnya hidup ini,
dengan menyempurnakan Separuh Imanku..

Oh Tuhan..
terasa diriku begitu kerdil,
hina dan daif,
hanya padaMu aku meminta dan meminta..
TanpaMu Allah..
aku takkan mampu peroleh hajat yang bisa termakbul..
kerna adaNya kuasaMu Tuhan..

kurniakan..kurniakan..
kurniakan aku apa yang bisa kuinginkan..
isikan ruang ini Tuhan..
agar hidupku lebih terisi..

Hanya Engkau Yang Tahu, Tuhanku..

Aturan Kehidupan

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Syukur, alhamdulillah ana diberi peluang bernafas di bumi ciptaanNya, hidup dengan penuh nikmat , Tuhan pemberi nikmat itu memang kaya dengan pelbagai kerna dialah AL GHANIYYU yakni YANG MAHA KAYA..Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad SAW, betapa ana rindu pada baginda Nabi, walaupun ana adalh antara umat yang tidak pernah berjumpa dengan Baginda tetapi terasa baginda sangat dekat..

Pertama

7hb april 2009


Test 2 taxation dah dapat semalam.Alhamdulillah ok, 74% , ok or bad? Alhamdulillah syukurlah dengan nikmat yang diberikan. Yang lain belum lagi, harap ada improvement berbanding test 1 yang lepas dan lebih “ menyerlah jauh dari yang biasa “ pada final exam just around the corner ni, insyaAllah dengan izin Allah Rabbul Izzati..Ada seperkara yang ingin ditekankan disini, memang benar kita telah berusaha, dengan kesungguhan penuh maximum tapi rezeki itu datang dari Allah bukan? Sesuatu perkara itu takkan terjadi tanpa izinnya, sesudah berusaha , doa dan bertawakkallah.Jadi, tak perlu ada rasa keluh kesah, mungkin kejayaan yang diimpikan itu belum sampai waktu Tuhan Yang Adil itu ingin beri pada kita selaku Hamba yang takde ape, yang serba serbi kekurangan ini..Memberi peringatan pada diri ana juga,. Melihat pada sahabat ana, nth bila la die studi, tapi kelua result perhggg, highest! Bile Tanya jawapan yang simple ‘faham konsep’..bertuahnya empunya diri Tuhan beri keupayaan memahami dengan begitu mudah, tak perlu belajar seteruk ana, bersengkang mata , kesana-kemari semata-mata ingin memahamkan diri, mencari rujukan bagai. Kadangkala ada timbul ‘rasa’ jeles pada diri sahabat ana yang penuh ke’beruntungan’ itu, ada masa kadangkala sakit juga..sakit ape pula ni?

Sakit sebab dengan kata-kata bangga diri seakan-akan merendahkan diri ana yang ‘SANGAT’ mudah faham ni( faham2la) istighfar…. Kadangkala ana berfikir sendiri dan buat conclusion, mungkinlah orang yang diberi nikmat yang melimpah ni , die tak sedar yang orang lain tak dapat nikmat tu, jadi dia tak boleh fikir kenapa kita yang tak dapat ni begini begitu tak seperti dirinya yang dapat? Tak semua yang pandai begitu tapi ada..

Konsep memberi dari sang Pemberi dan bagaimana si penerima ni menerima?

Sepatutnya, si penerima perlu bersyukur bukan berbangga, kemudian tanam pada diri menerima pinjaman Allah yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja itu, perlulah merendahkan diri pabila diberi nikmat bukan berbangga dan merendahkan keupayaan orang lain, sebab apa? Sebabnya segala kejadian itu terjadi dengan izin Sang Pemberi ni..

Mohon doa banyak-banyak, agar ana tidak tergolong dalam golongan lupa diri bila diberi keberuntungan..

Kedua

Rasa hati yang tidak senang, kenapa ni wahai SITI HUSNA SAMSUDIN? Berkenaan dai’e dan penggerak. Berat benar tugas ini bila sudah diberi tanggungjawab memikul..

Adakah walaupun hati dan diri tidak bersedia? Tapi masih dipercayai perlu memikul tanggungjawab sebesar ini? Berat lagi bahu yang memikul..

Maaf kiranya banyak mengguris hati si adik-adik ana yang bersusah payah untuk ana, adik satu organisasi, mengaku diri bukan yang terbaik in all aspect kerna ana memang serba serbi penuh kekurangan. Apa alasan selama ini? Adakah perlu alasan dalam berdakwah? Ana masih berat untuk meluahkan apa yang terpendam, hanya ingin mengatakan disini, bergerak dalam jemaah islam adalah salah satu jalan dakwah, tapi masih ada jalan dakwah lain untuk dilakukan demi islam, yang menilai itu Tuhan, sekecil dan sebesar mana tugas dan kerja yang kita lakukan demi islam yang menerima adalah Sang Penerima Rabbul Izzati..

Mudah-mudahan segala amalan diterima oleh Tuhan empunya dunia..

Ketiga

Berkaitan hal isu semasa yang hangat diperkatakan..

Apakah itu?

Alhamdulillah syukurlah kemenangan berpihak pada islam..

Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau..

TAKBIR, ALLAHUAKHBAR!!!!!

Keempat

Permasalah dalam ukhuwah..

Bisa berlaku lagi?ish nape tak dapat elak ni?

Pernah tak alami sahabat yang memang ada fikrah islam, tapi tak dapat nak terima teguran orang lain?ana agak tertekan keadaan begini, ujian yang dirasakan bagai sembilu sekali..moga Allah melunturkan hatinya yang keras membatu itu, AMEEEN…..