Saturday, November 27, 2010

Ralat..


ralat.........

buat pengetahuan semua,
saya akan bermula internship di PETRONAS KLCC, bahagian finance and accounts service department.
ya, saya tahu baru beberapa hari lepas, saya war2kan saya akan practical di Agrobank sungai besar, tapi berlaku ralat yang saya tak tau salah siapa.
lebih baik tidak perlu menyalahkan sesiapa, mungkin segalanya ada hikmah.
mohon doa saya dapat sesuaikan diri dan menjadi contoh kepada yang laen.
sangat singkat, hanya beberapa hari segalanya berubah.
p/s: sedang membina keyakinan diri unuk memulakan langkah hari-hari akan datang.
Allah Maha Tahu segala yang ada di langit dan bumi.
doakan saya.

Tuesday, November 23, 2010

Hati yang kosong

...
sudah 3 minggu bercuti di rumah..
rasa lame dan kosong..
cuti yang membosankan, tiada aktiviti menarik yang dilakukan..
miggu depan saya akan bermula praktikal di AGROBANK sungai besar.
1/12/2010 hinggi 31 mei 2011.

.... message received....
dear all, mukhayyam akan diadakan pada 11 dan 12hb disember..
please reply for ur attendance..

........................................................

saya hanya membaca message yang masuk, reply pon tidak..
hurmm, rasa hati memang nak pergi, tapi memikirkan bagaimana nak ke tempat mukhayyam tu.. public transport yang bermasalah di tempat tinggal saya, bukanlah jauh sri iskandar dan sungai besar tapi disebabkan masalah public transport, hampir separuh hari baru boleh sampai walhal kalu drive sendri 1 jam 30 minit pon dah boleh sampai.
kalaulah..saya mempunyai rakan yang boleh sama2 bergerak pergi program, daurah kan best..

sri iskandar..
sudah masuk hampir 2 tahun saya menyambung pengajian di sini, tapi ternyata hati saya sangat susah untuk menerima keadaan di sini.
usrahmate yang baru kenal, berada dalam keluarga ikram perak tengah, kadangkala saya rasa terasing.. kenapa? adakah saya sendiri yang menjauhkan diri dan taknak membuka pintu hati untuk menerima mereka sebagai keluarga seakidah? sejemaah?

hurmm, soalan yang tiada jawapan..
saya rindukan mak usrah saya, kak dzilal, kak faiz, ummi..
usrahmate, hannan dan may (akan melansungkan perkahwinan 18/12/2010)


............................................................

saya baru habis membaca buah tangan ustaz hasrizal, murabbi cinta dan novel cinta taj mahal..
kedua2 buku yang menarik.
ada satu kata2 dari novel taj mahal cinta yang menarik perhatian saya,
"bertafakur itu adalah lebih baik daripada banyak solat sunat yang tidak khusyu'"
saya menilai diri saya, memang susah untuk solat khusyu', bila sudah berada di rumah, lebih susah untuk istiqamah..
yelah, saya terlalu selesa dan senang dengan keadaan rumah, dapat makan, tidur, dengan begitu nikmat dan kadangkala juga saya berfikir.
Bagaimanakah nasib saudara seislam kita yang ditimpa banjir, ditempatkan di dewan beramai2, makan, tidur beramai2. berhimpit , bersesak?
Padahal saya? sungguh selesa bertilam dan bantal yang empuk..

astaghfirullahala'zim, kadangkala saya lupa dengan nikmat kesihatan dan kelapangan yang Allah kurniakan..hari2 yang berlalu juga kadangkala saya biarkan ia pergi tanpa sebarang sumbangan untuk islam..

Ya Allah, bersalahnya saya..
bersalahnya saya pada islam..

p/s: doakan saya terus tsabat



Tuesday, November 16, 2010

menulis.. menulis..menulis..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi masih diberi ruang untuk bernyawa dan menjalankan tugas2 seharian..

saya sudah beberapa bulan meninggalkan blog, biasalah nama pun student life, dengan assignment dan projek yang menimbun di tambah pula disaat tahun akhir belajar.
tapi, itu semua bukan lah asbab untuk kita terus melupakan tugas sebagai khalifah.
saya hanya ingin menulis dengan singkat, insyaALLAH ada kesempatan ingin berkongsi kisah hidup yang menjadi tarbiah..

berkongsi bukan untuk tujuan rasa diri terbaik tetapi sebenarnya bila saya berkongsi, adalah satu proses muhasabah dan membaikkan kehidupan saya..

saya teringatkan kata sahabat usrah saya, dia mengingatkan saya soal kehidupan, adakala sibuk dan lupa untuk membaca alquran..
sebagai seorang muslim, setiap hari adalah hari yang terbaik untuk kita dan perlu ada manfaat yang kita lakukan untuk kehidupan ini..
bukan hanya bila kita melalui hari2, sama dan tak ada beza seperti hari2 yang sebelumnya..
alQuran adalah teman sejati,bacalah walaupun satu ayat, bacalah walaupun yang termudah.. asalkan kita membaca alquran..
kita ada masa untuk menonton TV, bermain dengan kucing dan bersiar2 di taman, tetapi kenapa tiada masa untuk membaca alQuran walau sebentar?
membaca alQuran dengan memahami isi ayat walaupun sebaris adalah lebih baik daripada kita membaca dua tiga muka surat tapi tidak memahami isi kandungan alQuran..
oleh itu, walau sikit membaca alQuran ,kita tadabbur lah dengan membaca makna ayat berkenaan..

moga hidup sentiasa dalam RAHMAT ILAHI ~

p/s:sedang menelaah buku USTAZ HASRIZAL 'murabbi cinta'

Thursday, June 24, 2010

Saat kematian..


Saat kematian adalah saat yang tidak disangka2 akan terjadi oleh pemilik jasad, kematian akan datang, pasti datang, cuma jemputan tersebut tidak dapat dijangka oleh kita sebagai hamba Allah, bersediakah kita dalam menghadapi kematiaan? sangat beruntung bukan bagi hamba2Nya yang sentiasa menyiapkan diri dalam keadaan iman yang utuh, lagi beruntunglah buat mujahid-mujahid yang mati syahid.
dalam kelompok manakah kita? sama ada dalam keadaan mengingati Allah atau dalam kekufurun? nauzubillah..sebab itulah kita sebagai hamba yang hina perlu sentiasa menyiapkan diri dengan iman yang kukuh, bukan saja untuk urusan2 dunia kita bersiap.. sebagai contoh, apabila hendak menghadapi perperiksaan akhir, kita sudah tahu bila tarikh dan masa kita akan menghadapi peperiksaan tersebut, tentu sekali kita menelaah pelajran sebaik mungkin, ditambah lagi yang sudah ada soalan bocor, lagi beruntunglah..
begitulah juga umpamanya jika kita tahu waktu kematian kita, sudah pastinya duduk ditikar sejadah menunggu kedatangn malaikat maut mencabut nyawa kita? jenuh kita mempersiapkan diri, bertaubat bersungguh2nya kerana sudah tahu kematiaan akan tiba..benarkan..??
tapi sayang.. kita tidak tahu saat kematian itu datang bila, kadangkala ada yang menganggap ah usia masih muda, masih tidak puas berseronok, bila sudah tua bertaubatlah, mengajilah dan lakukan segala amal kebaikan ..
hari ini, kita harus bersyukur masih diberikan pinjaman nyawa untuk terus membaja amal didunia ini, bukan ukuran usia itu penyebab kematian, ada yang seawal usia 1 hari selepas kelahiran sudah dijemput Tuhan, penyakit adalah asbab kepada kematian, ada juga orang yang sakit bertahun2 tetapi tidak pula ajal datang sebaliknya sihat sediakala tanpa dijangka.Ada juga yang sihat tubuh badan, tapi tidak disangka2 maut menjemputnya terlebih dahulu berbanding orang yang sakit.Semua ini adalah dalam tangan Ilahi, ketetapan yang kita tidak dapat jangka atau baca, atau diramal sekalipun..kerana itulah, kita perlu mempersiapakan diri kita, lakukan amalan dengan nita kerana Allah.. sayang bukan, jika segala perbuatan kita, kita tidak niatkan kerana ibadah, hanya perbuatan yang kosong.
barangkali hari ini kita meraikan hari ulang tahun kita, bergembira bersama rakan2, keluarga dan saudara mara diatas usia yang semakin bertambah walhal hakikatnya umur kita sudah semakin berkurang dan ajal semakin dekat, kita tersenyum diatas ucapan yang tidak putus2 bagi meraikan hari ulang tahun kita, tapi kita sedarkah bagaimana amalan kebaikan kita yang akan dibawa untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi nanti??
benarlah kata2 hukama "mereka yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati kematian" , bila ingat akan kematian sekaligus perbuatan kita pasti menjurus kearah apa yang kita fikirkan, saya berikan contoh orang yang sentiasa mengingati mati, pastinya dia akan sentiasa solat awal waktu, cuba khusyu' dalam solat, lakukan segala amalan atas niat kerana Allah dan ibadah, kerana apa? kerana dia merasakan hidupnya tidak tentu bila akan berakhir oleh itu segalanya perlu dilakukan untuk dibawa kepada kehidupan akhirat..
cuba bayangkan jika kita orang yang seringkali melengah2kan solat, tiba2 dijemput Allah dalam keadaan yang tidak sempat menunaikan solat fardhu.. bagaimana balasan kita diakhirat nanti??
bagaimana mati kita? bagaimana keadaan rupa mayat kita?bagaimanakah keadaannya saat kita dikafankah?? kubur kita??
bertaubat itu jangan dilengah2kan , bila kita terfifkir untuk bertaubat dan mahu kembali ke pangkal jalan, maka jangan ditunggu2, jangan ditangguh2, segerakan tindakannya, malaikat maut sentiasa memerhatikan kita. Sedangkan Nabi Muhammad yang Mulia itu bertaubat sebanyak 70 kali setiap hari, padahal Baginda dijanjikan Allah syurga, manusia maksum tapi tetap mahu bertaubat dan merasakan diri kerdil, tapi kita?? umat akhir zaman, yang sudah dekat dengan hari akhirat, yang semakin terbuka pada kemaksiatan, kenapa kita masih tidak sedar dan masih lalai lagi alpa dengan dunia?? adakah kerana maksiat yang semakin berleluasa yang buatkan kita berfikiran sebegitu? kita lupa pada Janji kita pada ALLAH, mahu memakmurkan bumi dan alam ini, mahu beribadah pada Allah..
Dalam quran Allah berfirman yang bermaksud : "tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"
adakah telah tertunai janji kita untuk memakmurkan bumi Allah ini atau kita semkain merosakkan alam ciptaanNya, keroskan alam bukan disebabkan Penciptanya tetapi kesan ketidak tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, melakukan penerokaan sesuka hati , sehinggakan memusnahkan alam. Pembangunan yang tidak terancang mengakibatkan semakin banyak pencemaran berlaku..
hadis nabi yang bermaksud:.." diakhir zaman nanti akan ada satu penyakit yang menimpa umatku yakni alwahnu, cintakan dunia takutkan mati..."
adakah kita tergolong dalam golongan itu? ukurlah diri dan nilailah tahapan iman kita?
apakah hidup kita selama ini semakin dekat atau jauh dengan Ilahi?
ingatlah detik perpisahan itu semakin dekat, waktu itu hanya 3 amalan yang dibawa ke alam akhir hayat kita yakni, ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh/solehah..
adakah amalan kebajikan kita mencukupi untuk melayakkan kita ke syurga Allah? sedekah kita selama ini ikhlaskah? dan soleh/ah kah anak2 kita?
tiada keraguan bahawa mati akan dirasai oleh semua insan, hisablah diri sebelum saat itu tiba dihadapan mata.. pintu taubat masih terbuka..
nota : bagaimanakah saya nanti?

Kecewa


pernahkah anda merasai satu perasaan yang sangat kecewa, sedih dan rasa ingin menangis hingga kalau boleh ingin pergi ke tengah2 lautan atau berada di satu puncak gunung seterusnya menjerit sepuas hati.saya sedang mengalami situasi diatas, saya rasa lemah dan perlukan masa untuk bangkit semula..
betullah kata-kata hukama' yakni bersederhana dalam membenci dan menyayangi sesuatu tidak kira makhluk atau barang, ia tidak dapat memberikan pulangan sepertimana yang kita harapkan..
saya cuma kecewa dengan sikap seorang hamba Allah, yang dahulu nya memang kami akrab sehingga orang lain menggelar kami umpama kembar, ye lah manusia itu tidak lari dari kesilapan kan.. saya maafkan apa saja kesilapan yang dilakukan terhadap saya, cuma mungkin hati ini perlukan masa untuk diubati..
nota : bila kita kasih dan mengharap hanya pada Allah, kekecewaan itu akan pudar sedikit demi sedikit..setiap yang berlaku ada hikmah, moga-moga Allah tunjukkan jalan kebenaran

Wednesday, June 16, 2010

Facebook

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Segala pujian hanya untuk Ilahi...
mudahan sehingga kita hingga ke akhir nafas kita, diberikan Allah hati yang sentiasa hidup dengan zikrullah, fikiran yang sentiasa memikirkan soal kenapa diciptakan, apakah tujuan penciptaan kita..
ALLAHUAKHBAR!!
betapa Allah itu besar kuniaanNya kepada hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur..

Alhamdulillah, hari yang dipinjamkan allah ini, saya punya kekuatan dan ilham untuk berkongsi, saya terfikir tentang penggunaan facebook yang semakin meluas , hingga apa saja program di televisiyen dan tidak kurang juga dalam media cetak dan elektronik boleh merujuk kepada facebook, wah.. canggih dan maju bukan dunia sekarang..
dengan kecanggihan dunia sekarang inilah kita seharusnya berfikir hikmah setiap kejadian, terutama sekali tentang soal kerja-kerja Islam kita, adakah setanding dengan kelajuan arus pemodenan sekarang??
berfikirlah wahai pemuda pemudi Islam!!
ditampuk mana kita? bagaimana kerja kita? gerak kerja kita?

semakin mencabar bukan dakwah kontemporari..
perlu berfikir lebih moden untuk memancing hati2 mad'u kita, bukan calang2 pemikiran masyarakat sekarang, perlu diselitkan dengan perkara logikal, bukan hanya sekadar dalil naqli dan aqli sahaja.. hai.. beginilah berada di akhir zaman..

saya teringat kata2 ayah saya,
perkara agama bukan ikut.. em.. pendapat saya..
salah.. salah begitu..
perlu dirujuk kitab, hadis dan quran..
bila soal agama disebut mengikut pendapat peribadi , itu dipandu dengan syaitan bukan kalam Ilahi dan hadith nabi yakni mengikut tuntutan syariah..



"... Facebook, connecting people.."

penggunaan facebook semakin meluas dalam era globalisasi kini, menghubungkan rakan yang telah lama terpisah, saya kira facebook ni seperti jejak kasih pula,

... "eh, mamat ni dulu bukan satu sekolah dengan aku ke, lain betul dia sekarang..

.... " lahh, dia dah kahwin ke...."

....antara dialog yang seringkali kita ucapkan bila bertemu rakan2 di ruangan facebook ni..
tidak kurang juga yang jadikan facebook sebagai medan percintaaan , meletakkan gambar2 pasangan sejoli, bersama kekasih hati tersayang, sehingga status pun, ayat berbunga2 hanya di tujukan untuk sang pujangga buah hati tercinta, bagaikan facebook ni hanya ruangan dia..

hurmm , ini menjadi persoalan sekarang..
adakah penggunaannya disalah gunakan daripada kebaikan mengeratkan silaturrahmi yang terputus bersama sahabat2 kepada medan penyambung percintaan? menjadi lebih terkejut, antara sahabat2 saya yang dahulunya:
1. kepimpinan atasan dalam persatuan badan dan tarbiyah di sekolah

2. organisasi masjid
3. berpakaian sangat sopan dan labuh tudungnya
tetapi, bila di facebook, alangkah terkejutnya saya..
bergambar berdua-duaan, dengan pendedahan aurat dan tidak perlu la saya sebutkan lagi..
bukanlah niat saya untuk memerli sesipa, tapi saya ingin menegetuk hati2 mereka yang dahulunya disekolah punya hati seorang pejuang, tapi sekarang? dimanakah hilangnya hati2 pejuanga?? dimana kalian??

saya bukanlah dalam golongan yang sangat sempurna tapi saya agak terkilan, benarlah, hidayah itu milik Allah, sesiapa yang dikehendaki Allah untuk diberikan hidayah maka , hambaNya boleh berubah seperti mana dikehendakiNya..

Firman Allah :
" dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam dari kalangan jin dan manusia . Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya, untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka meliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergubakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah, Mereka seperti hewan ternak, bahkan lebih sesat lagi.. Mereka itulah orang yang lengah..."
( surah al-a' raf ' ayat 179 )


dengan hati, mata, telinga dan akal fikiran yang dikurniakan Allah, gunakanlah dengan sebaiknya.. bukan membiarkan akal itu dipandu oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan, kehidupan dunia memang menyeronokkan padahal ia hanyalah satu hiasan yang mana diakhirat kelak bukan perhiasan yang memberi bantuan pada kita sebaliknya amaln dan kebaikan kita..
moga segala mal kita dipandang ILAHI..
pandanglah dan nilailah sesuatu kejadian itu menurut mata hati bukan pandangan mata kasar sahaja..


note : saya sedang membaca buku bertajuk "tentang cinta" karangan ustaz pahrol mohd juoi, sangat menarik intipatinya..

Tuesday, June 15, 2010

Kepentingan BERDOA

BismillahiRRAHMAN NIRRAHIM..
bererti dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
segala pujian berhak dan layak diberikan hanya padaNya..

bukan pujian yang melekakan diberi kepada manusia yang cuma makhluk ciptaan Allah, seindah2 dan secantik makhluk itu bila kita puji, janganlah lupa lebih INDAH lagi Sang PenciptaNya..
Syukur alhamdulillah, saya diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini, untuk sama2 berfikir dan menilai diri sebagai 'abid, sejauh mana kita diberi nikmat yang banyak ini bersyukur dan merenung kembali hikmah penciptaan kita..
Selawat dan salam buat junjungan Mulia NABI MUHAMMAD SAW..

ya Allah, betapa saya merindui Baginda, adakah saya yang hina ini nanti, dipadang mahsyar kelak dapat duduk disebelah Nabi, tergolong dalam umat yang mencintai nabi??
saya seringkali berfikir, Nabi pastinya sedih melihat umatnya masa kini, yakni umat akhir zaman yang mana jarang2 solat, jarang2 berselawat, jarang2 melakukan sunnah Nabi.. apatah lagi menyambung usaha dakwah Nabi..
saya tidak terdaya menahan sedihnya rasa di hati, ummat akhir zaman ini, semakin pudar rasa kasih pada Nabi, walhal waktu akhir nafas Nabi, Baginda masih menyebut..

ummati.. ummati.. ummati..

tapi kita?
ada yang sedang leka.. dengan hiburan dunia, berpacaran, malahan ada yang setiap saat terbayang2 kekasih hati sehinggakan dalam doa pun mahukan Allah..dekatkan hatinya padaku dan Kau berikan rasa rindu aku pada si dia (kekasih hatinya itu) supaya sentiasa mekar di hati ku..

astaghfirullahala'zim..

apakah doa seperti ini diminta dan di pohon?

beginilah ummat akhir zaman, yang hak dan batil bercampuraduk, perkara yang tidak sewajarnya dikira benar..
beginilah jika yang luar biasa itu sudah menjadi kebiasaan dan kebiasaan itu menjadi luar biasa..
fikir2kanlah disamping zikir, dan sedarlah..dari lamunan wahai pemuda pemudi islam!!
cinta pada Allah dan pada Baginda pun tidak seGAH mana , tapi masih mahu Allah
berikan cinta manusia pada dirinya, tidak malukah pada Sang Pencipta???


Alhamdulillah, saya baru usai menghadiri USRAH di kampung halaman, saya mengikuti pengajian mak saya, dari ustaz IBRAHIM dan tajuk pengajian hari ini adalah kepentingan berdoa..pastinya, setiap kita sudah serasi dan faham dengan makna berdoa, yakni memohon hajat dari Yang Esa, tapi berapa ramai yang sedar akan kepentingan berdoa..


Sabda nabi:
".. Doa itu IBADAH... "

berdoa juga sudah dikira satu ibadah,dan bilamana memulakan ibadah itu sudah pastinya beradab bukan..
mulakanlah doa dengan istighfar, selawat, seterusnya mendoakan kepada junjungn Mulia Baginda Nabi SAW , wali2 allah , kedua ibubapa kita, kemudian barulah pohon hajat yang di inginkan..pastikan diri suci, bersih dan mengadap kiblat..kita pohon pada Tuhan kita, sudah tentu perlu beradab , begitulah situasinya bila kita inginkan sesuatu dari kedua orang tua kita, merengek2, bersungguh2 dan berkali2 merayu supaya kedua orang tua kita memakbulkan hajat yang dipinta..begitula situasinya bila kita pohon dari ALLAH RABBUL IZZATI..
umpama anak kecil merintih2..
Sabda Nabi : ... "doa itu adalah senjata orang mukmin, asas agama dan cahaya petala langit dan bumi...."
doa adalh kekuatan kita, senjata kita, yang mana tidak ada pada agama lain..
itulah sebabnya orang kafir sangat gerun dengan doa orang2 mukmin, kerna doa adalah senjata kita, mereka tidak takut pada senjata2 fizikal tapi takutkan doa2 kita,
hebat bukan DOA??
sehinggakan orang kafir takut bila kita mendekati ALQURAN, sebab quran itu kalam ALLAH, doa bagi orang2 islam..itulah sebabnya jua, orng kafir membina strategi untuk melalaikan kita, menjahanamkan umat islam dengan menakluk pemikiran kita, dan adakah kita semua sedar sebenarnya pemikiran kita telah berjaya dijajah dengan pemikiran sekularisme..
doa adalah asas agama, sebagai contoh satu2 binaan itu perlu ada tapak yang kukuh , begitulah juga dengan doa, dikira asas dan tapak kepada agama islam..sebab itu juga, orang yang sentiasa berdoa adalah orang yang sentiasa bersyukur, bercahaya dan bersinar2, satu kelebihan yang Allah kurniakan pada hamba yang akrab denganNya.
firman Allah yang bermaksud : ..." berdoalah nescaya kan ku perkenankan..."
saya teringat dengan kata2 ustaz ibrahim tadi, Allah itu bersifat Pemalu, Pemurah dan Kaya, bilamana hambanya memohon padaNya, Allah malu jika tidak memakbulkan hajat hambaNya itu..pernahkan kita terfikir, jika si KAYA raya tidak mahu bersedekah, padahal kekayaan itu datang dari Allah dan sepatutnya bersedekahlah, Allah bersifat PEMALU tapi si kaya?
tidak tahu Malu dengan harta nya..malahn dengan Sang Penciptanya sendiri!
sabda nabi :.. tidak ada yang boleh mengubah ketentuan Allah kecuali dengan berdoa, dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan menambah amal kebajikan... "
ketetapan Allah itu terbahagi kepada dua yakni ketetapan yang boleh diubah (tergantung) dan tak boleh diubah. Ingin sekali saya kaitkan dengan Kisah Abdul Qadir Jailani, dimana seoarang bapa memohon doa oleh orang alim ini supaya Allah menyelamatkan nyawa anaknya yang di telan buaya, dan ternyata Allah memakbulkan doa seorang alim..
nyawa anaknya terselamat..
doa adalah penting , doa intinya ADALAH segala ibadah, bila berdoa kita perlu yakin akan dimakbulkan Allah, dan berdoa dengan penuh pengharapan..Allah tidak akan menerima doa orang yang LALAI dan leka, bila kita berdoa dan Allah tidak makbulkan doa kita, check balik amlan kita, baikkah?? awal waktukah solat kita?? halalkah pemakanan kita?? ikhlaskah ibadah kita??semua itu perlu diambil peduli..
Pesan Nabi : berdoalah dengan bersungguh2, janganlah mohon pada Allah, Ya Allah kau ampunkanlah dan makbulkanlah permintaanku jika Kau suka, tetapi hendaklah kita berdoa dengan permohonan penuh berazam dan bersungguh2, meyakini di hati bahwa Allah akan memakbulkan hajat kita , hadirkan hati tatkala berdoa, adanya rasa bimbang Allah tidak terima jika kita lalai dan leka dalam ibadah..sebab itulah dalam berdoa kita perlu betul2 fokus dan khusyu', cepat dan lambat itu aturan Allah kerana Allah yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya..setelah berdoa, hendaklah kita bertawakal sepenuhnya pada Allah..
redha dengan segala ketentuannya,tetapi kita jangan lupa untuk berusaha dan berikhtiar untuk segala perbuatan,lakukan penuh kesungguhan..
note : berdoalah selalu.

Monday, June 14, 2010

Ujian adalah tarbiyah dan hadiah dari Allah

Salam alaik..

Bismillah walhamdulillah..

syukur ke hadrat Yang Maha Esa, masih diberi ruang untuk terus mengabdikan diri padaNya,

dari sehari ke sehari , saya mengira adakah telah saya sepenuhnya beriman dengan Tauhid Ilahiyyah dan Rububiyyah..

saya terasa sangat lemah dan hina disisi Tuhan Yang Maha berkuasa,

yang mana satu kerja saya untuk islam itu diterima Allah,

ah.. terlalu sedikit, ntah yang mana satu dipandang Allah..

mudah2n hati ini terus tsabat dan penuh iman padaNya, Tuhan sekalian Alam.

saya sangat risau jika hati yang hina ini terlalu asyik pada cinta dunia, itulah penyakit yang melanda umat akhir zaman masa kini, itu juga yang telah disebutkan dalam hadis, dimana bermaksud .. :

"bila datang akhir zaman kelak, ada satu penyakit yang melanda umat islam yakni alwahnu bererti cintakan dunia takutkan mati.."

nauzubillah..

mudahan kita semua terlepas daripada penyakit tersebut..

setiap makhluk ciptaan Allah itu pasti diuji bukan?


ujian dalam peperiksaan akademik, ujian dalam mengharungi alam perkahwinan, masalah rumahtangga, masalah keluarga, masalah anak2 dan sebagainya.


tapi adakala kita sebagai hamba yang lemah ini masih mengeluh, merungut dan tidak dapat menerima segala ketentuan yang telah disuratkan itu dengan penuh rela dan redha walhal UJIAN itu berupa hadiah dan tarbiyah dari Allah kepada hambanya.


tanda CINTA dan kasih Allah pada kita yang hina ini..



Firman Allah :


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya pahala kebaikan dari yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ( Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami!janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau tersalah.Wahai Tuhan Kami! janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada Kami. Wahai Tuhan Kami!janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya , dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada Kami. Engkaulah penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"


( surah al baqarah:286)



setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita adalah setimpal dengan kemampuan kita, kerana Allah tahu dan sangat kenal tahap kemampuan kita untuk menerima takdir dan ketentuan tersebut. Oleh itu, sewajarnya, kita menerima dengan redha dan berfikir..bukan mngeluh dan bersangka buruk pada Allah, Sang Pencipta kita.


example case :


.. una, saya dah tak tahan dengan semua ini, lebih baik Allah menarik nyawa saya, saya faham ini adalah ujian Allah untuk saya, tapi saya dah lama menanggung derita, sakit sangat, derita sorang2.. - kata2 luahan dari sahabat saya


bukanlah saya ingin membuka masalah yang dihadapinya, saya ingin berkongsi apa sebenarnya hikmah disebalik kejadian yang terjadi. Sudah beberapa tahun lamanya sahabat saya menderita sakit dan juga masalah keluarga yang dialaminya..


saya faham bukan semua orang walau sahabat rapat kita sekalipun dapat memahami masalah dan derita ujian yang kita alami, tapi bilamana kita menerima setiap ujian itu penuh redha dan sabar , nescaya kita akan terasa sangat tenang..


dan fikirlah orang yang lebih perit dan derita sakitnya menanggung ujian dari Allah S.W.T.


ingin saya selitkan disini kisah penderitaan rakyat PALESTIN, dimana mereka mengalami kehidupan penuh derita, bertahun2 lamanya, setiap saat hembusan nafas itu, mereka tidak pasti adakah ruang untuk mereka menapak di BUMI Allah ini untuk saat seterusnya, SHAHID itu matlamat mereka..


kerdilkan kita, hanya diuji dengan ujian yang saya kira hanyalah sekecil2 perkara tapi sudah kita mengeluh dan berkata ALLAH ITU TIDAK ADIL, AH.. AKU SUDAH TIDAK TAHAN..LEBIH BAIK AKU MATI SAJA, JIKA TERBAIK MATI ITU LAH YANG AKU PILIH.


hidup ini hanyalah sekali dan peluang yang Allah berikan ini, perlulah kita bajai dengan amal2 keimanan dan kebaikan..bantu islam, buat kerja2 sumbangan kearah ISLAM..itulah yang sepatutnya.


pernahkah kita terfikir, ini semua adalah ujian dunia, tapi ujian yang benar2 hakiki yakni ujian dialam barzakh, seterusnya di hadapan Allah kelak, penentu syurgakah kita? nerakah kita?


mana satu destinasi terakhir kita? itulah yang lebih utama..setiap amaln yang kita lakukan dalam 24jam itu, sewajarnya kita niatkan untuk ibadah, sia-siakan kan kehidupan kita yang kosong tanpa niat kerana Allah, bayangkan dalam 24 jam Allah pinjamkan itu, berapa banyak kita niatkan untuk ibadah, dan dalam ibadah yang kita niatkan itu, berapa banyak yang diterima Allah, dicampur dan ditolak dengan perbuatan jahat kita..


ah, terlalu sedikit bukan? oleh tu, bila ujian datang menimpa, sepatutnya kita BERSYUKUR.. kerna Allah masih SAYANG dan mengambil berat akan kita..


pengalaman :
saya ingin berkongsi, pengalaman saya, dimana Allah menguji saya berada dikelompok dan dikelilingi dengan sahabat2 yang sangat baik akhlak dan pekertinya, tapi sayang..


mereka tidak mahu menunaikan solat sepenuhnya dan menutup aurat, pada mulanya saya sangat kesal sehingga kan saya terdeti di hati, .. sampai hati, Allah sudah tidak sayangkan aku, berikan aku bukan dikalangan sahabat2 yang mengingatkan..


tapi setelah beberapa bulan bersahabat dan bergaul, saya terfikir dan bermuhasabah, yang sebenarnya Allah sayangkan saya, Allah mahu saya gunakan ilmu dan aplikasi dalam kehidupan saya, mereka perlukan sahabat2 seperti saya, walau saya seorang, saya perlu kuat dan rapat dengan Allah, hanya pertolongan Allah yang boleh memberikan saya kekuatan dan melembutkan hati sahabt2 saya.. tentang pentingnya kehiudpan beragama..


walaupun perubahan itu bukan mudah kan.. tapi saya cuba sedaya upaya untuk berdakwah pada sahabat2 saya, bukan dikira dakwah itu dengan kita menasihati saja, tapi dakwah bil hal, yakni kita tunjukkan sikap dan teladan yang baik, berhikmah dan bijaksana..


moga setiap langkah dan amalan saya itu diterima Allah SWT..



NOTE: setiap hamba Allah itu, berlainan bentuk ujian yang ditimpakan Allah, setimpal dengan kemampuan setiap hambanya, redha , sabar dan terimalah dengan bersangka baik padaNya, percayalah...bila kita mampu menghadapi ujian itu penuh sabar dan redha , satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan akan meresap dalam jiwa kita.. fikirkan orang yang lebih susah ujiannya dari kita, kelak ketenangan akan diperoleh, insyaALLAH


Saturday, June 12, 2010

Cinta dan Kasih Sayang..

Bismillah wa syukurillah..
masih diberi nikmat iman dan islam, masih berada dalam negara yang aman dan punya keluarga yang bahagia..
kasihnya Allah pada hambaNya, tapi masih ramai yang lupa dan lalai untk menunaikn tanggungjawab sebagai abid itu..
nauzubillah.. mudah2n saya sentiasa dalam jagaan Allah rabbul Izzati..




keluarga, sahabat2..
mereka2 yang kita kasihi..
kucing peliharaan yang comel.. juga makhluk Allah yang kita sayangi..
tapi, adakah kasih dan sayang kita pada makhluk itu melebihi kasih dan sayang kita pada yang mencipta kita di dunia ini?
tepuk dada tanyalah iman..
jawapan ada dalam diri kita semua..





sebut soal cinta dan kasih sayang, maafkan saya andai ada yang terasa hati tapi penulisan soal cinta dan kasih sayang ni memang telah lama terlintas di fikiran cuma tiada kesempatan untuk berkongsi..
insyaAllah, saya ingin membicarakan apa yang termampu..
........................................


bismillah.....


sahabatku,
seperti yang kita lihat sekarang, masakini masyarakat kita semakin serasi dengan istilah bercouple dan berpunya, jika dalam usia seawal 20-an itu, tidak punya kekasih hati, dianggap seperti satu kepelikan..
walhal bukan berpunya itu bermaksud sudah berkahwin atau bertukar status single kepada isteri atau suami orang, tetapi punya relationship yang saya kira masing-masing faham dengan istilah kekasih hati, buah hati, buaya frenz dan geli frenz itu..

bukanlah niat saya ingin memerli sesiapa, tapi adakah pernah kita terfikir dengan adanya hubungan yang terlarang ini, sebenarnya itulah tanda2 kiamat hampir tiba dan kita berada dalam akhir zaman.. dunia semakin sakit, nazak dengan dosa yang semakin menjadi perkara biasa dimata masyarakat dan lebih teruk sudah tidak diambil peduli bagai tiada apa sebenarnya..
sebab itulah, sekecil2 perkara bermula dengan perkenalan dan merebak kepada soal zina dan kes2 buang bayi yang semakin ketara maskini..

secara terperincinya, eloklah saya berikan beberapa gambaran ;
case 1 :
bermula dengan perkenalan, hanya perkenalan.. dan sudah tentu bersmbungan dengan mesej2.. seterusnya calling.. seterusnya.. dating..
FIRMAN ALLAH : ... "JANGAN MENGHAMPIRI ZINA"..


pernahkah kita terfikir, menghampiri zina itu sebenarnya kita mesej, calling dan dating...
dengan mesej sesama buah hati, kita sebenarnya menjurus kepada zina hati, hati kita terasa asyik dengan perasaan indah dan sudah pastinya kita lebih mengingati makhluk ciptaan Allah yang dicintainya berbanding ingat Pencipta yang lebih Gah cintanya..
selepas itu, calling..
calling menjurus pada zina juga.. kenapa?
dengan kelunakan suara dan bayangan2 raut wajah pasangan kita sedang tersenyum bermain difikran, mana Allah kita letakkan selepas kita dengan perasaan asyik pada kekasih hati kita? adakah Allah itu masih ada tempat di hati kita?
nauzubillah, tipulah jika ada yang mengatakan..Allah sentiasa teratas cinta dihati ini tapi orang itu bercouple dan melakukan perkara yang dilarang Allah itu..
oh, bercinta kerana Allah?
bagaimana digembar-gemburkan, "saya cintakan dia kerana Allah.."
cintakan pasangan kerana Allah bukan begitu tapi memikirkan soal matlamat perkahwinan dalam islam, dan tidak menghampiri zina dengan cara bercouple ini..

sedarlah wahai sahabatku yang tercinta,
dengan berkasih sayang pada hubungan terlarang ini sudah pastinya kita punya rasa rindu dan ingin berjumpa..
ini lah dating, berdua-duaan, bermesra walau dihadapan khalayak ramai, tapi dengan kelunakan suara manja pada pasangan itu, adalah menjurus kepada zina..
orang ketiga yakni syaitan akan bermegah2 dan berpesta kerana manusia telah lalai dan masuk dalam jerat nya selama ini..
syaitan yang berpangkat jeneral berjaya menghasut manusia supaya mendekati zina, asik dengan nikmat cinta..
seronpk bukan ada yang prihatin soal makan pakai, kesihatan kita dan berikan kasih sayang..
melakukan kerja2 yang dicegah Allah memang seronok dan seronok jugak azab diakhirat kelak..
nauzubillah..

sebab itulah Allah menyebut dalam quran , jangan menghampiri zina tapi Allah tidak menyebut jangan berzina , sebab Allah itu tahu kelemahan kita, makhluk ciptaannya ini, lemah apabila menghampiri perkara2 zina yang sedemikian saya sebutkan tadi..
tapi, berapa ramai diluar sana yang sedar dengan hakikat sebenar ayat Allah ini??

case 2:
tujuan berkenalan dengan cara bercinta untuk mencari pasangan.. bagaimana kami nak kahwin tanpa kenal pasangan dan tanpa rasa cinta?
kami perlukan keserasian..

jawapan yang seringkali kita dengari, alasan untuk bercinta..
nikmat bercinta itu memang sangat mengasikkan, disayangi dan menyayangi..
indah bukan?
tapi, adakah kita masih mahu meneruskan hubungan yang dilaknat Allah?
mari kita soroti kisah Nabi Muhammad S.A.W , bagaimana kisah perkahwinan Baginda dengan Saidatina Khadijah?

Baginda dan Saidatina Khadijah saling mengenali , dan Saidatina Khadijah yang menghantar pinangan untuk melamar Baginda Nabi..
keperibadian Baginda yang menarik hati Saidatina Khadijah, seterusnya ingin membina masjid bersama orang yang sangat terpuji akhlaknya.
tapi, mereka tidak bercinta, kenal keperibadian dan terasa ingin berkasih sayang itu disalurkan selepas berkahwin..


seharusnya kita mencontohi kisah baginda..
bagaimana indahnya hidup bersyariat itu?
cinta dan kasih sayang itu boleh dibina selepas alam perkahwinan kerana perkahwinan itu satu ibadah, matlamat perkahwinan perlu jelas untuk menyempurnakan separuh iman dan separuh lagi dilengakapkan bersama pasangan kita apabila kita berkahwin nanti..
beristikharahlah dengan ilmu untuk mencari pasangan hidup, belum tentu kekasih hati yang kita cintai selama bertahun2 itu, akan kekal sikapnya selepas perkahwinan nanti sebab sikap manusia itu berubah2 dan manusia punya sikap bosan..
bagaimana kita hendak hidup selamanya dengan pasangan kita sedangkan kita telah bercouple dan meluahkan kata2 kasih itu sebelum kahwin.. selepas kahwin sudah habis modal untuk
bermesra2 dengan kata2 indah sebab kata2 itu telah dilafazkan sebelum kahwin..


case 3:
ok kalau cinta tak boleh, tapi bagaimana cara kami nak dapatkan pasangan itu?


gunalah dengan cara yang betul mengikut syariat..
bagaimana kita nak cari tanpa usaha bukan?
sebaiknya, caranya kita jaga diri kita sebaik mungkin, ikhtiarlah mencari dengan cara berdoa secara konsisten dan jika sudah jumpa ikutlah cara yang sebenar dalam islam iaitu cara merisik melalui orang tengah..

cara bertanyakan kepada orang yang dikenali dan dipercayai oleh empunya diri itu..
sama ada dia telah berpunya atau tidak..
jika belum, katakan tujuan, seterusnya istikharah..
jika jawapannya setuju, aturkan pertemuan dan perbincangan..
jangan ketepikan Allah dalam setiap perkara..



FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :

.. "PEREMPUAN YANG BAIK ITU UNTUK LELAKI YANG BAIK ,

DAN LELAKI YANG BAIK ITU UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK... "


sebaik2nya kita jagalah akhlak dan pergaulan kita sebaik mungkin, insyaAllah sudah ada yang terbaik untuk kita tetapi mengikut kebaikan keperibadian kita..






Pesanan :

1.sedarlah, daripada kita sibuk memikirkan soal buah hati dan cinta terlarang itu, lebih baik kta memikirkan soal ummat yang semaki parah, bergiatlah untuk kerja2 islam sebab itu yang menjamin sebagai bekalan kita dihari akhirat kekal abadi nanti..
2.pernahkah kita terfikr soal saudara seislam kita di palestin, ada masakah mereka untuk bercinta?setiap masa itu, mereka tidak tahu sampai bila mereka mampu bernafas, shahid itu matlamat mereka..alangkah hinanya kita jika kita masih mahu mengejar cinta yang terlarang itu..
3.sikap ummat sekarang lah yang membentuk pemimpin akan datang, jika kita sayangkan islam, berubahlah.. kejarlah cinta Allah yang lebih besar ganjarannya.. jika kita mencintai Allah dengan sepenuh hati, Allah turut mencintai kita, dunia dan alam akan menerima kita..
percayalah..

note :
1. saya pelik melihat orang yang berpacaran , masih ada masa berpacaran.. alangkah indahnya jika masa yang terbuang itu diperuntukkan untuk kerja2 islam,

2.jika hendak berkahwin..salurkan dengan cara yang betul..isilah borang baitul muslim..
kearah pembentukan keluarga yang mengamalkan islam dan negara islam..

Monday, May 31, 2010

Perjalanan bantuan Konvoi kemanusiaan ke GAZA..

Bismillah..
syukurlah, kita masih diberi nikmat dan bernyawa lagi..
masih punya masa untuk bertaubat dan beribadah..
menambah bekalan di negara kekal abadi..

saya ingin mengajak anda semua mendoakan saudara2 kita di Gaza serta perjalanan bantuan kemanusiaan ke Gaza..
mudah2n perjalanan mereka dipermudahkan..
setiap hari ada saja berita yang dipaparkan sepanjang perjalanan mereka dan berita terbaru Israel menyerang kapal bantuan tersebut..
marilah sama2 kita berdoa dan solat hajat untuk mereka..
jangan lupa bacaan qunut nazilah..
Allah sentiasa bersama orang2 yang benar..

lagi info klik disini http://twitter.com/sahabatalaqsha dan http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Friday, May 28, 2010

Kembali setelah menghilang... ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
syukur kehadrat Ilahi, segala pujian layak untuk Allah, Tuhan Sekalian Alam,
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..
terasa rindu sangat pada Rasulullah..
adakah telah saya tunaikan amanat Baginda Nabi ?
betapa jauhnya saya dan hinanya saya disisi Tuhan?
adakah layak saya digelar umat Baginda sedangkan terlalu banyak kejahatan yang telah saya lakukan selama ini?
Ya Tuhan..ampunkanlah hambaMu ini..

maafkan saya, telah lama meninggalkan teratak usang..
memang niat dihati nak update selalu blog ni, tapi beberapa kekangan yang membuatkan saya perlu mengumpulkan kekuatan untuk menulis something..
kadangkala saya terfikir wajarkah saya menulis something yang tiada perisian dan sia-sia sahaja? saya cuba untuk berkongsi, maafkan saya atas segala kekurangan..

beberapa bulan telah berlalu..
dimana kedudukan iman kita semua saat ini?
adakah semakin naik dan mantap atau menjunam jatuh?
tepuk dada tanya iman..
manusia memang Allah ciptakan iman yang naik turun, sebab itu kita perlu ada inisiatif untuk topap iman kita, beri makan pada hati bukan hanya kenyang untuk perut semata-mata..
terlalu banyak kejadian yang berlaku selama beberapa bulan saya meninggalkan teratak ini..
ingin sekali saya berkongsi..

pertama..
dua minggu lepas, saya bertemu kembali dengan sahabat karib saya setelah 3 tahun terpisah..
terlalu banyak perubahan yang berlaku..alhamdulillah saya teramat bersyukur pada Sang Pencipta, menemukan kembali kami dan menyambungkan kembali tali silaturrahmi yang telah lama terbengkalai..mana tidaknya, sudah beberapa kali janji diatur untuk bertemu, tapi ada sahaja halangannya, dan tak sangka akhirnya kami berjaya juga bertemu..
alhamdulillah..
tapi apa yang menyedihkan rupanya sahabat saya sedang sakit..
sakitnya sukar dijangka hayatnya..
mohon doa kalian kepadaNya..
saya selalu memohon dan mengharapkan Tuhan memberikan umur yang panjang, hati yang redha dan kesabaran yang tinggi kepada sahabat saya ini..
mahu saja saya menanggung derita yang dialami bersama.. apakan daya saya tidak mampu berbuat demikian.. hanya Doa sebagai ikatan dan penghubung, senjata orang mu'min.

kedua..
telah dua minggu juga saya memulakan perjalanan sebagai pelajar inter-kos..
untuk subject FAR 430..
sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan, berkaitan penyakit saya..
kadangkala saya lemah, saya tidak tahu nak terangkan kepada sahabat saya, jika saya berkeadaan begini dan begini..
bukan apa, saya rasa tiada orang yang dapat faham situasi dan apa yang saya alami..
saya juga seringkali escape usrah dan beberapa program lain, hati ni memang nak pergi.. tapi lebih baik saya memikirkan kesihatan saya.
memang benar, kita perlu melihat orang yang lebih susah daripada kita, disitu kita akan cuba muhasabah, hanya sedikit Allah berikan ujian sudah kita mahu bersedih hati..
terlalu banyak nikmat Allah yang ingin Kau dustakan?
Na'uzubillah, saya sangat lemah..
mudah2n Alah terus menerus memberikan hati yang terus tsbat atas jalan Ilahi..

ketiga
perihal solat..
saya ingin menyentuh soal solat yang semakin menjadi budaya masyarakat zaman ini dimana pembudayaan meninggalkan solat tanpa ada rasa bersalah dalam hati..
sebenarnya, saya keliru dengan sahabat2 saya sendiri yang mereka meninggalkan solat dengan sewenang2nya..
memang Allah nak uji saya lagi..
saya dikelilingi dengan sahabat2 yang baik2 budinya tapi meninggalkan solat serta tidak menjaga aurat..
saya redha dan menerima mereka seadanya, sebab bgi saya kita tidak boleh memandang rendah pada golongan sebegini..
hidayah itu milik Allah bukan?
satu muhasabah buat diri saya, dan selalu saya doakan agar Allah memberikan ruang dihati mereka untuk menerima hidayah Allah sepertimana saya terima sebelum ini..
solat itu tiang agama dan soalan pertama yang disoal Allah ketika diakhirat kelak..
Baginda Nabi ketika hayat terakhirnya masih lagi menyebut ummati..ummati..ummati..
jagalah solatmu..
bila saya teringat kisah kewafatan Baginda, bergenang air mata..
saya ummat Baginda tapi masih banyak kekurangan yang saya belum tunaikan lagi..
alangkah indahnya jika dapat bertemu Nabi..

doakan saya agar terus mujahadah..
doa kalian amat diperlukan..

Monday, March 15, 2010

i strongly feel love with DAKWAH..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Sudah lama tidak share something di blog, rasanya sawang makin lama makin bertambah..

Kekangan masa mungkin..

Kata-kata Al-sheikh Hassan Al-Banna .. “ tanggungjawab melebihi masa yang ada “ .. tapi adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab yang sedia ada itu?

Tepuk dada tanya iman..

Terasa kerinduan yang sangat mendalam pada Baginda..

Kadangkala, saya duduk termenung sendirian , mana sunnah Baginda yang telah saya laksanakan selama saya bernyawa di Bumi milik Allah ini? Nauzubillah, ada masa saya terlupa pada kebesaran Allah, dimomokkan dengan kerja yang bertimbun dan kuliah yang berderet2 sehinggakan saya lupa tugas saya bagi menegakkan syiar islam. Terlalu banyak kepahitan ditelan berbanding kemanisan yang dikecapi , dakwah itu bukan suatu kerja main2 , ia adalah tanggungjawab yang terletak pada semua hamba Allah yang bergelar muslim.. Sudah cukupkah seorang muslim itu dikatakan muslim tetapi hanya sekadar solat, puasa , zakat dan melaksanakan tuntutan rukun iman dan islam ? Itu yang menjadi persoalan saya sekarang dan saya mula belajar dan belajar bila melalui proses tarbawi .. Alhamdulillah , saya mulai faham .. ketenangan hati yang tidak dapat digambarkan bilamana saya mula mendekatkan diri pada perkara2 kebaikan , hadir usrah , daurah dan flow tarbiyah itu, terasa indahnya ukhuwah dan manisnya berada dalam jalan dakwah .. alangkah indah dan lebih indah , bila saya dapat menarik lebih ramai kawan2 saya turut serta dalam jalan ini.. tapi??? Itu semua bukan mudah.. bukan kerja senang..

Usaha, doa , tawakkal..

Saya seringkali berbisik pada diri, bukan mudah untuk saya memahamkan orang lain tentang dunia yang saya lalui ini.. kerana apa? Saya dulu pun memakan masa yang lama, tidak consistent hadir usrah , tidak menjiwai benar2 kemanisan tarbiyah itu , hampir 3 tahun lamanya saya memperbaiki diri , dan akhirnya bila Allah yang Maha bijaksana itu mencampakkan saya di bumi SRI ISKANDAR ini seorang diri , jauh dari kawan2 seperjuangan lain, barulah saya mulai sedar, betapa pentingnya kehidupan tarbiyah itu..

Alhamdulillah , Allah menyedarkan saya..sungguh berat ujian ini, bila saya dikelilingi teman yang bukan sefikrah , hamper setiap hari saya mengalirkan air mata kepahitan , sakitnya bersendirian..

Rindu sangat pada bumi SEGAMAT , tempat saya menuntut segulung diploma disana, tapi..

Itu semua adalah angan2 dan mimpi indah yang telah ditarik nikmat..saya memang lupa.. lupa ketika nikmat itu berada depan mata, saya tidak sangka akan ditarik dan lenyap begitu..saja.

Walau apa pun terjadi, kehidupan perlu diteruskan, perjalanan sebagai Dai’e tidak berhenti sekadar ini, perjuanga perlu diteruskan bermati-matian..

Saya perlu ingat dan sematkan bagaimana sukarnya dakwah Baginda.. bukan mudah, saya perlu ingat itu..

Ayuh , shabab.. bangunlah dan penuh yakin dalam jalan dakwah ini..

Kita tidak berseorangan, Allah ada bersama..

Semoga kejayaan milik kita semua dengan izinNya..insyaALLAH..

Thursday, February 25, 2010

Penulisan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W..
Segala puji-pujian hanyalah pada Allah Rabbul 'Izzati.

Alhamdulillah, saya masih diberi ruang untuk menulis..
suatu nikmat yang mana bila saya buat untuk kebaikan maka kebaikanlah ganjaran yang Allah berikan..
InsyaAllah..
Dikira-kira, saya mula menggiatkan diri dalam penulisan blog seawal tahun 2008..
tidaklah terlalu lama..
hampir mencecah 2 tahun..
cuma dari masa ke semasa , saya cuba memperbaiki mutu penulisan saya..
pelbagai pandangan orang , ada yang menulis blog sebagai satu diari , ada juga yang menulis untuk menyampaikan sesuatu yang baik kepada mereka yang membacanya , tak kurang juga yang menjadikan sebagai jalan melepaskan peraasaan yang terbuku..saya harap penulisan saya boleh memberikan manfaat kepada orang lain walaupun kadangkala memang ada juga yang dituliskan merapu..maklumlah manusia itu tak lari dari kesilapan.

seperti mana kata2 dari blog ustaz Hasrizal : 'erti hidup pada memberi' ,
bermaksud dalam hidup ini kita perlu memberikan sesuatu kepada orang lain , sesuatu itu adalah berupa kebaikan..
mungkin dengan terhasilnya penulisan blog boleh menjadikan orang lain tersedar dan suatu tazkirah kepada mereka yang membacanya..
mudah-mudahan begitulah..
saya selalu terfikir adakah usaha saya yang hanya sekecil zarah ini diterima Allah?
yang mana satukah diterima Allah?
kita hanya lah manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan sama ada yang nampak atau tidak , justeru sesiapa yang membaca blog saya harap dapat memberikan sedikit teguran jika saya terlalu jauh membebel atau menulis yang kosong..
Mudah-mudahan kita dalam golongan orang yang sentiasa dalam jagaan Ilahi..
aminn.. ~

Tuesday, February 16, 2010

kembali..

salam alaik..

alhamdulillah , masih diberi nikmat meniti hari-hari yang berbaki untuk menyemai amal di dunia yang penuh onak cabaran sebagai bekalan di akhirat yang kekal abadi..
mudah-mudahan setiap langkah itu dinilai Allah dan diberi ganjaran..

bersawang nampaknya teratak yang telah lama ditinggalkan..
tirai 2010.. adakah saya terlalu sibuk sehinggakan tiada masa berblog?
atau mungkin cuba mencari identiti diri yang makin hilang dan pudar ditelan arus masa..?
mungkin ya dan tidak , tiada jawapan..

namun, alhamdulillah masih ada keinsafan dalam diri ini..
bilamana saya memikirkan soal perjuangan dan langkah saya di dunia ini..
dimana saya dan tugas saya?
adakah semua itu telah saya tunaikan?
Ya Allah.. kadangkala saya tersasar dari lantasan yang hakiki..
nauzubillah..

saya ingin berkongsi..
meninjau-ninjau facebook rakan2 dan secara tak langsung..
saya masuk ke blog sahabat lama saya..
( em ada kena mengena tak dengan facebook?.. apa2 aje la)
alhamdulillah , sahabat saya telah selamat mendirikan rumah tangga pada 8hb februari 2010 yang lepas..
mabruk ya UKHTI..
sahabat saya pelajar perubatan di MANSOURA bernikah bersama pelajar agama kaherah..
MashaAllah , kuasa Allah.. mudah2n perkahwinan itu bakal memberikan kekuatan kepada umat islam malahan bakal melahirkan zuriat soleh wa solehah.. seterusnya membentuk jundi-jundi islam yang gagah , Allahuakhbar!!
apa yang memberi kesan dalam diri saya, soal perubahan sahabat saya..
alhamdulillah , Allah itu Maha Mengetahui .. perubahan dirinya ke arah lebih baik sehingga dikurniakan Allah suami soleh , MashaAllah..
alangkah beruntungnya diri bila mampu istiqamah atas jalan Ilahi..
Kita merancang , Allah jua merancang , tetapi perancangan Allah itulah sebaik-baik perancangan..
semoga Allah memberkati antum..
bilakah giliran saya?
wallahua'lam..

usrah..
apakah erti usrah?
adakah usrah itu hanya sekadar mendengar , hadir , mencatat apa yang disampaikan oleh naqibah seterusnya balik ke bilik masing-masing dan mencampakkan note berkenaan tanpa kesan dalam hati?
erm.. sebenarnya saya menyebut soal usrah kerana saya benar-benar merasakan usrah itu sangat penting..
alangkah seronoknya jika saya mempunyai group usrah yang konsisten..
dalam menegakkan agama Allah itu , bukan satu kerja mudah..
perbandingan antara mengajak kawan-kawan pergi ke shopping complex dan membuang masa dengan mengajak hadir ke majlis ilmu.. hanya duduk dan mendengar saja sudah diberi ganjaran dari Allah..
tapi , berapa ramaikah yang memilih untuk hadir ke majlis ilmu?
saya kira masing-masing sudah temui jawapannya, bukan?
berbalik soal usrah.. sebenarnya saya sudah sebulan lebih tidak berusrah..
bukan sengaja untuk tidak hadir atau sengaja melarikan diri..
tetapi saya baru saja mempunyai naqibah baru sebelum cuti raya cina ni..
dalam erti kata lain, naqibah bagi semestar ini..
terlalu sukar untuk dilafazkan, sangat berbeza dengan hati yang sentiasa dibajai dengan hati yang kosong tidak disemai dengan baja..
terlau banyak juga cabarannya bila saya tinggal di rumah sewa, dengan keadaan tanpa rakan sefikrah disekeliling..
ada hikmah yang tersembunyi..

moga Allah menemukan kebenaranNya..

Sunday, January 10, 2010

Mukhayyam K-Perak@PERKASA

Bismillah..

updated information mukhayyam k-perak 15-17 jan 2010.


nama tempat: D alam damai camp site,

1. lokasi: sempadan kg/kawasan saom, chenderiang, lata kinjang atau daerah kampar, tapah, & gopeng.. (peta boleh google chenderiang)

2. aktiviti: (please take note that all listed facilities & activities offered in the package only)1. jungle trekking (roughly 2 jam) dari camp site ke air terjun sg cincin. nanti ada trek yg perlu merentas air sungai2. orienteering/ bearing dari air terjun sg cincin ke camp site(diff trek), roughly 2-3 jam. plannye akan ade check point where peserta perlu sampai di situ untuk dapatkan barang amanah etc, so that they not just ikut trek biase..
3. flying fox

4. wall climbing

5. abseiling

6. night trekking 3. kemudahan:

1 dewan - untuk persembahan kumpulan, pengisian dsb.

2. dewan makan - untuk makan la.ape lagi.. :P

3. tandas & kolah - mandi & bersuci. air fresh dari sungai! :D asing siap laki2 & perempuan.

4. challet-org asli style, untuk urusetia.hehe. . :D

5. khemah unlimited - "cakap je kamu nk brape. saye boleh sediakan!" hoho,konfiden btol die. PR yg bagus~ :P(tapak khemah)

6. peralatan memasak-mass tin, solid fuel, pinggan, sudu, pisau, dll

7. kawasan lapang(sgt!) - untuk buat la pape nak buat.. war games?

8. lain2. bangku meja.


4. PRICE: rm40 (without food)
p/s -
1. if nak include makanan : sarapan 2 x 50 pax, lunch & dinner disediakan bahan2 mentah seperti: beras, ayam, ikan, kerang, sayur roti, kaya, teh, gula, +RM10. so jadi rm50..
2. if nak buat aktiviti lain such as kayak, water confidence, & trekking hardcore level (6jam one way), boleh. no added charge. just timing kene set..
5. timing / masa , kos minyak & keadaan jalan
1. pergi ikut SI-tronoh-batu gajah-gopeng- jeram-kampar- temoh-chenderian g = 1 jam 10min (maintain slow & steady speed), minyak RM7, jalan OK! highway(double lane) till gopeng. jalan lain biase.
2.balik ikut Chenderiang- kg sg genting-kg dipang-malim nawar-kg batu lapan & tujuh (ikut signboard tg tualang lepas malim nawar)-kg bali-SI = 45min (maintain slow & steady speed), minyak rm7. jalan pusing2 kat 3 tempat awal. jalan OK kt malim nawar. jalan teruk gile kt kg bali.
total minyak pergi balik = RM15.
p/s : information from emel syura k-perak..

Thursday, January 7, 2010

Apa yang terjadi sekarang? Bangunlah wahai umat Islam!!

bismillah..
disini saya hanya ingin berkongsi isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang..
kita sebagai daie seharusnya celik minda bukan mengambil sikap tidak cakna pada isu hangat ini..
sekadar perkongsian, diambil dari email K-OPS :

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada puku10 pagi tadi JIM telah mengadakan satu sidang media di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati, dan terdapat dua kenyataan media yang dikeluarkan oleh PACE & JIM, iaitu;
1. PACE Desak Kerajaan Mesir Supaya Menghentikan Tindakan Menutup Terowong Kemanusiaan ke Gaza dan Memberi Laluan kepada Konvoi Viva Palestina 3, oleh Pengarah PACE, Dr. Hafidzi Mohd Nor, dan dibaca oleh Dr. Selamat Aliman, Timbalan Pengarah PACE2. Isu Kalimah Allah Sangat Sensitif, oleh Presiden JIM, Hj. Zaid KamaruddinBersama ini ana sertakan kedua-dua kenyataan tersebut.

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
5 Januari 2010
Isu Kalimah Allah Sangat Sensitif

1. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Catholic Herald Weekly, telah membangkitkan sentimen keagamaan. Keputusan itu juga bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam yang telah digazetkan di sepuluh (10) negeri.

2. Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang. JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

3. JIM menyeru semua pihak supaya memberi peluang proses undang-undang (due process) berjalan tanpa tekanan mana-mana pihak. JIM juga menyeru semua pihak agar memastikan respon kepada keputusan mahkamah ini tidak menjerumuskan Malaysia kepada kekacauan di antara penganut-penganut agama.

4. JIM juga menyeru pihak agama Katolik untuk berhati-hati dalam menggunakan kebenaran mahkamah ini, kerana umat Islam amat sensitif jika nama Allah dikaitkan dengan perkara yang tidak selayaknya bagi Allah. Isu ini jauh lebih sensitif dari isu kartun Nabi Muhammad yang disiarkan oleh media di Denmark dahulu.

5. JIM berharap isu ini diselesaikan dengan segera supaya ia tidak membawa kepada polarisasi di kalangan rakyat Malaysia, hingga memberi kesan jangka panjang.

6. JIM juga berharap satu lagi pihak, difahamkan Sidang Injil Borneo, yang akan membuat tuntutan yang sama di mahkamah supaya menangguhkannya sehingga kes yang ada sekarang selesai.
Zaid bin Kamaruddin
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ....
Kenyataan akhbar PACE
5 Januari 2010
PACE desak Kerajaan Mesir supaya menghentikan tindakan menutup terowong kemanusiaan ke Gaza dan memberi laluan kepada konvoi Viva palestina 3
PACE merakamkan rasa dukacita yang amat sangat atas sikap dan pendirian Kerajaan Mesir yang amat jelas bertentangan dengan prinsip kemanusiaan sejagat apabila bertindak menghalang bantuan kemanusiaan yang diterajui oleh konvoi Viva Palestina 3 dari memasuki Gaza. Konvoi Viva Palestina 3 yang digerakkan oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway terdiri dari 240 buah ambulan dan lain-lain kenderaan yang membawa bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas telah bertolak dari London pada 5 Disember 2009 merentasi Benua Eropah melalui jalan darat dan sepatutnya dijadualkan tiba di Gaza pada 27 Disember yang lalu. Bantuan ini merupakan sumbangan dari masyarakat antarabangsa tanpa mengira negara, bangsa dan agama. Rakyat Malaysia sendiri melalui PACE, FIMA dan orang perorangan yang bergabung di bawah inisiatif VPM (Viva Palestina Malaysia) telah menyumbang sebanyak 4 buah ambulan. Di samping itu inisiatif yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir turut menyumbang 5 buah ambulan di dalam konvoi tersebut.
Malangnya apabila sampai di Aqaba, Jordan, Kerajaan Mesir tidak memberi kebenaran kepada konvoi tersebut untuk memasuki Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Pelabuhan Nuweiba adalah pelabuhan utama dan sangat sesuai untuk mengendalikan jumlah kenderaan yang begitu besar. Namun atas alasan yang direka oleh Kerajaan Mesir telah menyebabkan konvoi berpatah balik melalui Syria dan kemudian mengambil laluan Laut Mediterranean untuk memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Pelabuhan al-Arish bukanlah pelabuhan utama dan jika konvoi tersebut memilih untuk memasuki Mesir melalui al-Arish maka mereka terpaksa menyewa 3 buah feri di samping terpaksa menggunakan khidmat pengangkutan udara bagi mengangkut sebahagian dari barang-barang bantuan. Ini melibatkan kos tambahan yang besar iaitu lebih dari USD 500,000 dan ia merupakan satu tanggungan yang cukup besar untuk ditampung oleh Viva Palestina.
Di samping itu Mesir turut mengenakan dua syarat yang tidak munasabah iaitu Viva Palestina mesti menyalurkan bantuan tersebut melalui UNRWA untuk diserahkan kepada penduduk Gaza, dan kedua mesti mendapat kelulusan Israel bagi memasuki Gaza. Adalah satu penghinaan untuk meminta izin dari entiti zionis yang menjadi punca kepada kepungan dan penderitaan rakyat Gaza selama ini.
Adalah amat penting bagi masyarakat antarabangsa mendesak kerajaan Mesir agar mempamerkan rasa persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat ke atas rakyat Gaza yang hidup dalam keadaan dhaif setelah mengalami sekatan ekonomi menyeluruh dan kepungan sejak tiga tahun yang lalu. Kepungan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Israel adalah menyalahi undang-undang kerana ia mencabar Resolusi PBB 1860 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB yang memastikan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api dibekalkan dan edarkan ke seluruh Gaza tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Kelumpuhan ekonomi yang dialami oleh Gaza diparahkan lagi dengan serangan biadap yang dilancarkan oleh Israel pada 28 Disember 2008 dan berterusan selama 22 hari sehingga Januari 2009. Serangan ataupun lebih tepat lagi pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk awam Gaza telah mengorbankan 1,417 jiwa, separuh darinya adalah wanita dan kanak-kanak. Di samping itu jumlah yang tercedera melebihi 5,000 yang menjadi mangsa kepada senjata pemusnah besar-besaran Israel termasuklah pesawat terbang kawalan jauh ‘predator drone’, peluru berpandu, bedilan kereta kebal, tembakan kapal perang dan bom fosforus puteh yang diharamkan dan disasarkan di tempat-tempat awam. Penderitaan yang tidak terperi ditanggung oleh penduduk Gaza apabila serangan berlaku dalam keadaan mereka tidak dapat keluar dari Gaza dan mencari perlindungan di negara-negara Arab yang berjiran. Bahkan Mesir bertindak menutup sempadan dan menghalang rakyat Gaza yang tercedera menyeberang masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan melalui satu-satunya pintu masuk ke Gaza dari Mesir iaitu di Rafah. Bukan sahaja rakyat Gaza tidak dapat memasuki Mesir, bahkan bantuan perubatan dan bekalan ubat-ubatan yang dikirim dari seluruh dunia tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh kerajaan Mesir. Tindakan tidak berperi kemanusiaan ini mencerminkan sikap kerajaan Mesir yang sebenar. Apakah mereka bertindak atas telunjuk Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dan mengenepikan tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Gaza.
Kini Kerajaan Mesir bertindak lebih kejam dengan menanam kepingan keluli sedalam 20 hingga 30 meter untuk menutup laluan terowong ke Gaza, satu-satunya ruang yang masih wujud untuk menyalurkan keperluan makanan, ubat-ubatan dan bekalan asas yang lain. Semua ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang peranan Mesir di dalam menangani isu Gaza. Apakah Mesir dipergunakan untuk menjaga kepentingan Israel dan Amerika Syarikat sehingga tergamak melakukan sesuatu yang amat bertentangan dengan prisip asas hak asasi penduduk Gaza.

PACE dengan ini mendesak kerajaan Mesir untuk memenuhi tuntutan berikut:
1. Kerajaan Mesir didesak atas dasar keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Gaza agar memudahkan laluan masuk konvoi Viva Palestina ke Gaza. Kerajaan Mesir sewajarnya memudahkan laluan konvoi dan menyediakan logistik yang munasabah bagi memudahkan penyampaian barang bantuan kepada penduduk Gaza.
2. Mendesak Kerajaan Mesir supaya mengizinkan sukarelawan dari seluruh dunia yang berada di Kaherah untuk menyertai perarakan keamanan di Gaza sebagai tanda sokongan dan solidarity kepada penduduk Gaza yang terkepung dan teraniaya oleh sikap biadap Israel.
3. Menuntut Kerajaan Mesir supaya menghentikan kerja-kerja menanam tembok konkrit di dalam tanah untuk menutup laluan terowong ke Gaza. Sehubungan dengan ini PACE menyokong kenyataan Presiden IUMS (Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam) iaitu Prof. Dr Yusuf al-Qardhawi yang mendesak agar seluruh rakyat Mesir bangkit mendesak kerajaan mereka menghentikan jenayah ini serta menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam OIC supaya campur tangan untuk menghentikan tragedi ini.
4. Membidas kedutaan Mesir ke Malaysia yang memberi pelbagai alasan yang mengelirukan apabila mewajarkan tindakan kerajaan Mesir menyekat pergerakan konvoi Viva Palestina dengan penipuan dan dakwaan tidak benar.
PACE juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia dan warga dunia yang prihatin supaya melakukan perkara-perkara berikut:
1. Bangkit menyatakan bantahan kepada Kedutaan Mesir dan mengenakan tekanan kepada Kerajaan Mesir supaya mempamerkan sikap kemanusiaan yang tinggi terhadap penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Gaza. Keprihatinan ini perlu dibuktikan dengan membuka laluan dan memudahkan perjalanan konvoi Viva Palestina memasuki Gaza dan menghentikan jenayah menutup terowong ‘kehidupan’ ke Gaza.
2. Keluar untuk menyatakan sokongan ke atas inisiatif yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mendesak Mesir supaya tunduk kepada tuntutan masyarakat antarabangsa yang prihatin ke atas nasib penduduk Gaza dan menyokong usaha untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza.
3. Menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung kos tambahan yang kini terpaksa ditanggung oleh konvoi Viva Palestina akibat dari perubahan laluan yang dikenakan oleh Mesir untuk masuk ke Gaza.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Tabung Palestin yang diwujudkan khas melalui Maybank No akaun 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Sila nyatakan sumbangan adalah khusus untuk Viva Palestina 3 dan faks kan slip deposit ke 03-41071754. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada En Nasir Tampol di no tel 03-41089669.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)

Monday, January 4, 2010

Tirai 2010..step to change?

Bismillah..
syukur kehadrat Ilahi, nikmat kesihatan masih diberi pinjaman..

Sudah lama tidak update blog, mungkin kerana kekangan masa atau masa yang diPINJAMkan itu tidak digunakan sebaiknya..

Draft perjalanan sebelum bermula tirai 2010..
25hb dan 26hb disember - PKN (PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL)
26hb diesember - kenduri kesyukuran perkahwinan anak sedara
1hb januari 2010 - Pelancaran Plan E:Great Wall Challenge 2010 , Race to be Millionnaire di Hotel Concorde Shah Alam
3hb Januari 2010 - kembali ke dunia universiti
4hb januari 2010 - kelas bermula

beberapa kejadian yang terjadi pada hari pertama kelas bermula..
sesungguhnya hanya Tuhan yang Tahu betapa saya perlu membina kekuatan..
Doakan saya dipermudahkan segala urusan..