Wednesday, July 27, 2011

Perkongsian Talk Show oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Azman Shafawi

Perkongsian Talk Show oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Azman Shafawi

Tajuk : Ramadhan dan Hikmahnya

Masa : 1.00-2.00 petang

Tempat: 2T (Surau Muhsinin)

Tarikh : 26.07.2011 (Selasa)

Rumusan Talk Show :

  1. Peristiwa Peralihan Kiblat Solat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram :
  • 2 bulan pertama yang memberikan ganjaran pahala berlipat ganda dan berupa bulan yang mendidik Hambanya untuk bersedia menghadapi Ramadhan(Rejab,Syaa’ban)
  • Rejab – bulan terjadinya peristiwa Israk Mikraj dimana perintah ibadah Solat - Solat 5 waktu tetapi pahala seperti mendirikan 50 waktu. Bermula perintah Allah 50 waktu solat kepada umat Nabi Muhammad, tetapi Nabi negotiate dengan Allah minta dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu, ia berupa nikmat yang tidak disedari oleh Umat Akhir Zaman. Kenapa? Sebab Allah sudahlah meringankan kepada 5 waktu malah pahala pula seperti dikerjakan 50 waktu.
  • Syaa’ban

– merupakan bulan terjadinya peristiwa peralihan arah kiblat dimana sebelum ini Rasulullah telah mendirikan solat mengadap masjid Aqsa tetapi bilamana perintah Allah turun, serta merta Nabi menukar arah Kiblat terus ke Masjidil Haram, diceritakan waktu itu Nabi sedang mendirikan Solat, maka turun ayat tersebut Nabi tidak teragak untuk menunngu waktu solat yang lain atau menangguhkan lagi sebaliknya dalam solat berkenaan terus menukar arah kiblat sepertimana yang diperintahkan –Rujuk Surah Al Baqarah: 143

Pengajaran :

1. Perintah Allah perlu disegerakan – walaupun ada je masa untuk Nabi lakukan untuk waktu solat seterusnya sebab waktu tu Nabi sedang solat bersama Jemaah tetapi Nabi segerakan perintah Allah tanpa tangguh2.

2. Bergerak dalam Solat dibolehkan tetapi mengikut yang telah disyariatkan – contoh : HP berbunyi waktu solat boleh dimatikan, merapatkan saff yang renggang dsbnya.

Kenapa kita perlu segerakan ibadah?

  • Dalam Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Umur umatku adalah diantara 60 hingga 70 tahun.Maka, hendaklah segerakan taubat dan kebaikan kerana pinjaman umur yang diberikan kepada Umat Muhammad sangat lah pendek. Nak ke kita mati dalam keadaan belum lagi bertaubat ?
  • Banyak Nikmat yang dikurniakan kepada Umat Muhammad antaranya Malam Lailatul Qadar, ganjaran pahala yang lebih baik dari seribu bulan, oleh itu berlumba lumbalah untuk memperoleh ganjarannya dan berusaha untuk menemui Malam tersebut.
  • Syarat nak buat kebaikan dan nak dapatkan pahala – Rujuk Surah Al Baqarah: 183 – dimana Allah berkata supaya kamu benar2 bertaqwa – buat kebaikan dan capailah tingkat Taqwa yang diceritakan dalam ayat ini- berpuasalah sepertimana umat sebelum kamu supaya kamu benar-benar bertaqwa.
  • Sifat orang bertaqwa- “Sami’na wa ataqna – KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT- sepertimana disifatkan orang soleh dan para sahabat dahulu tidak banyak bertanya, bila Nabi sebutkan perintah datang dari Allah, maka mereka terus laksanakan dan taat.

  1. Adakah Ramadhan bulan ibadah semata-mata atau satu jalan Jihad?
  • Jihad- maksudnya - perjuangan menegakkan agama ISLAM
  • Bila ditanya kepada orang alim apakah erti Jihad – mereka akan menjawab perjuangan mereka menegakkan kalimah Allah
  • Kisah perang di Bulan Ramadhan- Badar (berlaku pada Tahun Ke 2 Hijrah)- dimana tentera Islam hanya 313 tetapi orang kafir 1000 orang – Islam menang walau jumlah yang sedikit padahal kelengkapan senjata kurang –tiada pengalaman kerana ini adalah peperangan pertama –ada yang menggunakan pelepah untuk mengharungi kafir Quraish
  • Pada mulanya, Nabi tahu tentera Islam gusar dan takut dengan jumlah yang sedikit, maka Nabi bertanya : Adakah kalian mahu teruskan dalam peperangan atau berundur ? Tentera Islam : Tidak, kami akan teruskan, kami tidak mahu menjadi seperti Bani Israil, kami akan bersamamu kerana ingin menegakkan agama Islam
  • Kisah Fathul Mekah (Pembukaan Kota Mekah)- berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah – Nabi berangkat ke Mekah bersama 10 ribu tentera- terjadinya kerana orang kafir melanggar perjanjian Hudaibiah – maka Rasulullah bersama tenteranya masuk ke Kota Mekah, bertawaf-menghancurkan berhala-berhala disekeliling kaa’bah- akibatnya bermulalah titik tolak Islam tersebar- ramai memeluk Islam dan manusia masuk Islam secara berbondong bondong – Rujuk Surah An Nasr : 1-3

Pengajaran :

Bulan Ramadhan bukan sahaja satu bulan yang terkandung 1001 hikmah dan pahala yang digandakan malahan ia menjadi satu jalan Jihad sebagaimana terjadinya Perang Badar,tentera Islam berjihad melawan nafsu yakni berpuasa sekaligus berjihad dari segi fizikal melawan musuh Islam, ternyata kemenangan berpihak kepada Islam kerana berkat kesabaran dan keazaman dalam jiwa tentera Islam. Pertolongan Allah itu akan datang di pihak yang benar maka hendaklah kita sentiasa yakin dan sabar akan ketetapan Allah, sebagaimana kisah Pembukaan Mekah, manusia berduyung-duyung memeluk Islam, ternyata Allah menolong hambaNya yang penuh rasa Sabar sepertimana Baginda bersabar untuk kembali ke Mekah setelah sekian lama meninggalkan.Niat yang baik diselangi dengan perbuatan yang baik memberi natijah yang positif serta hasil yang lumayan buat hambaNya yang bertaqwa.

3. Bulan Ramadhan adalah Syahrul Maghfirah:

· Disebut bulan keampunan sebagaimana sabda Nabi : “Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan mengharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR. Bukhari).

· 10 malam pertama – dilimpahkan Rahmat Ilahi, apa itu Rahmat? –kurniaan Allah kepada Hambanya, contoh : anak yang soleh, suami penyayang, kesihatan yang baik, kepandaian dalam belajar, dll

· 10 malam pertengahan – mendapat keampunan dari Allah, Allah offer sesiapa yang bertaubat dengan sungguh2, maka Allah terima, kerna pintu Taubat terbuka luas buat hambaNya yang menyesali kesalahan dan memohon keampunan

· 10 malam terakhir – terlepas dari azab Api Neraka

· 3 golongan yang tidak disentuh oleh Api Neraka :

1. Hamba yang mata nya sentiasa menangis – kerana menyesali dosa-dosa yang telah lalu

2. Hamba yang matanya bengkak kerana urusan Jihad – buat kerja-kerja Islam contohnya berjaga malam kerana urusan dakwah, aktif dalam gerakan islam

3. Hamba yang berjaga pada 10 malam terakhir – untuk bertemu Allah- qiamulail

Ramadhan dan Al-Quran

Al hafiz Dr Shafie Mohd Amin

Topik : Ramadhan dan Al Quran

Tarikh : 21 Julai 2011 (Khamis)

Venue : Surau Al-Muhsinin, Aras 2T, Menara 1, KLCC

Masa : 1.00 p.m. to 2.00 p.m

Rumusan Tazkirah :

· Ramadhan – sebagai madrasah (sekolah) (tak ingat surah ape tapi dalam surah tu ada menyebut ramadhan sebagai madrasah yakni bulan tarbiah)

· Definisi Sekolah- adalah tempat didikan, jadi bulan ramadhan Allah turunkan sebagai tarbiah(mendidik) diri hambanya menjadi insan yang benar2 bertaqwa

· Insan bertaqwa (Rujuk Surah Al-Baqarah: 183)Wahai orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana orang sebelum kamu supaya kamu benar2 bertaqwa (dalam ayat ni Allah seru orang yang beriman , perasan tak Allah kata supaya kamu benar2 bertaqwa, jadi orang yang beriman itu tak semestinya boleh capai taqwa sebab beriman dan bertaqwa itu berbeza)Kenapa Allah sebutkan orang2 beriman je, sebab orang yang beriman tu, mereka akan berpuasa untuk mencapai taqwa. Sebab tu kalu kita perasanlah, dalam Quran memang beza ayat Allah kepada Wahai orang yang beriman dan Wahai Manusia.

Objektif Berpuasa?

· Surah Al-Baqarah :183 – sebab Allah nak train manusia jadi insan bertaqwa

· Kedatangan Ramdahan bukan adat tetapi ibadah

· Dalam ayat 183 ni,LAA’LLAKUM TATTAQUM (rujuk quran) dimana LAA’LLA ni maksudnya supaya tapi disisi Allah adalah Pasti, jadi nak kaitkan, Makna LAA’LLAKUM TATTAQUM adalah supaya kamu benar2 bertaqwa, tapi disisi Allah sesiapa yang berpuasa dengan keimanan PASTI benar2 peroleh taqwa.

· Rujuk Surah Al-Hujrat –Sebaik2 manusia disisi Allah adalah yang sebenar2 taqwa

Modul mana yang kita guna?

· Ni ustaz kaitkan , macam kerja, kita ada modul yang digunakan, jadi bila buat ibadah2, modul mana kita guna?

· Rujuk Surah Al-Baqarah: 1-5 –Ayat ni menerangkan Al-Quran adalah kitab yang tiada keraguan, itulah MODUL yang kita gunakan

· Dalam Ayat ke 2 surah al-baqarah, Allah sebut HUDALLILMUTTAQIN( petunjuk bagi mereka yang bertaqwa)

· Dalam ayat ke 3, Allah terangkan siapa orang yang bertaqwa tu? Yaitu orang yg beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki

· Jadi dua perkara penting disini: 1.Solat 2.Quran

Bagaimana nak jadi Taqwa?

· Ciri2 manusia bertaqwa (Surah Al-Asr: 1-3)

· Rujuk maksud surah ni, ayat pertama Allah sebut: demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugiaan

· Kenapa Allah mention awal2, manusia ni dalam kerugian?-Rujuk Surah Ar-Ra’du- satu peraturan umum yang mana manusia itu memang dalam kerugiaan sebab tidak beriman

· Rujuk semula ayat seterusnya,(surah al-asr) manusia itu rugi kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran

· Dalam Surah Al-Baqarah (lupa ayat berapa) Allah ada sebutkan juga cirri orang beriman dimana solat dan sabar.

· Jadi nak jadi elak dari golongan menjadi manusia RUGI seperti Allah sebutkan, jadi lah golongan orang beriman macam ciri2 yang Allah sebutkan dalam Surah Al-Asr ni, Beriman dengan sebenar2 taqwa.

Betul ke Allah tak beri kita Petunjuk?

· Dalam solat setiap hari kita mohon : Ya Allah berilah Petunjuk (IHDINASSIRATOlMUSTAQIM)

· IHDI –kalu ditranslatekan-ia adalah ayat perintah, dimana kita kata dengan Allah tunjukkan aku jalan

· Malu tak sebagai Hamba? Kita ni Hamba, tapi kita cakap dengan Allah mintak petunjuk, tapi tetap juga kita tak pegang ayat2 Allah, maksudnya apa yang kita buat, kita tau je Allah larang, tapi kita mintak Allah Tunjukkan jalan kebenaran.

Apakah Hukum belajar Quran?

· Rujuk Surah Muzammil:4 – Bacalah Quran dengan tartil

· Ustaz tu huraikan, tartil itu maksudnya dengan bertajwid.

· Jadi disini Allah sampaikan, membaca quran dengan tajwid yang betul adalah satu kewajipan (Fardhu Ain) hukumnya.

Bagaimana pula kita join class Quran tapi tak consisten dgn alasan sibuk?

· Ustaz ni jelaskan, rujuk balik surah al-Muzammil tu, belajar tajwid itu wajid, kita beri alasan SIBUK sebab kerja banyak jadi tak sempat nak belajar quran , tapi apa HUKUM bekerja?

· Kalu kita rasa, kerja itu wajib, jadi suri rumah itu BERDOSAlah tak bekerja ? (waktu ni saya pun blur dengan hukum kerja dan belajar Quran)

· Ustaz jelaskan, bila kita rasa KERJA itu satu priority lebih penting dari belajar Quran, kita silap

· Belajar Quran adalah Wajib (Fardhu Ain) dan BEKERJA adalah fardhu kifayah-Surah Al-Muzammil

· Jadi bila hukum belajar tajwid saja dah wajib, Fahami isi kandungan lagilah lebih besar dari WAJIB?Betul, hukum faham juga WAJIB. Perlu belajar dan faham maknanya.

· Bila kita sebut SIBUK, kita seolah2 memberi kan alasan : YA ALLAH, BELAJAR QURAN BUKAN SATU PRIORITI UNTUK SAYA, cuba rujuk Ayat Kursi ( yang makna- Allah mengetahui apa yang ada dilangit…) Ustaz tu nak kaitkan, kita bagi alasan kat Allah kita sibuk, padahal Allah lagi Tahu setiap urusan kita, dan bila kita bagi masa kita tu kearah perkara yang lebih priority(WAJIB) tentulah Allah Tahu dan Allah tentu akan berikan yang terbaik utk kita. Sebab kita beri Masa untuk perkara yang Allah perintahkan, maka Allah akan beri kita jalan kebaikan untuk tu- rujuk surah Al-Asr

Siapa pula golongan yang mendustakan ayat quran ni?

· Dipanggil AL-KAZIB ( Pendusta)

· Rujuk Surah Al-A’raf :175-177 – Allah sebutkan rujuk lah QURAN, dan bacakan kepada golongan AL-KAZIB ni, tapi jika mereka berpaling maka mereka ni golongan yang sesat. Allah umpamakan juga seperti Anjing yang mana kalau dihalau kan anjing akan jelirkan lidah, jika kita biar pun , anjing jelirkan lidah juga, jadi AL-KAZIB ni seumpama anjing2 tu. Dan Allah teruskan dengan berkata ceritakanlah kisah2 ni bagi orang yang berfikir.

Betul ke perjalanan kehidupan manusia Allah dah ceritakan?

· Dalam Surah Taghobun :14 - dimana Allah menyebut manusia nil lalai dengan nikmat dunia, anak2,isteri,harta kekayaan dan haiwan peliharaan.Tidakkah kehidupan dunia itu adalah sementara dan akhirat itu kekal abadi? Adalah sedikit golongan yang berfikir.

· Ustaz tu terangkan lagi, Kalu perasan lah, apa topic yang kita bincangkan setiap hari? Ada tak macam senarai kat atas? Kita sebut kat kawan kita, kerja cmne? Anak bini sihat? Harta ko ok? Betul tak?

· Allah Tanya kita, dalam surah ni - Tidakkah kehidupan dunia itu adalah sementara dan akhirat itu kekal abadi? Adalah sedikit golongan yang berfikir.- Jadi Allah nak terangkan yang manusia ni sedikit sangat yang sedar akan apa yang Allah sebutkan ni.

Jenis orang yang bekerja bukan dengan kekuatan AL-Quran:

· Surah An-Nur (tapi tak sempat salin ayat bape)- Jenis orang yang bekerja bukan dengan kekuatan AL-Quran: 1. Workhard 2.Hard to work

· 1. Workhard- adalah golongan yang selalu stress dengan kerja, kebimbangan dan kesedihan berpanjangan

· 2. Hard to work – work under pressure – kire paksa diri nak kerja sungguh2

Jadi cmne nak jadi golongan yang bekerja dengan kekuatan Quran(Work Smart)?

· Surah At-Taghobun: 11 – dimana Allah sebutkan barang siapa beriman kepada Allah , maka tiadalah musibah yang menimpanya dengan izin Allah, Allah malah akan beri petunjuk kepada hatinya.

· Jadi nak jelaskan, yang bekerjalah untuk mencari Redha Allah, bukan penghargaan manusia. Kita buat kerja then fikir, Allah Redha tak kerja aku buat cmni? Oleh itu, kita akan rasa satu ketenangan dihati ni sebab kita berada dibawah naungan Redha Allah tu.

Bila Dekat dengan Quran, maka dekat ke dengan Allah?

· Surah An-Nasr –Dijelaskan yang Bila kita berlindung dengan Allah, maka akan jauhlah kita dari bisikan2 syaitan dalam hati ini kerana intipati Al-Quran itu ada dalam hati kita.

K.P.I orang yang beriman : (menurut Al hafiz Dr Shafie Mohd Amin) :

1. Improve Quran ( mendalami tajwid)

2.Improve Understanding of Quran (Faham isi kandungan Quran)

3.Improve Application (Amalkan setelah baca dan faham)

4.Sebarkan..

Sunday, July 24, 2011

Penantian Satu Penyeksaan

Ahlan Wasahlan Ramadhan..

Penantian satu Penyeksaan..
Menanti kedatangan Ramadhan,
Ramadhan adalah hadiah yang paling bermakna dari Allah buat Hambanya.
Ramadhan adalah satu madrasah, dimana bulan tarbiyah bagi Pencipta kepada hambanya, Allah ingin kita sebagai hamba ini menjadi hamba yang beriman dengan sebenar-benar taqwa.

Al-Baqarah:183
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.

Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi Ramadhan sebagai bulan ibadah dan bukan sebagai adat?

Mari persiapkan diri dan berusaha menjadi hamba yang benar-benar Taqwa..