Sunday, June 26, 2011

Corak Kehidupan


Kanak-kanak ibarat kain putih. Sebagai ibubapa adalah tanggungjawab mendidik dan mengasuh bagi mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'
Usia kecillah, perlu diberi didikan secukupnya, paling penting adalah pendidikan agama yang diterapkan dalam jiwa anak-anak.

Memberi cukup pakai dan makan itu juga adalah keperluan utama, tetapi paling penting adalah agama yang diterapkan sejak usia setahun jaguh lagi.

Ramai masyarakat hari ini menyalahkan ibubapa apabila pelbagai gejala tidak sihat menjadi-jadi.
Anak yang tidak dipantau, kurang kasih sayang ibubapa, ibubapa terlalu asik dengan kerja.
Macam-macam alasan yang diberikan.
Bagi pihak ibubapa pula menyalahkan guru-guru yang lepas tangan. Tidak menjalankan tugas sebagai pendidik, tidak mengajar anak-anak mereka budi pekerti yang baik.
Masing-masing menuding jari.

Salah siapa
Suka saya nyatakan, IBUBAPA adalah peranan utama dalam soal pendidikan anak-anak dan corak kehidupan anak-anak.
Saya teringat kata-kata Prof Muhaya, anak-anak seawal usia 7tahun kebawah, waktu itu anak-anak berada dalam minda separa sedar.
Bila 7tahun keatas,minda sedar terbentuk, anak-anak semakin faham dan kenal persekitaran.
Usia ini amat penting kerana anak-anak akan tercorak mengikut persekitaran nya.

Contohnya, anak-anak akan memerhatikan sikap kedua orang tuanya. Bagaimana interaksi ibubapa dan pendekatan diruBoldmah, itulah yang mencorakkan kehidupan anak-anak.

Bila semakin membesar, sikap anak-anak akan terbentuk melalui pendidikan dirumah yang diajar oleh ibubapanya.
Tetapi, sikap ini boleh berubah mengikut diri anak-anak apabila anak-anak sudah semakin bijak membuat keputusan dalam mengubah diri. Baik atau buruk menjadi begini dan begitu.

Sebab itu, kita dapat lihat dalam keluarga, kepelbagaian sikap dan identiti walau ada yang jauh sekali sama dengan sikap ibubapa atau ada yang seakan-akan sama.

Keinginan
Nafsu selalu memakan diri. Mana tidaknya, jika terlalu ikutkan soal nafsu dan keinginan, segala bentuk perbuatan akan memakan diri.

Nafsu jugak boleh jadi mencorakkan kehidupan kita.
Contoh, bermegah-megah dengan kenikmatan dunia hingga melalaikan, tanpa memikirkan soal kehidupan akhirat.

Kaitkan dengan realiti hidup.
Sebab itu, semakin banyak budaya sosial berlaku. Kerana terlalu ikutkan soal nafsu.
Budaya lepak, merokok, minum arak, judi, lesbian, gay , peras ugut, kecurian dan sebagainya.
Itu berpunca dari NAFSU.

Keperluan
Hiduplah dengan hanya mengikut keperluan.
Kembali kepada erti hidup yang sebenar.
Kenapa manusia diciptakan?
Apakah makna kehidupan pada manusia?


"Firman Allah :Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Manusia diciptakan untuk beribadah. Bukan makna beribadah itu hanya solat sepanjang masa dan berada dalam masjid sepanjang hari.
Itu salah tafsiran.
Ibadah itu termasuk segala bentuk perbuatan kita yang diiringi dengan niat ibadah, perbuatan itu menjadi perkara yang bukan sia-sia.
Makan, minum, tidur, bekerja, berjalan, dan apa saja perbuatan yang dilakukan dengan niat mencari redha Allah, adalah satu ibadah.

Bayangkan, jika jangka hayat kita hanyalah 50 tahun. Dalam usia itu, berapa banyak kali kita niatkan untuk ibadah dan dalam niat ibadah itu, berapa saja kita betul2 ikhlas? Hanya berapa banyak yang diterima Allah?
Jadi, sangat rugi bukan jika apa saja kita lakukan itu tidak disertai dengan niat ibadah.
Sangat merugikan.

Corak kehidupan sebenar
Kembalilah kepada Sang Khaliq, Pencipta Mutlak.
Coraklah kehidupan dengan pembudayaan nilai islam dalam kehidupan.
Terapkan akhlak dan pekerti islam dalam diri.
Didik anak-anak dari kecil dengan mengenal siapa Allah.

Jika anda semua sedar, pendidikan agama disekolah banyak menekankan ilmu fardhu ain.
Tetapi anak-anak tidak benar-benar kenal siapa itu Allah.
Itu yang saya perhatikan.

Oleh itu, perkenalkan Allah pada anak-anak kita.
Siapa Allah dan kenapa manusia perlu taat kepada Allah.

Saturday, June 25, 2011

Syukur


Bersyukur adalah ucapan terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakanNYA.
Kita dilahirkan sebagai manusia cukup sifat, mempunyai akal yang waras dan kesihatan yang baik.
Bersyukurkah kita setiap hari?
Dengan cara mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah' dan sujud syukur adalah cara dan bentuk perbuatan menghargai pemberianNya.
Tetapi masih ramai manusia islam yang lupa akan pemberiaan dan kurniaan itu.

Nikmat yang paling berharga adalah ISLAM.
Dilahirkan dalam keadaan islam dan membesar menjadi seorang islam adalah satu kurniaan Allah yang tidak ternilai.

Tapi dengan nikmat itu, ramai manusia tidak bersyukur.
Allah jadikan kita sempurna akal,fikiran,dan sifat .
tapi kita seringkali lalai dan leka.
Mengucapkan syukur pun jarang sekali.

Alangkah indahnya dengan selalu mengucapkan syukur kepada Allah.
Terima kasih Allah

Friday, June 24, 2011

Pencarian dan Muhasabah

Bagaimana igin mendapatkan cinta Ilahi?
Semua itu lahir dari dalam diri kita sendiri, terlalu banyak cara untuk capai tingkatan Iman yang tinggi dan kasih sayang Ilahi. Bila kebergantungan kita pada Allah tinggi, maka sudah tentu dapat mencapai Cinta Ilahi.

Bagaimana ingin dekat dengan ALLAH?
1.Solat awal waktu
2.Baca quran dan maknanya
3.Solat malam
4.berdamping dengan orang soleh
5. Banyakkan puasa dan zikir

Adakah kita seringkali lalai dan leka dengan tipu daya dunia ini?
tepuk dada tanya iman.
Dapat dilihat, bagaimana asyiknya kita bermegah-megah dengan kehebatan diri tetapi kita terlupa dengan nikmat itu datangnya dari Allah S.W.T.
Bertaubatlah.

Perkongsian
Sejak akhir-akhir ini, saya seringkal terigatkan akan kematian.
Sehinggakan saya rasa seperti akan mati keesokan hari. Betapa banyaknya dosa dan nikmat Allah yang saya dustakan..Nauzubillah..


Suasana kerja
Suka saya kaitkan dengan life dan environment kerja. Mungkin ini pengalaman yang berharga, itu adalah nilainya pada saya, bila saya bekerja, saya dapat lihat dan jumpa bagaimana manusia akhir zaman yang dikatakan dalam hadis Nabi.Terlalu dengan penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

Memang benar.

Kelihatan pergaulan dan ikhtilat yang tidak terjaga.
Percakapan yang sia-sia dan membawa kepada keduniaan
Nau'zubillah, kadangkala saya pun termasuk dalam golongan yang sedang asyik dengan bermegah pada fitnah dunia.
Relitinya, kita mendahulukan kerja yang perfect dan complete sehingga waktu solat dilengah-lengahkan.
Itu yang saya alami dan lihat sendiri.
Berada dalam kelompok sedemikian bukan mudah untuk kita sendiri memulakan.
Ya, itu juga satu kekuatan untuk saya memulakan perkara yang sepatutnya menjadi kebiasaan untuk umat islam yakni mendahulukan hak Allah dalam apa juga keadaan.

Muhasabah
Setiap hari saya mengambil masa selama sejam untuk sampai ke office.Perjalanan menaiki bus rapidKL selama setengah jam kemudian berhenti di Pasar Seni dan menukar tren trus ke KLCC.
Apa yang selalu bermain di minda saya?
Suasana dalam Bus RapidKL, setiap pagi saya akan mendengar lagu yang dipasang dalam Bus dan berita artis dalam Asia Media TV.
Dlam hati, alangkah elok lagu-lagu melalaikan itu ditukar dengan zikir dan munajat padaNya.
Sudah tentu ramai yang tertarik dengan Islam, pastinya Islam lebih tersebar.
Ramai akan memeluk islam setelah mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan lagu yang mengingatkan pada Pencipta semua makhluk dalam bus.
Mudah-mudahan satau hari nanti ada pembaharuan.
Siapa tahu saya akan lakukan demikian?

Insya Allah

p/s :saya terjumpa blog rakan sekolah lama yang dahulunya dalam kalangan soleh.
Mungkin dulu, tapi sekarang, blog itu terbina atas dasar cintanya pada kekasih, kekasih hati seorang manusia yang penuh dengan kata-kata cinta yang melalaikan.
Lantas saya menggelengkan kepala.
Nauzubillah, mudah-mudahan setiap kata dalam entry saya membawa kebaikan kepada anda semua yang membacanya. Anda membaca bukan untuk perkara sia-sia tetapi saya dapat menggetarkan hati anda dengan mengingati Allah, insya Allah.

Saya memohon agar Allah ampunkan dosa saya dan anda semua.
Usaha lah untuk perjuangan Islam walau sedikit tetapi penuh ikhlas.
Sia-sia sangat bila setiap detik nafas dan perjalanan hayat kita tanpa perjuangan untuk Islam.

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya... manusia di bumi ini,

Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).


Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

- As Syahid Syed Qutb-



Wednesday, June 22, 2011

Ketenangan Dalam Kehidupan

Semua manusia di dunia ini inginkan ketenangan. Ketenangan jiwa, hati dan fikiran akan membuatkan setiap insan yang merasai keamanan. Kegembiraan tergambar dek kerana ketenangan yang dilahirkan.

Saya mendengar topik ini dalam slot ISLAM itu Indah by Prof Dr Muhaya jam 10.00 pagi di Ikim.Alhamdulillah ada sedikit note yang saya sempat salin. Sambil sibuk menyiapkan kerja di ofis, telinga sempat jugak pasang radio IKIM.Rugi rasanya bila fikiran dibiarkan kosong tnpa memikirkan Allah hatta sedang bekerja sekalipun.Just take point penting je, explanation by me, apa yang saya faham from the Slot.

Isi:
Ketenangan berpunca pada diri.

Sebenarnya untuk beroleh 'tenang' itu datang dari diri kita sendiri. Kerana kita yang berhak memilih untuk mendapatkan Ketenangan. Fitrah manusia itu sukakan pada kebaikan, dan kita berhak merasainya apabila dengan melakukan kebaikan, maka hati kita sudah tentu akan berasa tenang.
Sebagai contoh, apabila kita solat dengan sepenuh hati, sudah tentu hati akan tenang . Begitulah juga untuk mencapai ketenangan dalam kehidupan ini, adalah bagaimana kebaikan yang kita lakukan. Ketenangan itu datang dari Allah. Bila kita tidak merasai nikmat ketenangan itu, bermaksud kita tidak melakukan apa yang ALLAH perintahkan.

Kita dapat lihat betapa gembiranya budak kecil.Mereka tenang kerana mereka tidak melakukan perkara yang ALLAH larang.Hati mereka bersih dan suci. Disebabkan itu, budak kecil sentiasa gembira.

Begitulah juga kita, sebagai manusia yang sudah akil baligh, sudah pastinya terlalu banyak maksiat pernah kita lakukan sama ada sengaja ataupun tidak, maka hati kita sudah kotor. Disebbkan itu, hati kita tidak tenang.
Bila hubungan dengan manusia juga tidak bagus, sekaligus mengakibatkan hati kita tidak tenang.

Solution-
1. dengan sentiasa berfikiran positif.But how? kita perlu terapkan akidah, taqwa dan keimanan yang kuat pada Sang Pencipta Mutlak kita.Kebergantungan kita pada ALLAH perlu dipermantapkan lagi.IF kita tak buat apa yang Allah suruh dan Nabi sampikan, bagaimana keadaan mewah kehidupan kita sekalipun di dunia ini, hati kita akan gusar dan tidak tenteram.Oleh itu, back to Pencipta.

Tuesday, June 21, 2011

Belajar menjadi BAIK

Hidayah itu milik Allah.
Petang kelmarin, saya mendengar lagu DEMI MATAHARI.Seorang officemate send the song to me. Time tu sedang asyik menyiapkan kerja-kerja di ofis.
Bila buka lagu tu, then ingatkn saya pada waktu di univeristi, yang dulunya sangat aktif berpersatuan, usrah dan join program kerohanian.

Air mata hampir menitik Ah, jauhnya saya dari Tuhan,sentiasa sibuk dengan urusan dunia.
Lagu itu mngingtkan saya pada saat manis berjuang di jalan Allah.

Bukan mudah untuk menjadi BAIK.Belajar untuk istiqamah dan melawan nafsu dari melakukan perkara yang tidak berfaedah.bukan Mudah.

Moga rasa keinsafan dan kesedaran ini terus mekar dan tidak berbolak balik lagi.
Amin..
beberapa malam ini saya asek berfikir.
Saya mahu terus berubah dan membersihkan hati ini yang dipenuhi kotoran2 maksiat.
Pergaulan saya melalui dunia kerja memberi erti pada diri saya, realiti sebenar masyarakat akhir zaman yang semakin cetek ilmu akhirat dan tidak lagi memikirkan dosa pahala.

Wahai Allah, jagalah akhlak ku dan diriku. Moga terus dalam peliharaanMu.

Saya ingin terus berubah ke arah kebaikan.
Doakan saya.