Sunday, January 10, 2010

Mukhayyam K-Perak@PERKASA

Bismillah..

updated information mukhayyam k-perak 15-17 jan 2010.


nama tempat: D alam damai camp site,

1. lokasi: sempadan kg/kawasan saom, chenderiang, lata kinjang atau daerah kampar, tapah, & gopeng.. (peta boleh google chenderiang)

2. aktiviti: (please take note that all listed facilities & activities offered in the package only)1. jungle trekking (roughly 2 jam) dari camp site ke air terjun sg cincin. nanti ada trek yg perlu merentas air sungai2. orienteering/ bearing dari air terjun sg cincin ke camp site(diff trek), roughly 2-3 jam. plannye akan ade check point where peserta perlu sampai di situ untuk dapatkan barang amanah etc, so that they not just ikut trek biase..
3. flying fox

4. wall climbing

5. abseiling

6. night trekking 3. kemudahan:

1 dewan - untuk persembahan kumpulan, pengisian dsb.

2. dewan makan - untuk makan la.ape lagi.. :P

3. tandas & kolah - mandi & bersuci. air fresh dari sungai! :D asing siap laki2 & perempuan.

4. challet-org asli style, untuk urusetia.hehe. . :D

5. khemah unlimited - "cakap je kamu nk brape. saye boleh sediakan!" hoho,konfiden btol die. PR yg bagus~ :P(tapak khemah)

6. peralatan memasak-mass tin, solid fuel, pinggan, sudu, pisau, dll

7. kawasan lapang(sgt!) - untuk buat la pape nak buat.. war games?

8. lain2. bangku meja.


4. PRICE: rm40 (without food)
p/s -
1. if nak include makanan : sarapan 2 x 50 pax, lunch & dinner disediakan bahan2 mentah seperti: beras, ayam, ikan, kerang, sayur roti, kaya, teh, gula, +RM10. so jadi rm50..
2. if nak buat aktiviti lain such as kayak, water confidence, & trekking hardcore level (6jam one way), boleh. no added charge. just timing kene set..
5. timing / masa , kos minyak & keadaan jalan
1. pergi ikut SI-tronoh-batu gajah-gopeng- jeram-kampar- temoh-chenderian g = 1 jam 10min (maintain slow & steady speed), minyak RM7, jalan OK! highway(double lane) till gopeng. jalan lain biase.
2.balik ikut Chenderiang- kg sg genting-kg dipang-malim nawar-kg batu lapan & tujuh (ikut signboard tg tualang lepas malim nawar)-kg bali-SI = 45min (maintain slow & steady speed), minyak rm7. jalan pusing2 kat 3 tempat awal. jalan OK kt malim nawar. jalan teruk gile kt kg bali.
total minyak pergi balik = RM15.
p/s : information from emel syura k-perak..

Thursday, January 7, 2010

Apa yang terjadi sekarang? Bangunlah wahai umat Islam!!

bismillah..
disini saya hanya ingin berkongsi isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang..
kita sebagai daie seharusnya celik minda bukan mengambil sikap tidak cakna pada isu hangat ini..
sekadar perkongsian, diambil dari email K-OPS :

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada puku10 pagi tadi JIM telah mengadakan satu sidang media di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati, dan terdapat dua kenyataan media yang dikeluarkan oleh PACE & JIM, iaitu;
1. PACE Desak Kerajaan Mesir Supaya Menghentikan Tindakan Menutup Terowong Kemanusiaan ke Gaza dan Memberi Laluan kepada Konvoi Viva Palestina 3, oleh Pengarah PACE, Dr. Hafidzi Mohd Nor, dan dibaca oleh Dr. Selamat Aliman, Timbalan Pengarah PACE2. Isu Kalimah Allah Sangat Sensitif, oleh Presiden JIM, Hj. Zaid KamaruddinBersama ini ana sertakan kedua-dua kenyataan tersebut.

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
5 Januari 2010
Isu Kalimah Allah Sangat Sensitif

1. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Catholic Herald Weekly, telah membangkitkan sentimen keagamaan. Keputusan itu juga bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam yang telah digazetkan di sepuluh (10) negeri.

2. Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang. JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

3. JIM menyeru semua pihak supaya memberi peluang proses undang-undang (due process) berjalan tanpa tekanan mana-mana pihak. JIM juga menyeru semua pihak agar memastikan respon kepada keputusan mahkamah ini tidak menjerumuskan Malaysia kepada kekacauan di antara penganut-penganut agama.

4. JIM juga menyeru pihak agama Katolik untuk berhati-hati dalam menggunakan kebenaran mahkamah ini, kerana umat Islam amat sensitif jika nama Allah dikaitkan dengan perkara yang tidak selayaknya bagi Allah. Isu ini jauh lebih sensitif dari isu kartun Nabi Muhammad yang disiarkan oleh media di Denmark dahulu.

5. JIM berharap isu ini diselesaikan dengan segera supaya ia tidak membawa kepada polarisasi di kalangan rakyat Malaysia, hingga memberi kesan jangka panjang.

6. JIM juga berharap satu lagi pihak, difahamkan Sidang Injil Borneo, yang akan membuat tuntutan yang sama di mahkamah supaya menangguhkannya sehingga kes yang ada sekarang selesai.
Zaid bin Kamaruddin
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ....
Kenyataan akhbar PACE
5 Januari 2010
PACE desak Kerajaan Mesir supaya menghentikan tindakan menutup terowong kemanusiaan ke Gaza dan memberi laluan kepada konvoi Viva palestina 3
PACE merakamkan rasa dukacita yang amat sangat atas sikap dan pendirian Kerajaan Mesir yang amat jelas bertentangan dengan prinsip kemanusiaan sejagat apabila bertindak menghalang bantuan kemanusiaan yang diterajui oleh konvoi Viva Palestina 3 dari memasuki Gaza. Konvoi Viva Palestina 3 yang digerakkan oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway terdiri dari 240 buah ambulan dan lain-lain kenderaan yang membawa bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas telah bertolak dari London pada 5 Disember 2009 merentasi Benua Eropah melalui jalan darat dan sepatutnya dijadualkan tiba di Gaza pada 27 Disember yang lalu. Bantuan ini merupakan sumbangan dari masyarakat antarabangsa tanpa mengira negara, bangsa dan agama. Rakyat Malaysia sendiri melalui PACE, FIMA dan orang perorangan yang bergabung di bawah inisiatif VPM (Viva Palestina Malaysia) telah menyumbang sebanyak 4 buah ambulan. Di samping itu inisiatif yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir turut menyumbang 5 buah ambulan di dalam konvoi tersebut.
Malangnya apabila sampai di Aqaba, Jordan, Kerajaan Mesir tidak memberi kebenaran kepada konvoi tersebut untuk memasuki Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Pelabuhan Nuweiba adalah pelabuhan utama dan sangat sesuai untuk mengendalikan jumlah kenderaan yang begitu besar. Namun atas alasan yang direka oleh Kerajaan Mesir telah menyebabkan konvoi berpatah balik melalui Syria dan kemudian mengambil laluan Laut Mediterranean untuk memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Pelabuhan al-Arish bukanlah pelabuhan utama dan jika konvoi tersebut memilih untuk memasuki Mesir melalui al-Arish maka mereka terpaksa menyewa 3 buah feri di samping terpaksa menggunakan khidmat pengangkutan udara bagi mengangkut sebahagian dari barang-barang bantuan. Ini melibatkan kos tambahan yang besar iaitu lebih dari USD 500,000 dan ia merupakan satu tanggungan yang cukup besar untuk ditampung oleh Viva Palestina.
Di samping itu Mesir turut mengenakan dua syarat yang tidak munasabah iaitu Viva Palestina mesti menyalurkan bantuan tersebut melalui UNRWA untuk diserahkan kepada penduduk Gaza, dan kedua mesti mendapat kelulusan Israel bagi memasuki Gaza. Adalah satu penghinaan untuk meminta izin dari entiti zionis yang menjadi punca kepada kepungan dan penderitaan rakyat Gaza selama ini.
Adalah amat penting bagi masyarakat antarabangsa mendesak kerajaan Mesir agar mempamerkan rasa persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat ke atas rakyat Gaza yang hidup dalam keadaan dhaif setelah mengalami sekatan ekonomi menyeluruh dan kepungan sejak tiga tahun yang lalu. Kepungan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Israel adalah menyalahi undang-undang kerana ia mencabar Resolusi PBB 1860 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB yang memastikan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api dibekalkan dan edarkan ke seluruh Gaza tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Kelumpuhan ekonomi yang dialami oleh Gaza diparahkan lagi dengan serangan biadap yang dilancarkan oleh Israel pada 28 Disember 2008 dan berterusan selama 22 hari sehingga Januari 2009. Serangan ataupun lebih tepat lagi pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk awam Gaza telah mengorbankan 1,417 jiwa, separuh darinya adalah wanita dan kanak-kanak. Di samping itu jumlah yang tercedera melebihi 5,000 yang menjadi mangsa kepada senjata pemusnah besar-besaran Israel termasuklah pesawat terbang kawalan jauh ‘predator drone’, peluru berpandu, bedilan kereta kebal, tembakan kapal perang dan bom fosforus puteh yang diharamkan dan disasarkan di tempat-tempat awam. Penderitaan yang tidak terperi ditanggung oleh penduduk Gaza apabila serangan berlaku dalam keadaan mereka tidak dapat keluar dari Gaza dan mencari perlindungan di negara-negara Arab yang berjiran. Bahkan Mesir bertindak menutup sempadan dan menghalang rakyat Gaza yang tercedera menyeberang masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan melalui satu-satunya pintu masuk ke Gaza dari Mesir iaitu di Rafah. Bukan sahaja rakyat Gaza tidak dapat memasuki Mesir, bahkan bantuan perubatan dan bekalan ubat-ubatan yang dikirim dari seluruh dunia tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh kerajaan Mesir. Tindakan tidak berperi kemanusiaan ini mencerminkan sikap kerajaan Mesir yang sebenar. Apakah mereka bertindak atas telunjuk Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dan mengenepikan tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Gaza.
Kini Kerajaan Mesir bertindak lebih kejam dengan menanam kepingan keluli sedalam 20 hingga 30 meter untuk menutup laluan terowong ke Gaza, satu-satunya ruang yang masih wujud untuk menyalurkan keperluan makanan, ubat-ubatan dan bekalan asas yang lain. Semua ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang peranan Mesir di dalam menangani isu Gaza. Apakah Mesir dipergunakan untuk menjaga kepentingan Israel dan Amerika Syarikat sehingga tergamak melakukan sesuatu yang amat bertentangan dengan prisip asas hak asasi penduduk Gaza.

PACE dengan ini mendesak kerajaan Mesir untuk memenuhi tuntutan berikut:
1. Kerajaan Mesir didesak atas dasar keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Gaza agar memudahkan laluan masuk konvoi Viva Palestina ke Gaza. Kerajaan Mesir sewajarnya memudahkan laluan konvoi dan menyediakan logistik yang munasabah bagi memudahkan penyampaian barang bantuan kepada penduduk Gaza.
2. Mendesak Kerajaan Mesir supaya mengizinkan sukarelawan dari seluruh dunia yang berada di Kaherah untuk menyertai perarakan keamanan di Gaza sebagai tanda sokongan dan solidarity kepada penduduk Gaza yang terkepung dan teraniaya oleh sikap biadap Israel.
3. Menuntut Kerajaan Mesir supaya menghentikan kerja-kerja menanam tembok konkrit di dalam tanah untuk menutup laluan terowong ke Gaza. Sehubungan dengan ini PACE menyokong kenyataan Presiden IUMS (Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam) iaitu Prof. Dr Yusuf al-Qardhawi yang mendesak agar seluruh rakyat Mesir bangkit mendesak kerajaan mereka menghentikan jenayah ini serta menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam OIC supaya campur tangan untuk menghentikan tragedi ini.
4. Membidas kedutaan Mesir ke Malaysia yang memberi pelbagai alasan yang mengelirukan apabila mewajarkan tindakan kerajaan Mesir menyekat pergerakan konvoi Viva Palestina dengan penipuan dan dakwaan tidak benar.
PACE juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia dan warga dunia yang prihatin supaya melakukan perkara-perkara berikut:
1. Bangkit menyatakan bantahan kepada Kedutaan Mesir dan mengenakan tekanan kepada Kerajaan Mesir supaya mempamerkan sikap kemanusiaan yang tinggi terhadap penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Gaza. Keprihatinan ini perlu dibuktikan dengan membuka laluan dan memudahkan perjalanan konvoi Viva Palestina memasuki Gaza dan menghentikan jenayah menutup terowong ‘kehidupan’ ke Gaza.
2. Keluar untuk menyatakan sokongan ke atas inisiatif yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mendesak Mesir supaya tunduk kepada tuntutan masyarakat antarabangsa yang prihatin ke atas nasib penduduk Gaza dan menyokong usaha untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza.
3. Menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung kos tambahan yang kini terpaksa ditanggung oleh konvoi Viva Palestina akibat dari perubahan laluan yang dikenakan oleh Mesir untuk masuk ke Gaza.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Tabung Palestin yang diwujudkan khas melalui Maybank No akaun 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Sila nyatakan sumbangan adalah khusus untuk Viva Palestina 3 dan faks kan slip deposit ke 03-41071754. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada En Nasir Tampol di no tel 03-41089669.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)

Monday, January 4, 2010

Tirai 2010..step to change?

Bismillah..
syukur kehadrat Ilahi, nikmat kesihatan masih diberi pinjaman..

Sudah lama tidak update blog, mungkin kerana kekangan masa atau masa yang diPINJAMkan itu tidak digunakan sebaiknya..

Draft perjalanan sebelum bermula tirai 2010..
25hb dan 26hb disember - PKN (PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL)
26hb diesember - kenduri kesyukuran perkahwinan anak sedara
1hb januari 2010 - Pelancaran Plan E:Great Wall Challenge 2010 , Race to be Millionnaire di Hotel Concorde Shah Alam
3hb Januari 2010 - kembali ke dunia universiti
4hb januari 2010 - kelas bermula

beberapa kejadian yang terjadi pada hari pertama kelas bermula..
sesungguhnya hanya Tuhan yang Tahu betapa saya perlu membina kekuatan..
Doakan saya dipermudahkan segala urusan..