Thursday, March 17, 2011

Sedarlah manusia..



Kes buang bayi, pergaulan bebas,pembunuhan ngeri dan berbagai isu yang tidak penah lekang di dada akhbar. Saban hari, ada saja berita yang memilukan hati si pembaca. Begitulah realiti masyarakat masa kini yang semakin jahiliyah pada akhlak dan pemikiran.

" Islam itu datang dalam keadaan pelik dan kembali pelik di akhir zaman"

Sudah hampir 3 bulan saya tidak menjengah blog, hurm..bukan mudah nak istiqamah dalam menulis, lagi-lagi mencari idea untuk menyampai perkara manfaat pada orang lain, walaupun dengan cara pemulisan, bila disertai dengan niat yang baik, insyaAllah dapat menarik hati si pembaca (^^)v Biarlah menulis dengan hati..Teringat saya pada pesan naqibah saya, .."bagaimana ingin memasukkan iman di hati mad'u, jika hati kta sendiri tidak dibajai dengan iman.."

" Sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"-pesan Nabi

Pelbagai mehnah yang saya lalui sepanjang menjalani dunia pekerjaaan di sini.Baru saja melalui cabaran intern, ternyata bukan mudah, dunia realiti yang penuh dengan dugaan, saya berdepan dengan keadaan hidup bersosial dan pergaulan bebas di hadapan mata,dalam hati mula mengatakan "..oh begini rupanya dunia bekerja.., bukan mudah mencari orang yang berfikrah dan meng"amaliah"kan ilmu yang ada. Hanya sekadar ilmu dan fikrah tidak menepati syarat jika tidak diaplikasi dan dipraktikkan dalam kehidupan.


Tanpa perasaan malu dan segan, pergaulan bebas dilihat semakin menjadi-jadi,DUNIA semakin tua dan uzur. Itu kata pemikir-pemikir tanpa memahami apa sebenarnya makna ..Hari Kiamat semakin hampir, yakni hari penghujung, hari dimana penghakiman akan berlaku, penghitungan bagi kehidupan kita semua di alam yang hanya pinjaman ini. Disebabkan tanpa perasaan takutnya dengan hari pembalasan itulah, terjadinya gejala-gejala yang tidak sihat ini.

Bila melihat pergaulan bebas dihadapan mata, mahu saja saya menyampaikan kepada mereka, tentang kehidupan alam akhirat, tentang dosa dan salahnya apa yang mereka lakukan. Perpacaran, berpegangan tangan tanpa segan silu antara bukan muhrim, perpelukan.. ah sakitnya mata saya melihat keadaan ini.

Realiti sekarang, jika memakai tudung besar sedikit, mengamalkan sayariat islam dalam kehidupn, itu dilabel ustazah/ustaz. Ah,terlalu rigid pemikiran masyarakat masa kini. Itulah yang dikatakan manusia semakin jahil ,zaman kejahilan seperti di arab jahiliyah dahulu telah terbalik, kembali ke zaman mden sekarang. Itu yang sebenarnya terjadi. Benar atau tidak ,setuju atau tidak, mari kita berfikir dan merenung sebentar.

Benarkan ,kita tidak pelik dengan orang yang tidak memakai tudung tetapi kita Pelik dengan orang yang bertudung litup, berjubah, itu yang saya alami sendiri, sehingga orang bertanya tidak panaskah, pelik dan terus bertanya. Itu realiti masayarakat sekarang dan yang bertanya adalah orang islam sendiri tapi tidak punya fahaman tentang agama yang dianuti sendiri.

Bila orang islam sendiri rajin ke surau dan mengamalkan solat jemaah, dilabel ustaz dan sudah bertaubat kah? walhal, solat jemaah itu adalah tuntutan dan satu kewajipan(bagi kaum adam) sedangkan orang buta pon Rasulullah mensaranan supaya solat jemaah di masjid/surau (mafhum hadis), ini kan pula orang islam yang sihat dan cukup sifat.

Saya sedih melihat masyarakat masa kini.Saya perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran dan tribulasi dakwah di dunia serba canggih, perlu ada isi dan intipati yang lengkap untuk menjawab sebarang soalan berkaitan pengamalan syariat dalam kehidupan.

Sedarlah manusia, bahawasanya kematian itu akan datang bila-bila masa saja, kita bukan menjemputnya tetapi kematian yang akan menjemput kita tanpa signal dan mesej kedatangan.

Bertaubatlah..