Saturday, April 11, 2009

Aturan Kehidupan

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Syukur, alhamdulillah ana diberi peluang bernafas di bumi ciptaanNya, hidup dengan penuh nikmat , Tuhan pemberi nikmat itu memang kaya dengan pelbagai kerna dialah AL GHANIYYU yakni YANG MAHA KAYA..Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad SAW, betapa ana rindu pada baginda Nabi, walaupun ana adalh antara umat yang tidak pernah berjumpa dengan Baginda tetapi terasa baginda sangat dekat..

Pertama

7hb april 2009


Test 2 taxation dah dapat semalam.Alhamdulillah ok, 74% , ok or bad? Alhamdulillah syukurlah dengan nikmat yang diberikan. Yang lain belum lagi, harap ada improvement berbanding test 1 yang lepas dan lebih “ menyerlah jauh dari yang biasa “ pada final exam just around the corner ni, insyaAllah dengan izin Allah Rabbul Izzati..Ada seperkara yang ingin ditekankan disini, memang benar kita telah berusaha, dengan kesungguhan penuh maximum tapi rezeki itu datang dari Allah bukan? Sesuatu perkara itu takkan terjadi tanpa izinnya, sesudah berusaha , doa dan bertawakkallah.Jadi, tak perlu ada rasa keluh kesah, mungkin kejayaan yang diimpikan itu belum sampai waktu Tuhan Yang Adil itu ingin beri pada kita selaku Hamba yang takde ape, yang serba serbi kekurangan ini..Memberi peringatan pada diri ana juga,. Melihat pada sahabat ana, nth bila la die studi, tapi kelua result perhggg, highest! Bile Tanya jawapan yang simple ‘faham konsep’..bertuahnya empunya diri Tuhan beri keupayaan memahami dengan begitu mudah, tak perlu belajar seteruk ana, bersengkang mata , kesana-kemari semata-mata ingin memahamkan diri, mencari rujukan bagai. Kadangkala ada timbul ‘rasa’ jeles pada diri sahabat ana yang penuh ke’beruntungan’ itu, ada masa kadangkala sakit juga..sakit ape pula ni?

Sakit sebab dengan kata-kata bangga diri seakan-akan merendahkan diri ana yang ‘SANGAT’ mudah faham ni( faham2la) istighfar…. Kadangkala ana berfikir sendiri dan buat conclusion, mungkinlah orang yang diberi nikmat yang melimpah ni , die tak sedar yang orang lain tak dapat nikmat tu, jadi dia tak boleh fikir kenapa kita yang tak dapat ni begini begitu tak seperti dirinya yang dapat? Tak semua yang pandai begitu tapi ada..

Konsep memberi dari sang Pemberi dan bagaimana si penerima ni menerima?

Sepatutnya, si penerima perlu bersyukur bukan berbangga, kemudian tanam pada diri menerima pinjaman Allah yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja itu, perlulah merendahkan diri pabila diberi nikmat bukan berbangga dan merendahkan keupayaan orang lain, sebab apa? Sebabnya segala kejadian itu terjadi dengan izin Sang Pemberi ni..

Mohon doa banyak-banyak, agar ana tidak tergolong dalam golongan lupa diri bila diberi keberuntungan..

Kedua

Rasa hati yang tidak senang, kenapa ni wahai SITI HUSNA SAMSUDIN? Berkenaan dai’e dan penggerak. Berat benar tugas ini bila sudah diberi tanggungjawab memikul..

Adakah walaupun hati dan diri tidak bersedia? Tapi masih dipercayai perlu memikul tanggungjawab sebesar ini? Berat lagi bahu yang memikul..

Maaf kiranya banyak mengguris hati si adik-adik ana yang bersusah payah untuk ana, adik satu organisasi, mengaku diri bukan yang terbaik in all aspect kerna ana memang serba serbi penuh kekurangan. Apa alasan selama ini? Adakah perlu alasan dalam berdakwah? Ana masih berat untuk meluahkan apa yang terpendam, hanya ingin mengatakan disini, bergerak dalam jemaah islam adalah salah satu jalan dakwah, tapi masih ada jalan dakwah lain untuk dilakukan demi islam, yang menilai itu Tuhan, sekecil dan sebesar mana tugas dan kerja yang kita lakukan demi islam yang menerima adalah Sang Penerima Rabbul Izzati..

Mudah-mudahan segala amalan diterima oleh Tuhan empunya dunia..

Ketiga

Berkaitan hal isu semasa yang hangat diperkatakan..

Apakah itu?

Alhamdulillah syukurlah kemenangan berpihak pada islam..

Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau..

TAKBIR, ALLAHUAKHBAR!!!!!

Keempat

Permasalah dalam ukhuwah..

Bisa berlaku lagi?ish nape tak dapat elak ni?

Pernah tak alami sahabat yang memang ada fikrah islam, tapi tak dapat nak terima teguran orang lain?ana agak tertekan keadaan begini, ujian yang dirasakan bagai sembilu sekali..moga Allah melunturkan hatinya yang keras membatu itu, AMEEEN…..

Thursday, April 2, 2009

Selesai sudah..

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Syukur kehadratNya, diberi ruang lagi untuk bernafas, melihat dunia yang sangat indah ciptaanNya, kekuatan dalam beribadah..
Selawat dan Salam buat nabi Muhammad Junjungan agung, Nabi akhir zaman, nabi kita..

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa, selesai sudah test investment, finance dan tax.Syukurlah ketiga-tiga paper ana dapat buat dengan confident, tapi keputusannya?akan datang 5hb dan 7hb.untuk paper audit dan akaun.
moga diberi kekuatan dalam menjawab, dipermudahkan setiap urusan dan tiada kesulitan hendaknya.
serahkan segalanya hanya pada Tuhan selepas usaha yang bersungguh dilakukan..

rajin pula ana menulis..
bukan apa, jari jemari pinjaman Ilahi ini ligat untuk menaip walaupun hanya menulis apa yang bermain dalam kepala..

1. selesai solat subuh pagi tadi, hati ana terdetik dan tertanya satu perkara.
perkara ini telah lama bermain di fikiran. Budaya memberi dan menjawab salam.
Memberi dan menjawab salam adalah dituntut dalam agama bukan? dan besar fadhilatnya.
tapi , jika kita lihat rata-rata sekarang bilamana kita berjumpa ditengah jalan, atau kita menghabiskan borak bersama rakan-rakan, perkataan akhir yang dilafazkan bukanlah mendoakan kesejahteraan dalam kata lain "assalamualaikum" sebaliknya..
.. oklah g dulu, bye..benar tak?
betapa berat benar lidah ingin menyebut salam..
kan indah jika perkataan 'bye' itu ditukar dengan 'assalamualaikum' dan dijawab dengan 'waalaikumussalam'. yang memberi mendapat pahala dan yang menjawab juga mendapat ganjaran..

2. Seminar on auditing profession and islamic ethical philosophy.
seminar ni ana join minggu lepas 28 mac 2008.menarik dan seronok.
apa yang ingin ana kongsi, dua orang speakers , MR AHMAD SHAHRUL MOHAMAD dan MR MOHD NIZAM MOHD ALI.
dua orang speaker yang mantap, mr ahmad shahrul adalah seorang auditor dan mr ahmad nizam adalah director daripada private sector.
apa yang menarik? berkaitan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh kedua-dua speaker yang merelatekan apa yang kita lakukan berbalik pda Allah. Antara kata-kata mereka:
1. rezeki adalah dari Allah dan bukan kita yang berhak menentukan
2. ilmu itu datang dari Allah, ibarat titisan air, apabila kita tidak merendahkan diri untuk menadah dan mendapatkan pasti kita tidak mampu perolehnya

3.jika kamu mendengar sesuatu penyampaian, kamu perlu berdiri dan bertanya bukan hanya mendengar apa yang diberikan

4.hormat ilmu yang kamu dapat
5.berkatalah yang benar apa yang kamu tahu
6.life is continous process to learn

7.manusia mempunya dua kualiti iaitu dalaman dan luaran

8.jika kamu tidak tahu apa yang kamu ta tahu, kamu benar-benar bodoh
9.kamu bertanyakan tentang sesuatu perkara:

- kamu adalah betul-betul ingin tahu
-kamu bukan ingin tahu perkara tersebut
-kamu hanya mahu mempermainkan orang yang memberikan penyampaian

3. " ok, terima kasih atas kerepek dan lain kali jangan berjanji kalu tak pasti boleh tepati atau tidak"...
sms yang ana terima daripada seorang sahabat ana, Hal yang tak disangka boleh jadi besar.
beberapa lamanya ana berfikir tentag kesilapan ana, mungkin juga ada perkara yang tersimpan yang tidak diluahkan , so bila kesilapan kecil buatkan terus tak mampu menahan lagi lantas melepaskan segala yang terpendam.

4. time management. Kelemahan diri yang perlu dibaiki. Bagaimana ingin menjadi da'i tapi dalam masa yang sama diri masih terkontang kanting?adakah sewajarnya mengambil tindakan awal supaya perbetulkan diri..bina kekuatan dalaman dan luaran baru bisa berdakwah..

5.usrah.
bagaimana ingin mencari pengganti untuk adik-adik?

6.Diri ana yang meletakkan belajar satu kepentingan utama. Dakwah dan belajar, sama kepentingan dan perlu diletakkan beririgan, tapi jika diri tak mampu bagaimana pula?
belajar juga satu ibadah , satu perjuangan..tapi jika gagal dalam perjuangan awal, bagaimana mad'u bisa menerima kita?



perkara yang selalu bermain dalam fikiran..
ana masih tidak mampu menjadi da'ie yang baik.
perlu memantapkan lagi diri yang lobang-lobang dan berkarat ini.

7.rindu pada family.sudah 3 bulan tidak berjumpa. Apakah khabar adik ana dimesir..
sihatkah?makan apakah?
sudah lama tidak contact..

8.hidup sunyi dan perlukan teman...??
sahabat baru, sem ni ana mula rapat dengan seorang hamba Allah bernama nurul amiza abdul rahman, kami sama kos cuma berlainan kelas.
tempat pertemuan kami adalah masjid, sikap dan cara dia buatkan ana tertarik untuk makin rapat.Ukhuwah Fillah abadan abada, moga pertemuan yang secara tidak dirancang oleh manusia tetapi mengikut peraturan Tuhan ini mendapat kebaikan.

jari jemari agak kekok menaip.
moga akan datang dapat menaip untuk pengisian hati dan juga yang membaca, insyaALLAH.
sekadar dulu, yang baik datang dariNya, kurangnya dalam menulis adalah kelemahan diri sang penulis.
moga ALLAH datangkan rahmat yang melimpah pada hambanYa, ameen..

Monday, March 23, 2009

menulis kembali..

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

kembali menulis..
lama sudah jari jemari pinjaman Ilahi ini tidak berkongsi, memberi perisian pada blog dalam kata lain "update blog"..
sudah jemukah ana pada blog?
atau sudah give-up kah ana untuk menulis, berkongsi ilmu?
tepuk dada tanya iman..

berada di tahun akhir , sem akhir..kekangan masa menghalang ana aktif dalam penulisan blog
(macamla ada je pengunjung yang nak baca kan?huhu..)
kebiasaanya, blog ditulis bukan sekadar melepaskan lelah atau menghabiskan masa-masa yang tersisa, tetapi bila menulis.. akan wujud satu rasa kepuasan..
hanya empunya diri yang bisa faham apakah kepuasaan yang dimaksudkan?

berkata mengenai rasa..
rasa?
ana ingin mengaitkan RASA atau kata mudahnya adalah perasaan..

Tuhan Yang Maha Esa itu menganugerahkan hambanya 1001 rasa, kita punya rasa marah, suka,sedih, gembira , sayang , rindu dan pelbagai..

sedikit perisian..
soal perasaan yang hadir..
tentang kasih dan sayang, rindu, cinta dan mengasihi..
perasaan itu fitrah tetapi sucinya perasaan yang dianugerahi itu bisa bertukar menjadi fitnah..
bagaimana ianya terjadi?
apabila perkara yang sepatutnya disalurkan pada jalan kebaikan tetapi disalah tempatkan pada kemungkaran..

Komentar C.I.N.T.A
Komentar Aku Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya.
Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..
Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini.
Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:
Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.
Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita? Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman.
Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.
Maka. InsyaAllah, aku tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”

Sunday, February 8, 2009

Syukurlah..

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Syukur alhamdulillah, perkara yang menggembirakan ana sekali..
Seorang sahabat lama ana, Durratun Nabilah binti Mat Sukhri..sahabat karib ana yang telah lama tak contact dan sekarang Allah Maha Pengasih itu mendekatkan hati kami..
Betapa Agungnya Allah Pencipta Alam ini, melembutkan hati sahabat ana untuk bercerita
tentang keadaan dirinya selepas beberapa tahun lamanya kami tidak tahu
keadaan diri masing-masing..Banyak kejadian yang menghalang kami untuk bertemu dan contact, tak disangka selepas beberapa lamanya ana meminta, akhirnya Tuhan yang Maha pengasih itu memakbulkan permintaan ana, betapa gembiranya hati ini..
terima kasih Tuhan..

Mengimbas kembali..
Permulaan perkenalan kami adalah apabila ana menjejakkan kaki ke SMKA Simpang Lima pada tahun 2004, waktu itu ana pelajar baru form 4, nabila pelajar lama..
Nabila seorang yang pemarah, baru sehari mengenalinya banyak yang ana tahu tentang dirinya,
dibandingkan dengan ana hanya mendengar kata-kata dan kisah yang ingin disampaikan.

Pada tahun 2005, kami secara tak sengaja, ditempatkan di dorm yang sama.Bermulalah keakraban kami.Nabila seorang yang baik hati, banyak perkara yang ana belajar sepanjang bersahabat dengannya. Menghargai seorang teman, berlembut dengan orang dan mempelajari ilmu agama dengan mendalam..nabila memang seorang sahabat yang baik,banyak
yang ana pelajari dan alhamdulillah ana terbimbing bila bersahabat dengannya.
terima kasih teman..
semoga Allah merahmatimu..

Wednesday, December 31, 2008

selamatkan palestin

Selamatkan Palestin!!


Assalamu'alaikum Warahmatullah. ..

Ikhwah akhawat saudara se'Islam'ku, seperti yg kita tahu, sekarang ini rakyat Palestin sedang dalam bahaya dan ditindas. Zionis telah melancarkan serangan terbarunya dengan alasan utk menjaga keselamatan pada saat seluruh umat Islam sedang menyambut kedatangan tahun baru hijrah. Apakah kita hanya duduk diam dalam keadaan selesa sekarang ini? Lihat beberapa fakta terbaru di Palestin dan fikirkan sumbangan yg boleh kita lakukan..



=============================


i. Situasi di Gaza - serangan yang dilancarkan oleh Israel kini telah membunuh lebih 300 orang awam d an mencederakan lebih dari 1300 orang.Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan d iteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan.



ii. Dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini a d alah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel . Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh kedalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.



iii. Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan. Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita d an kanak-kanak yang berada ditempat kediaman masing-masing. Serangan yang d itujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada d idalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan dikalangan orang awam.



iv. Kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke atas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak berkuasaPalestin diTebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim zionis yang menga d akan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti sejak 18 bulan yang lalu.



v. Umat Islam d igesa supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir d an pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak d ari membicarakan isu sebenar d i belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempa d an Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan ke man siaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap dimana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing d an pendudukan haram oleh mana- mana pihak.


vi. Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka berse dia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera dibawa masuk melalui sempa dan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang d ibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?



vii. Mengingatkan bahwa pertembungan ini adalah diantara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini.




Salurkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mereka yang memerlukan kepada :


"PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA"


MAYBANK


A/C NO 5622 0960 8847

p/s: Sila sebarkan agar ramai sahabat dan saudara kita 'celik' mengenai isu Palestin ini. Semoga Allah dapat membalas segala jasa baik kalian semua. Amin...




Lihat juga :

http://www.ilovepalestine.com

www.palestinkini.info/

--> Mohon doa berterusan buat saudara seaqidah kita disana..

Perubahan Baru?

Salam perjuangan buat semua..

Selamat Tahun Baru..
tahun 2009 menjelang..
adakah kita telah persiapkan diri?
untuk apa?
menjadi insan yang berguna..
lebih persiapan diri bagi memerangi musuh islam..

adakah kita telah persiapkan diri
untuk apa?
ke arah perubahan baru.
tapi bagaimana perubahan baru yang dikatakan baru itu?
hanya perubahan ke arah yang lebih baik..
berani untulk berubah kerana Allah..
tidak mempedulikan kata-kata orang asalkan yakin perubahan itu benar di sisi Tuhan..

harapan..
agar ana peroleh maksud perubahan baru itu sekaligus benar-benar bisa istiqamah berubah ke arah kebaikan..
moga Tuhan berkati diri yang hina ini..

Perhimpunan Karisma Nasional 08

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

selagi puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..

Salam Perjuangan buat sahabat juga teman yang sentiasa mengingatkan ana pada Ilahi..
Syukur kehadratNya,perhimpunan Karisma Nasional 08 yang telah diadakan di Dewan Auditorium Muzium Shah Alam pada 27 disember yang lalu berjalan dengan lancar sekali..




Semua perwakilan dengan gahnya membahaskan isu yang mereka ingin sampaikan, pelbagai idea, cadangan juga luahan perasaan(bak kata pengerusi majlis) telah pun dilontarkan..

( maaf ya tiqa, ana ambil gambar pkn dari blog anti ,huhu)

Ana, sebagai pemerhati daripada k-segamat, memerhati dari dalam dewan, dalam hati ada terlintas ( mungkin satu hari nanti ingin sekali ana menjadi pembahas, membahaskan isu yang berkaitan segamat), ipt bermasalah lah katakan, heheh..mungkin hanya angan-angan atau mungkin boleh jadi kenyataan, siapa tahu?
Semoga visi dan misi kita terlaksana, insyaALLAH..