Tuesday, December 23, 2008

ujian=tarbiyah Allah

Ujian = Tarbiah Allah

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

ARRAHMAN…ARRAHIM…ARRAHMAN..ARRAHIM..


Kehidupan setiap hamba Allah takkan penah lari dari ujian ALLAH, ujian bermakna tarbiyah dari Allah dimana Allah ingin menguji tahap iman seseorang hambaNya, adakah kita lulus ujian tersebut atau tidak?

Beberapa ujian datang dalam hidup dan paling ketara adalah tahun 2008 dimana pada tahun ini, ujian yang datang dalam hidup ana datang tidak putus-putus. Mengimbas kembali beberapa kejadian dan tragedi yang tidak disangka berlaku dalam hidup ini.


Dalam tahun ini saja, ana kehilangan 3 insan penting dalam hidup ana, hilang untuk selama-lamanya.Arwah abdul wafiy, anak sedara ana, kami memang rapat tapi Allah lebih sayangkan arwah, dalam usia 17tahun hidup arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..Waktu mendapat tahu berita menyayat hati tersebut ana hanya diam seribu bahasa, tiada kata..dalam usia muda dan tak disangka umur arwah lebih pendek berbanding ana..Sebelum arwah wafiy meninggal, ana telah pun dikejutkan dengan berita kematian arwah makcik, sariah..arwah sempat mengerjakan haji sebelum pergi dan paling menyedihkan ana tidak sempat pulang melihat wajah arwah untuk kali terakhir.Sudah suratan, ana akur dengan pemergian arwah..


Dalam masa beberapa hari arwah makcik sariah pergi, ana bermimpi dan rasa benar-benar arwah dekat dengan ana, disusuli dengan pemergian arwah wafiy, seingat ana dalam tempoh 2 minggu ana bermimpi arwah wafiy hadir dalam tidur dan terasa arwah benar-benar dekat dengan ana, mungkin juga arwah penah rapat dengan ana ketika hayatnya.


Sebelum berakhir tahun 2008, arwah pakcik basiran meninggal.Dalam tempoh 5 hari arwah pakcik koma kerana terjatuh dan gegaran di kepala mengakibatkan pakcik ana koma hinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Setiap yang hidup pasti akan mati, begitulah juga kita, nyawa hanya pinjaman, hidup hanya sekali..selagi diberi pinjaman hayat, kita sendiri yang perlu mencorakkan hidup supaya dibawa sebagai bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi.

Pertengahan tahun 2008, ana mengalami masalah urat saraf yang lemah pada tangan kanan, akibat salah inject. Sehinggalah sekarang, tangan kanan ana sangat lemah, ujian tersebut ana akur dan kadangkala memang ana tidak dapat lari daripada rasa kesedihan dalam diri akibat tangan yang ana memang guna untuk melakukan kerja-kerja harian , satu nikmat telah ditarik Allah. Redha, redha dan redha..


Dan ketika mana ana sedang bergelut dalam semester 5, tahun akhir, ana menghadapi masalah kesihatan, ana tidak dapat melakukan yang terbaik untuk peperiksaan tersebut, hasilnya ana repet 1 paper, pa[er waktu ana sakit tersebut. Waktu menatapi keputusan peperiksaan itu, air mata bergenang, ujian lagi? Bisikan kecil dalam hati, rasa sedih tapi ana akur dan cuba tabahkan hati dan kuatkan semangat. Ana mengumpul kekuatan memberitahu kedua orang tua( maafkan ana mak..abah..) ini semua ujian dan setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah, Allah takkan izinkan setiap yang terjadi ini berlaku, pasti ada kesudahan yang telah dijanjikan Allah, ana berupa menjaga ana dan terus berprasangka baik pada Allah walaupun pahit sebenarnya segala yang terjadi..Ujian dan tarbiyah ini tidak berakhir dengan ana perlu mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur bermula pada 8/1/2009 disebabkan masalah kesihatan.

Waktu sedih dan sukar dalam hidup bukan kita keseorangan tapi kita ada Allah yang sentiasa disisi, begitulah ana mengubat hati yang penuh lara.Dua orang sahabat yang paling ana rapat, semakin jauh dari ana, ini lagi ujian paling berat yang ana raakan berbanding kesemua ujian hidup yang ana hadapi, insane yang sama-sama rapat dan kenal segala tentang ana, tapi ana sedar Tuhan yang berkuasa, membolak balikkan hati hamba-hambanya, begitulah juga yang terjadi dalam hidup ana..


Ana cuba membisikkan kata-kata semangat untuk diri sendiri..” ana tidak keseorangan, Allah ma’ana”.. begitulah yang ana katakana pada diri tatkala rasa lemah dan bersendirian..

Walaupun hakikatnya hanya Tuhan yang tahu betapa sedih hati ini, tapi ana perlu kuat..

Kuat..kuat..kuat..

Moga Allah terus bersama ana..

1 comment:

Anonymous said...

Wasiat Nabi yang mulia, "Pelik sikap orang yang beriman, apabila ditimpa atasnya satu nikmat dia bersyukur, maka baginya pahala, demikian pula sebaliknya apabila ditimpa azab, maka dia bersabar, maka baginya pahala, dan tiadalah sikap begitu pada orang selain mereka". - zahazanmohamed.blogspot.com
Sabar.Redha.Cinta Allah.