Friday, June 24, 2011

Pencarian dan Muhasabah

Bagaimana igin mendapatkan cinta Ilahi?
Semua itu lahir dari dalam diri kita sendiri, terlalu banyak cara untuk capai tingkatan Iman yang tinggi dan kasih sayang Ilahi. Bila kebergantungan kita pada Allah tinggi, maka sudah tentu dapat mencapai Cinta Ilahi.

Bagaimana ingin dekat dengan ALLAH?
1.Solat awal waktu
2.Baca quran dan maknanya
3.Solat malam
4.berdamping dengan orang soleh
5. Banyakkan puasa dan zikir

Adakah kita seringkali lalai dan leka dengan tipu daya dunia ini?
tepuk dada tanya iman.
Dapat dilihat, bagaimana asyiknya kita bermegah-megah dengan kehebatan diri tetapi kita terlupa dengan nikmat itu datangnya dari Allah S.W.T.
Bertaubatlah.

Perkongsian
Sejak akhir-akhir ini, saya seringkal terigatkan akan kematian.
Sehinggakan saya rasa seperti akan mati keesokan hari. Betapa banyaknya dosa dan nikmat Allah yang saya dustakan..Nauzubillah..


Suasana kerja
Suka saya kaitkan dengan life dan environment kerja. Mungkin ini pengalaman yang berharga, itu adalah nilainya pada saya, bila saya bekerja, saya dapat lihat dan jumpa bagaimana manusia akhir zaman yang dikatakan dalam hadis Nabi.Terlalu dengan penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

Memang benar.

Kelihatan pergaulan dan ikhtilat yang tidak terjaga.
Percakapan yang sia-sia dan membawa kepada keduniaan
Nau'zubillah, kadangkala saya pun termasuk dalam golongan yang sedang asyik dengan bermegah pada fitnah dunia.
Relitinya, kita mendahulukan kerja yang perfect dan complete sehingga waktu solat dilengah-lengahkan.
Itu yang saya alami dan lihat sendiri.
Berada dalam kelompok sedemikian bukan mudah untuk kita sendiri memulakan.
Ya, itu juga satu kekuatan untuk saya memulakan perkara yang sepatutnya menjadi kebiasaan untuk umat islam yakni mendahulukan hak Allah dalam apa juga keadaan.

Muhasabah
Setiap hari saya mengambil masa selama sejam untuk sampai ke office.Perjalanan menaiki bus rapidKL selama setengah jam kemudian berhenti di Pasar Seni dan menukar tren trus ke KLCC.
Apa yang selalu bermain di minda saya?
Suasana dalam Bus RapidKL, setiap pagi saya akan mendengar lagu yang dipasang dalam Bus dan berita artis dalam Asia Media TV.
Dlam hati, alangkah elok lagu-lagu melalaikan itu ditukar dengan zikir dan munajat padaNya.
Sudah tentu ramai yang tertarik dengan Islam, pastinya Islam lebih tersebar.
Ramai akan memeluk islam setelah mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan lagu yang mengingatkan pada Pencipta semua makhluk dalam bus.
Mudah-mudahan satau hari nanti ada pembaharuan.
Siapa tahu saya akan lakukan demikian?

Insya Allah

p/s :saya terjumpa blog rakan sekolah lama yang dahulunya dalam kalangan soleh.
Mungkin dulu, tapi sekarang, blog itu terbina atas dasar cintanya pada kekasih, kekasih hati seorang manusia yang penuh dengan kata-kata cinta yang melalaikan.
Lantas saya menggelengkan kepala.
Nauzubillah, mudah-mudahan setiap kata dalam entry saya membawa kebaikan kepada anda semua yang membacanya. Anda membaca bukan untuk perkara sia-sia tetapi saya dapat menggetarkan hati anda dengan mengingati Allah, insya Allah.

Saya memohon agar Allah ampunkan dosa saya dan anda semua.
Usaha lah untuk perjuangan Islam walau sedikit tetapi penuh ikhlas.
Sia-sia sangat bila setiap detik nafas dan perjalanan hayat kita tanpa perjuangan untuk Islam.

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya... manusia di bumi ini,

Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).


Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

- As Syahid Syed Qutb-



No comments: