Tuesday, December 23, 2008

Sahabat

Sahabat

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani…


Begitu indah langit ciptaan Tuhan, terasa diri ini lebih kerdil dihadapanNya..

Cuti semester sudah menghampiri waktu akhir, “ Setiap yang mula pasti ada akhirnya”. Begitulah aturan kehidupan ciptaan Tuhan, tapi Tuhan itu tetap wujud, bersifat AL-WAJID ya’ni wujud(ada) , Adanya Allah yang mentadbir Alam Semesta ini..


Cuti semester hanya sebulan lebih, tapi dah banyak perkara yang terjadi dalam masa sebulan ini. Apa yang paling ana tidak sangka dan penuh kesyukuran dipanjatkan adalah, sudah lama kiranya ana menunggu saat perhubungan yang makin kendur itu kembali utuh dan akrab. Apa yang ana maksudkan ye?Sebenarnya, ana benar-benar berhasrat untuk menghubungi sahabat tercinta ana, sahabat karib semasa dibangku sekolah menengah.Waktu itu kami memang sangat akrab dan boleh dikatakan satu sekolah mengenali kami, mana tidaknya..dimana ada ana disitulah ada sahabat ana, dorm sama, katil pun sebelah menyebelah, bilik prep yang sama menyatukan hati kami dan saling erat ukhuwah yang terjalin, hanya kelas yang memisahkan..Ana belajar di kelas sains dan dia adalah pelajar akaun..segala kekurangan yang ada pada dirinya ana terima begitulah dia, sahabat sejati barangkali, huhu..Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin dengan izin Allah.


Dan bila masing-masing terpisah mengejar cita-cita, kami jarang berhubung, maklum sajalah dengan kekangan masa dan perbezaan waktu lapang dan sibuk kami, menyulitkan untuk kami berhubung, berjumpa apatah lagi on call. Kadangkala ana cuti dia sedang exam dan sebaliknya.Hampir dua tahun juga kami tidak bersua dan nampaklah hubungan itu makin jarak hari ke hari.Lebih memilukan lagi ada salah faham yang terjadi buatkan ukhwah itu bertambah jauh (bertepuk tanganlah sang syaitan-syaitan LAKNATULLAH waktu itu) saban hari ana panjatkan doa mohon hubungan kami kembali pulih yang kiranya waktu itu bak kata pepatah

“retak menanti belah “

Alhamdulillah, Tuhan mendengar permintaan ana.. dan memakbulkan,Syukur.

Terharu rasanya bila dia sendiri menghubungi ana, Oh Tuhan..betapa besarnya KuasaMu wahai Sang Pencipta..

Harap persahabatan penuh kasihsayang diredhaiMU..

No comments: