Monday, August 25, 2008

Hidayah Allah mengubah hidup.

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Firman Allah:
“ Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak berkuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi ( supaya menerima islam ) tetapi Allah S.W.T sahaja yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kehendakinya..”
( Surah al- Qisas : 56 )

Hidayah Allah itu luas bukan?
Hidayah Allah datang tanpa mengira pangkat atau darjat seseorang hambanya, bilamana Allah mahu bukakan pintu hatinya untuk bertaubat, tanpa disangka orang yang jahil sebelum ini pun boleh berubah menjadi seorang yang alim..

Ana ingin memetik 5 wasiat imam hanafi:

Pesan Imam Hanafi :

1.Hormat,sayang dan anggap kanak2 lebih mulia dari diri kita kerana mereka belum berdosa dan sesungguhnya mereka lebih suci dari kita.

2.Hormat kepada orang yg lebih tua dari kita kerana sesungguhnya mereka lebih dahulu dari kita dalam melakukan ibadah dan beramal.

3.Menyanjungi orang alim dan ulama kerana sesungguhnya ilmu mereka lebih tinggi dari kita,belajarlah dari mereka.

4.Malu kepada orang jahil dan kafir kerana sesungguhnya mereka melakukan kesalahan dan maksiat tanpa mengetahui dosanya,sedangkan kita melakukan kesalahan walhal kita tahu akan azabnya.

5.Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat dari kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah akan berikan hidayah kepadanya dan menarik hidayah kita.


Pesanan imam hanafi yang kelima menekankan bahawa tidak semua orang yang jahil itu akan selamanya jahil, kerana hidayah Allah S.W.T itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Mengenai bab hidayah ini, sebenarnya ana ingin bercerita mengenai seorang sahabat tercinta ana, kami adalah kawan rapat sejak kecil lagi.Kisah ini hendak ana jadikan pedoman kepada pembaca dan seterusnya pada diri ana sendiri.Sekadar berkongsi kisah benar ini supaya dapat dijadikan iktibar.

Pada cuti pertengahan semester yang lepas, ana memang berniat nak berjumpa dengan rakan-rakan ana, rakan-rakan yang ana maksudkan ini adalah sahabat-sahabat ana sejak dibangku sekolah rendah lagi. Al-maklumlah , ada segelintir rakan ana yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tak tahu bila masa lagi ana dapat bersua dengan mereka, mungkin 5 tahun akan datang, atau 10 tahun lagi ..siapa tahu..


Ana nak berkongsi kisah seorang sahabat ana yang menuntut di Universiti Malaya , jurusan Sarjana Muda Sains Sosial. Satu perubahan yang mengejutkan ana pada dirinya.. Sahabat ana telah berubah kepada seorang muslimah yang telah terbentuk fikrah islam dalam dirinya. Hal ini mengejutkan ana kerana sahabat yang ana kenali dulu bukanlah begini. Syukur Alhamdulillah begitu cantik kehidupan ini disusun olehMu, Tuhan. Tutur katanya mengenai islam pun membuatkan hati ana terharu, Besarnya kuasa Allah itu..
Banyak perkara yang kami bualkan. Bayangkan, hanya beberapa bulan ana tak berjumpa dengannya, dengan sekelip mata satu perubahan besar bagi ana telah berlaku. Jika dulu, hidupnya dipenuhi dengan hiburan dan gelak ketawa tanpa memikirkan soal akhirat tapi kini semua itu telah ditinggalkan.. Alhamdulillah, dia bertemu dengan teman yang baik dan membawanya kepada kembali mengingati Tuhan Rabbul Izzati.

Die: aku masuk Pmi kat sana
Ana: serius?
Die: nak tengok tak ,siap dapat kad lagi.
Ana: ( tergamam sebentar..) em , boleh jugak.
Die: kat sana aku join usrah.aku ade kenal sorang akak ni. Die la yang bawa aku usrah.ni gambar die…( sahabat ana menunjukkan gambar akak tu pada ana yang telah tersimpan dalam hp die…wajah yang bersih dan bertudung labuh)
Tapi, akak ni cakap kat aku, die tak join pmi, sebab bahaya.. takut kalu ade yang tau susah nak dapat kolej.sebelum ni dah ada kes. Sebab tu aku taknak la kecoh-kecoh sangat aku masuk pmi.

Antara bualan kami. Alhamdulillah, syukur sahabat ana telah dibukan pintu hatinya untuk bergerak dalam dakwah.Sebenarnya, ana rasa terharu hingga ingin menitikkan air mata.

Die: Aku rasa malu dengan diri aku yang dulu.jahil sangat..masa mula-mula aku join usrah, ceritakan diri aku yang dulu. Waktu tu aku rasa malu sangat nak berkongsi cerita..yela aku yang dulu camane.

Jelaslah dari kata-kata yang dikeluarkan itu satu keinsafan.

Die: kalu kita tengok, orang yang faham agama dan bergerak dalam dakwah ni takkan tenteram hidupnya. Dah jelaskan, yela bila nak tegakkan perkara yang benar tu, terlalu banyak ujian yang datang. Macam kita nampak kat negara kita ni, tengoklah pimpinan orang agama , ade je benda yang dorang buat kene hentam je.

Baguslah, semakin matang pemikiran sahabat ana tentang islam dan perjuangan islam. Apa yang ana harapkan , untuk sahabat-sahabat ana yang lain juga dirinya dan diri ana sendiri supaya tetap terus istiqamah atas jalannya..


Firman ALLAH S.W.T”

“ Allah pelindung orang-orang yang beriman;Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan oran-orang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.”
( Surah Al-Baqarah:257)



TAKBIR, ALLAHUAKHBAR!!!

No comments: