Monday, August 25, 2008

PEMIMPIN....

PEMIMPIN....

Assalamualaikum........

Pemimpin atau penguasa dalam sesebuah negara adalah suatu keperluan kerana ketenteraman,
ketenangan, kebahagiaan dan pembangunan tidak akan wujud tanpa keadilan, dan keadilan pula
memerlukan seorang pemimpin untuk menegakkannya.

Masyarakat memerlukan perlindungan untuk hidup aman dan tenteram dan pemimpin adalah
perlindung itu seperti sabda Rasulullah yang bermaksud "sesungguhnya seorang imam/hakim adalah
adalah perisai (bagi masyarakat). Dibelakangnya dia berjuang,dan di dalamnya dia berlindung." (HR
Bukhari dan Muslim).

Demi pentingya peranan pemimpin itu maka Islam telah menggariskan beberapa ciri penting untuk
menjadi dan melantik pemimpin. Sekiranya ciri ciri dapat dipenuhi inshaalah akan tertegaklah sebuah
negara yang aman, tenteram ,bahagia,maju dan selamat dunia akhirat.

1. Pemimpin itu mestilah seorang Islam sebenar. Percaya dengan yakin rukun iman dan menunaikan
rukun Islam. Maksud ayat Al Quran, surah An Nisa ayat 59: "Hendaklah penguasa itu orang Islam."
Orang kafir tidak boleh menjadi pemimpin orang Islam kerana bertujuan menutup segala
kemungkinan mereka untuk menghapuskan Islam.

Maksud ayat An Nisa ayat 141; " Allah sekali kali tidak akan memberi jalan kepada orang orang
kafir untuk memusnahkan orang orang beriman." Jadi kita tidak boleh melantik orang selain dari
Islam untuk memimpin kita. Orang fasik juga tidak boleh menjadi pemimpin, kerana mereka
tergolong di dalam orang yang melanggar hukum Allah.

2. Pemimpin itu haruslah seorang lelaki, bukan wanita. Rasulullah bersabda yang maksudnya " Tidak
akan beruntung suatu kaum yang diperintah oleh peguasa perempuan." (HR Bukhari, Ahmad Nasai
dan Muslim).

3. Pemimpin itu mestilah seorang dewasa bukan kanak kanak di bawah umur. Sabda Rasulullah
yang bermaksud " Takutlah kamu kepada Allah daripada mengangkat kanak kanak sebagai hakim
atasmu."

4. Pemimpin itu mestilah berakal sihat tidak gila atau kurang normal.

5. Pemimpin itu mestilah seorang yang adil.kerana mereka akan mengadili dan menyaksikan
perlaksanaan hukum Allah dan kesaksian ini harus datang dari orang yang adil.

Maksud ayat Ath Thalaq ayat 2; " Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara
kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah." Dan pemimpin/penguasa juga
mestilah seorang yang dipercayai untuk memberi kesaksian. Dan mestilah berakhlak luhur.

Sabda Rasulullah yang bermaksud " Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak." (HR Bukhari
dan Baihaqi).Dan Rasulullah itu pemimpin terbaik.

6. Penguasa/pemimpin itu mestilah bebas, bukan hamba kepada mana mana pihak. Selain dari itu
mereka mestilah memilikki kecerdasan pemikiran dan kemahiran dan kemahuan untuk
bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan dan tahu apa yang di lakukan.

Setelah semua ciri ciri di atas dipenuhi maka bolehlah kita melantik/mengundi mereka untuk menjadi
pemimpin kita dan inshaallah akan lahirlah sebuah negeri yang aman, tenteram, maju dan selamat
dunia akhirat. DAn marilah kita berdoa agar Allah melahirkan seorang pemimpin dari kalangan kita
yang benar benar ingin menegakkan hukum hukum Allah.

Kita tidak boleh bersubahat dengan tindak tanduk pemimpin kita mengengkari hukum Allah. Tidak
perlu saya senaraikan pengengkaran itu kerana saban hari kita mendengar atau melihatnya. Bahkan
mereka seperti mempermain mainkan ayat ayat Allah.

Allah tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Ubahlah dengan
jihad pemikiran dan politik , dan jihad itu memerlukan pengorbanan harta benda dan nyawa.

"dan belanjakanlah hartamu di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam
kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang berbuat
baik." (Al Bakarah : 195).

(Sebaik baik pemerintah kamu ialah mereka yang kamu kasihkan mereka dan mereka kasihkan
kamu; kamu berdoa bagi mereka dan mereka berdoa bagi kamu. Dan sejahat jahat pemerintah
kamu ialah mereka yang kamu benci kepada mereka dan mereka juga benci kepada kamu, kamu
melaknati mereka dan mereka melaknati kamu.

Kami bertanya; "Ya Rasulullah; Tidakkah mesti kami bangkit menentang mereka?" ujar Baginda "
Jangan! Selagi mereka mendirikan sembahyang bersama sama kamu,selagi mereka bersembahyang
bersama kamu.)

Maksud ayat AlQuran ( al Maidah) (Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang orang yang kafir)

Semoga dengan ini kita boleh membuat pertimbangan yang lebih baik dalam pemilihan pemimpin
kita demi keselamatan dunia dan akhirat. Dan semoga dengan ini terbinalah sebuah daulah Islamiah
yang akan mendaulatkan kembali ISLAM di dunia ini.

Ya Allah ya Tuhanku, tunaikanlah doa kami ini.

Aaminn.

No comments: