Wednesday, October 12, 2011

Terlupakah kita untuk Bersyukur?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Syukur itu subjektif.
Allah beri kita banyak nikmat secara tak kita sedari dan masih ramai yang terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Khaliq. Sedarlah bahawa nikmat kesihatan, mempunyai keluarga yang bahagia, pemikiran yang waras, penglihatan yang jelas, pendengaran yang elok, anggota tubuh yang sempurna dan banyak lagi kurniaan yang tidak terkira diberi oleh Allah kepada HambaNya, tetapi adakah kita selaku hamba yang hina ini selalu bersyukur dan berkata kepada Allah " ALHAMDULILLAH"....

Terdapat dua cara untuk bersyukur. Pertama adalah kepada Allah dan kedua terhadap kurniaan Allah adanya Ibubapa, keluarga, sahabat2,jiran tetangga, bos, pekerja serta masyarakat sekeliling.

Cuba kita lihat di cermin. Bezakan dengan kucing disebelah dengan diri kita. Siapakah yang paling cantik dan sempurna penciptaan nya? Sudah tentu kita selaku manusia adalah penciptaan yang terbaik dan tercantik berbandaing kucing yang kita bezakan tadi. Lihat. hanya dengan membezakan bersama kucing, telah kita nampak sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian. Kucing binatang yang comel, tetapi jika dibandingkan dengan kita sebagai manusia sudah tentu jauh berbeza, raut wajah kita tidak dipenuhi bulu sepertimana kucing.

Sangat banyak anugerah yang dikurnikan kepada kita,dan Allah itu sangatlah Pemurah kepada hambanya. Kita ada mata, telinga, gigi, jari jemari. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Bayangkan lah dengan orang yang buta, setiap hari dunia mereka gelap, tidak dapat melihat sepertimana Allah kurniakan kepada kita. Dengan sebanyak mana kurniaan yang Dia berikan kepada kita, Adakah kita bersyukur? Cukupkah sehari dalam kehidupan kita berfikir tentang keagungan Allah? Selalu bukan kita mengeluh dan merungut? Selalu kita berfikir cara penerimaan manusia terhadap kita? Sangat menitik beratkan persepsi masyarakat kepada diri kita? tetapi adakah kita sentiasa terfikir bagaimanakah penerimaan amalan Aku di sisi Allah?

Bagaimana nak bersyuku kepada Allah?

Banyakkan amalan kebaikan dan niatkan kepada Allah. Ia adalah salah satu cara kita bersyukur selain mengucapkan Alahmdulillah. Apabla kita teringatkan tentang kurniaan yang tidak terdaya untuk kita hitung, maka segeralah dalam melakukan kebaikan. Perkara yang paling mudah untuk diberikan contoh adalah SOLAT.Dengan tidak melengah-lengahkan solat dan merasakan Allah sentiasa menanti ketibaan kita untuk ber"dating" bersamaNya, maka segerakan dalam bab SOLAT.

Ingat kah kita pada Nabi Muhammad SAW yang mana Baginda solat sehingga bengakak kaki, menangis Baginda sungguh2 dihadapan Allah kerana takutkan DOSA yang pernah dilakukan padahal Nabi itu MAKSUM. maka bertanya Saidatina Aishah, Wahai Rasulullah , mengapa Engkau menangis hingga bengkak kaki padahal Engkau telah dijamin Syurga?
Maka jawab Baginda,"Salahkan untuk aku menjadi hamba yang Bersyukur?"..

Oleh itu sentiasalah kita menjaga nikmat dengan sebaik mungkin, bersyukur dengan anugerah yang dihadiahkan Allah, lebih lebih lagi Nikmta Islam dan Iman.

Bagaimana ingin bersyukur dengan kurniaan Allah adanya Ibubapa, keluarga, sahabat2,jiran tetangga, bos, pekerja serta masyarakat sekeliling?

Surah Al-Baqarah: 152 - "Maka,ingatlah kepadaKu,Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.."

buatlah kebaikan dengan niat kepada Allah,nikmat masayarakat sekeliling yang baik2, keluarga yang penyayang itu digunakan sebaiknya. Kita zahirkan perbuatan kebaikan dan mengajak bersama sahabat dan orang-orang terdekat kita supaya bersyukur dianugerahkan nikmat yang tak ternilai tanpa bayaran.


Kesimpulan

ingatlah bahawasanya kita adalah manusia biasa yang banyak kekurangan, yang sangat hina, betapa hina nya kita yang datang dari tanah, tanah tempat kaki memijak, lihat,hina bukan? kita tercipta dari air mani yang hina, semua antara kita adalah sama, tiada beza cuma membezakan kita tahapan iman kita tapi hanya yang layak menilai tingkatan iman kita adalah pencipta kita yakni Allah, maka bersyukurlah wahai saudara seakidahku, bersyukurlah dan taatilah perintah Allah, Sangat banyak nikmat Allah kurniaan tanpa harap pembalasan dari kita.

~ Wallahua'lam~

1 comment:

::Damia:: said...

alhamdulillah tsumma alhamdulillah..

moga kita sentiasa jd hamba yg bersyukur..^_^


p/s: miss u a lot dear!