Wednesday, July 27, 2011

Perkongsian Talk Show oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Azman Shafawi

Perkongsian Talk Show oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Azman Shafawi

Tajuk : Ramadhan dan Hikmahnya

Masa : 1.00-2.00 petang

Tempat: 2T (Surau Muhsinin)

Tarikh : 26.07.2011 (Selasa)

Rumusan Talk Show :

  1. Peristiwa Peralihan Kiblat Solat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram :
  • 2 bulan pertama yang memberikan ganjaran pahala berlipat ganda dan berupa bulan yang mendidik Hambanya untuk bersedia menghadapi Ramadhan(Rejab,Syaa’ban)
  • Rejab – bulan terjadinya peristiwa Israk Mikraj dimana perintah ibadah Solat - Solat 5 waktu tetapi pahala seperti mendirikan 50 waktu. Bermula perintah Allah 50 waktu solat kepada umat Nabi Muhammad, tetapi Nabi negotiate dengan Allah minta dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu, ia berupa nikmat yang tidak disedari oleh Umat Akhir Zaman. Kenapa? Sebab Allah sudahlah meringankan kepada 5 waktu malah pahala pula seperti dikerjakan 50 waktu.
  • Syaa’ban

– merupakan bulan terjadinya peristiwa peralihan arah kiblat dimana sebelum ini Rasulullah telah mendirikan solat mengadap masjid Aqsa tetapi bilamana perintah Allah turun, serta merta Nabi menukar arah Kiblat terus ke Masjidil Haram, diceritakan waktu itu Nabi sedang mendirikan Solat, maka turun ayat tersebut Nabi tidak teragak untuk menunngu waktu solat yang lain atau menangguhkan lagi sebaliknya dalam solat berkenaan terus menukar arah kiblat sepertimana yang diperintahkan –Rujuk Surah Al Baqarah: 143

Pengajaran :

1. Perintah Allah perlu disegerakan – walaupun ada je masa untuk Nabi lakukan untuk waktu solat seterusnya sebab waktu tu Nabi sedang solat bersama Jemaah tetapi Nabi segerakan perintah Allah tanpa tangguh2.

2. Bergerak dalam Solat dibolehkan tetapi mengikut yang telah disyariatkan – contoh : HP berbunyi waktu solat boleh dimatikan, merapatkan saff yang renggang dsbnya.

Kenapa kita perlu segerakan ibadah?

  • Dalam Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Umur umatku adalah diantara 60 hingga 70 tahun.Maka, hendaklah segerakan taubat dan kebaikan kerana pinjaman umur yang diberikan kepada Umat Muhammad sangat lah pendek. Nak ke kita mati dalam keadaan belum lagi bertaubat ?
  • Banyak Nikmat yang dikurniakan kepada Umat Muhammad antaranya Malam Lailatul Qadar, ganjaran pahala yang lebih baik dari seribu bulan, oleh itu berlumba lumbalah untuk memperoleh ganjarannya dan berusaha untuk menemui Malam tersebut.
  • Syarat nak buat kebaikan dan nak dapatkan pahala – Rujuk Surah Al Baqarah: 183 – dimana Allah berkata supaya kamu benar2 bertaqwa – buat kebaikan dan capailah tingkat Taqwa yang diceritakan dalam ayat ini- berpuasalah sepertimana umat sebelum kamu supaya kamu benar-benar bertaqwa.
  • Sifat orang bertaqwa- “Sami’na wa ataqna – KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT- sepertimana disifatkan orang soleh dan para sahabat dahulu tidak banyak bertanya, bila Nabi sebutkan perintah datang dari Allah, maka mereka terus laksanakan dan taat.

  1. Adakah Ramadhan bulan ibadah semata-mata atau satu jalan Jihad?
  • Jihad- maksudnya - perjuangan menegakkan agama ISLAM
  • Bila ditanya kepada orang alim apakah erti Jihad – mereka akan menjawab perjuangan mereka menegakkan kalimah Allah
  • Kisah perang di Bulan Ramadhan- Badar (berlaku pada Tahun Ke 2 Hijrah)- dimana tentera Islam hanya 313 tetapi orang kafir 1000 orang – Islam menang walau jumlah yang sedikit padahal kelengkapan senjata kurang –tiada pengalaman kerana ini adalah peperangan pertama –ada yang menggunakan pelepah untuk mengharungi kafir Quraish
  • Pada mulanya, Nabi tahu tentera Islam gusar dan takut dengan jumlah yang sedikit, maka Nabi bertanya : Adakah kalian mahu teruskan dalam peperangan atau berundur ? Tentera Islam : Tidak, kami akan teruskan, kami tidak mahu menjadi seperti Bani Israil, kami akan bersamamu kerana ingin menegakkan agama Islam
  • Kisah Fathul Mekah (Pembukaan Kota Mekah)- berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah – Nabi berangkat ke Mekah bersama 10 ribu tentera- terjadinya kerana orang kafir melanggar perjanjian Hudaibiah – maka Rasulullah bersama tenteranya masuk ke Kota Mekah, bertawaf-menghancurkan berhala-berhala disekeliling kaa’bah- akibatnya bermulalah titik tolak Islam tersebar- ramai memeluk Islam dan manusia masuk Islam secara berbondong bondong – Rujuk Surah An Nasr : 1-3

Pengajaran :

Bulan Ramadhan bukan sahaja satu bulan yang terkandung 1001 hikmah dan pahala yang digandakan malahan ia menjadi satu jalan Jihad sebagaimana terjadinya Perang Badar,tentera Islam berjihad melawan nafsu yakni berpuasa sekaligus berjihad dari segi fizikal melawan musuh Islam, ternyata kemenangan berpihak kepada Islam kerana berkat kesabaran dan keazaman dalam jiwa tentera Islam. Pertolongan Allah itu akan datang di pihak yang benar maka hendaklah kita sentiasa yakin dan sabar akan ketetapan Allah, sebagaimana kisah Pembukaan Mekah, manusia berduyung-duyung memeluk Islam, ternyata Allah menolong hambaNya yang penuh rasa Sabar sepertimana Baginda bersabar untuk kembali ke Mekah setelah sekian lama meninggalkan.Niat yang baik diselangi dengan perbuatan yang baik memberi natijah yang positif serta hasil yang lumayan buat hambaNya yang bertaqwa.

3. Bulan Ramadhan adalah Syahrul Maghfirah:

· Disebut bulan keampunan sebagaimana sabda Nabi : “Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan mengharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR. Bukhari).

· 10 malam pertama – dilimpahkan Rahmat Ilahi, apa itu Rahmat? –kurniaan Allah kepada Hambanya, contoh : anak yang soleh, suami penyayang, kesihatan yang baik, kepandaian dalam belajar, dll

· 10 malam pertengahan – mendapat keampunan dari Allah, Allah offer sesiapa yang bertaubat dengan sungguh2, maka Allah terima, kerna pintu Taubat terbuka luas buat hambaNya yang menyesali kesalahan dan memohon keampunan

· 10 malam terakhir – terlepas dari azab Api Neraka

· 3 golongan yang tidak disentuh oleh Api Neraka :

1. Hamba yang mata nya sentiasa menangis – kerana menyesali dosa-dosa yang telah lalu

2. Hamba yang matanya bengkak kerana urusan Jihad – buat kerja-kerja Islam contohnya berjaga malam kerana urusan dakwah, aktif dalam gerakan islam

3. Hamba yang berjaga pada 10 malam terakhir – untuk bertemu Allah- qiamulail

No comments: