Tuesday, November 23, 2010

Hati yang kosong

...
sudah 3 minggu bercuti di rumah..
rasa lame dan kosong..
cuti yang membosankan, tiada aktiviti menarik yang dilakukan..
miggu depan saya akan bermula praktikal di AGROBANK sungai besar.
1/12/2010 hinggi 31 mei 2011.

.... message received....
dear all, mukhayyam akan diadakan pada 11 dan 12hb disember..
please reply for ur attendance..

........................................................

saya hanya membaca message yang masuk, reply pon tidak..
hurmm, rasa hati memang nak pergi, tapi memikirkan bagaimana nak ke tempat mukhayyam tu.. public transport yang bermasalah di tempat tinggal saya, bukanlah jauh sri iskandar dan sungai besar tapi disebabkan masalah public transport, hampir separuh hari baru boleh sampai walhal kalu drive sendri 1 jam 30 minit pon dah boleh sampai.
kalaulah..saya mempunyai rakan yang boleh sama2 bergerak pergi program, daurah kan best..

sri iskandar..
sudah masuk hampir 2 tahun saya menyambung pengajian di sini, tapi ternyata hati saya sangat susah untuk menerima keadaan di sini.
usrahmate yang baru kenal, berada dalam keluarga ikram perak tengah, kadangkala saya rasa terasing.. kenapa? adakah saya sendiri yang menjauhkan diri dan taknak membuka pintu hati untuk menerima mereka sebagai keluarga seakidah? sejemaah?

hurmm, soalan yang tiada jawapan..
saya rindukan mak usrah saya, kak dzilal, kak faiz, ummi..
usrahmate, hannan dan may (akan melansungkan perkahwinan 18/12/2010)


............................................................

saya baru habis membaca buah tangan ustaz hasrizal, murabbi cinta dan novel cinta taj mahal..
kedua2 buku yang menarik.
ada satu kata2 dari novel taj mahal cinta yang menarik perhatian saya,
"bertafakur itu adalah lebih baik daripada banyak solat sunat yang tidak khusyu'"
saya menilai diri saya, memang susah untuk solat khusyu', bila sudah berada di rumah, lebih susah untuk istiqamah..
yelah, saya terlalu selesa dan senang dengan keadaan rumah, dapat makan, tidur, dengan begitu nikmat dan kadangkala juga saya berfikir.
Bagaimanakah nasib saudara seislam kita yang ditimpa banjir, ditempatkan di dewan beramai2, makan, tidur beramai2. berhimpit , bersesak?
Padahal saya? sungguh selesa bertilam dan bantal yang empuk..

astaghfirullahala'zim, kadangkala saya lupa dengan nikmat kesihatan dan kelapangan yang Allah kurniakan..hari2 yang berlalu juga kadangkala saya biarkan ia pergi tanpa sebarang sumbangan untuk islam..

Ya Allah, bersalahnya saya..
bersalahnya saya pada islam..

p/s: doakan saya terus tsabat



5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah, kepada sesiapa yang berjiran dengan masjid. Terutama masjid yang aktif dengan majlis ilmu.

Kalau dulu, Kuala Lumpur merupakan suatu tempat yang mengerikan bagi penduduk desa, sekarang tidak lagi. Malah di kawasan-kawasan tertentu, banyak sahaja majlis-majlis ilmu diadakan.

Di tempat tinggal saya sekarang, surau penuh dengan majlis ilmu... Atau dengan bahasa lain, majlis fikir (tafakkur) dan majlis menilai diri sendiri. Jika datang dengan ikhlas, insya Allah.. hati yang kosong akan terisi.

Malah, kata seorang Maulana... orang yang datang ke majlis ilmu ini walau dengan niat yang salah pun, lama-kelamaan hatinya akan lembut dan dapat menerima kebenaran. Contohnya, yang datang ingin mencari silap ustaz dan lain-lainnya.

Dan menyertai majlis ilmu lebih besar fahilat (keutamaannya) berbanding solat sunat pada waktu yang sama.

Bashir IbnDzul said...

salaam,

kadangkala tak boleh mengharapkan orang lain.

kita lah yang kena pro aktif!

p/s - sekadar beri cadangan. mungkin ade kekangan peribadi, maaflah.

Siti Husna Samsudin said...

irhafiz :shukran dia atas lontaran buah fikiaran yang sangat diperlukan.
moge kite trus menerus dalam jagaan Allah yang Maha Esa

kahfi8 : shukran, saya sentiasa menerima teguran dan nasihat, memang benar, kita perlu pro aktif.
cuma kadangkala, kekangan yang menghalang, Allah lebih Tahu.
doakan saya terus tsabat ya !

EyeKnown said...

Assalam akak...kalu ade pape majlis ilmu..ajak la kita...kalu diizinkan dapat g,kita boleh g sama..InsyaAllah transport dah ade ni...

EyeKnown said...

Assalam kak..cuti-cuti ni bosan gak dok umah..rasa rindu nak ada kat kampus..masa tak terbuang sangat..ada je pengisisan..kalu ada majlis pape n kalu diizinkan..boleh la kita g sama..transport InsyaAllah ade dah ni..