Sunday, June 26, 2011

Corak Kehidupan


Kanak-kanak ibarat kain putih. Sebagai ibubapa adalah tanggungjawab mendidik dan mengasuh bagi mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'
Usia kecillah, perlu diberi didikan secukupnya, paling penting adalah pendidikan agama yang diterapkan dalam jiwa anak-anak.

Memberi cukup pakai dan makan itu juga adalah keperluan utama, tetapi paling penting adalah agama yang diterapkan sejak usia setahun jaguh lagi.

Ramai masyarakat hari ini menyalahkan ibubapa apabila pelbagai gejala tidak sihat menjadi-jadi.
Anak yang tidak dipantau, kurang kasih sayang ibubapa, ibubapa terlalu asik dengan kerja.
Macam-macam alasan yang diberikan.
Bagi pihak ibubapa pula menyalahkan guru-guru yang lepas tangan. Tidak menjalankan tugas sebagai pendidik, tidak mengajar anak-anak mereka budi pekerti yang baik.
Masing-masing menuding jari.

Salah siapa
Suka saya nyatakan, IBUBAPA adalah peranan utama dalam soal pendidikan anak-anak dan corak kehidupan anak-anak.
Saya teringat kata-kata Prof Muhaya, anak-anak seawal usia 7tahun kebawah, waktu itu anak-anak berada dalam minda separa sedar.
Bila 7tahun keatas,minda sedar terbentuk, anak-anak semakin faham dan kenal persekitaran.
Usia ini amat penting kerana anak-anak akan tercorak mengikut persekitaran nya.

Contohnya, anak-anak akan memerhatikan sikap kedua orang tuanya. Bagaimana interaksi ibubapa dan pendekatan diruBoldmah, itulah yang mencorakkan kehidupan anak-anak.

Bila semakin membesar, sikap anak-anak akan terbentuk melalui pendidikan dirumah yang diajar oleh ibubapanya.
Tetapi, sikap ini boleh berubah mengikut diri anak-anak apabila anak-anak sudah semakin bijak membuat keputusan dalam mengubah diri. Baik atau buruk menjadi begini dan begitu.

Sebab itu, kita dapat lihat dalam keluarga, kepelbagaian sikap dan identiti walau ada yang jauh sekali sama dengan sikap ibubapa atau ada yang seakan-akan sama.

Keinginan
Nafsu selalu memakan diri. Mana tidaknya, jika terlalu ikutkan soal nafsu dan keinginan, segala bentuk perbuatan akan memakan diri.

Nafsu jugak boleh jadi mencorakkan kehidupan kita.
Contoh, bermegah-megah dengan kenikmatan dunia hingga melalaikan, tanpa memikirkan soal kehidupan akhirat.

Kaitkan dengan realiti hidup.
Sebab itu, semakin banyak budaya sosial berlaku. Kerana terlalu ikutkan soal nafsu.
Budaya lepak, merokok, minum arak, judi, lesbian, gay , peras ugut, kecurian dan sebagainya.
Itu berpunca dari NAFSU.

Keperluan
Hiduplah dengan hanya mengikut keperluan.
Kembali kepada erti hidup yang sebenar.
Kenapa manusia diciptakan?
Apakah makna kehidupan pada manusia?


"Firman Allah :Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Manusia diciptakan untuk beribadah. Bukan makna beribadah itu hanya solat sepanjang masa dan berada dalam masjid sepanjang hari.
Itu salah tafsiran.
Ibadah itu termasuk segala bentuk perbuatan kita yang diiringi dengan niat ibadah, perbuatan itu menjadi perkara yang bukan sia-sia.
Makan, minum, tidur, bekerja, berjalan, dan apa saja perbuatan yang dilakukan dengan niat mencari redha Allah, adalah satu ibadah.

Bayangkan, jika jangka hayat kita hanyalah 50 tahun. Dalam usia itu, berapa banyak kali kita niatkan untuk ibadah dan dalam niat ibadah itu, berapa saja kita betul2 ikhlas? Hanya berapa banyak yang diterima Allah?
Jadi, sangat rugi bukan jika apa saja kita lakukan itu tidak disertai dengan niat ibadah.
Sangat merugikan.

Corak kehidupan sebenar
Kembalilah kepada Sang Khaliq, Pencipta Mutlak.
Coraklah kehidupan dengan pembudayaan nilai islam dalam kehidupan.
Terapkan akhlak dan pekerti islam dalam diri.
Didik anak-anak dari kecil dengan mengenal siapa Allah.

Jika anda semua sedar, pendidikan agama disekolah banyak menekankan ilmu fardhu ain.
Tetapi anak-anak tidak benar-benar kenal siapa itu Allah.
Itu yang saya perhatikan.

Oleh itu, perkenalkan Allah pada anak-anak kita.
Siapa Allah dan kenapa manusia perlu taat kepada Allah.

2 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Assalamualaikum Husna.

Satu entri yang menarik. Tidak ramai anak muda yang berminat mengupas persoalan begini. Teruskan.

Siti Husna Samsudin said...

tq encik, mudah-mudahan kupasan saya memberi manfaat sesiapa yang membacanya