Tuesday, September 9, 2008

pahala 'lambak' ?

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

9 ramadhan..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat ana bertemu ramadhan kali ini yang sudah 9 hari lalui..
Sepanjang ramadhan ini, ana cuba untuk mengambil manfaat yang telah Allah janjikan..
Beberapa hari lepas , kuliah subuh daripada Ustaz Kamaruddin dimana ustaz menekankan soal kelebihan ramadhan yang Allah lambakkan. Perkataan 'lambak' ustaz tu buat ana tersentak seketika. Kalau dilihat sekarang ini, bila ada je pasar lambak, borong lambak atau ape2 berkaitan jualan lambak pasti ramai yang berebut-rebut untuk pergi borong. Murahla katakan. Tapi, dengan ramadhan yang tiba ini, ade juga umat islam ( betul2 islam atau sekadar nama? ) buat2 tak tau dan sekadar berpuasa tapi tak ambil lambak pahala yang telah Tuhan janjikan itu.

Apa yang ana tulis ini, sebenarnya ingin ana lahirkan luahan rasa dihati, rasa 1 bebanan pula.
Bagaimanakah caranya untuk ana menegur orang yang ana kenal untuk solat dan mengajak turut serta dalam perkara kebaikan?
Mungkin ada yang akan merasa betapa mudah tugasan ini tetapi kenapa difikirkan terlalu berat untuk ana?
Hati ini hanya Tuhan Yang Maha Esa saja yang tahu. bilaman kita melihat perkara yang kita tidak suka kadangkala ada rasa sakit hati dan boleh menaikkan kemarahan. Begitulah yang ana tanggung. Buat beberapa hari ini, ana tidak dapat menahan marah ana, dan rasa asyik hendak marah sahaja. Tapi, ana cuba mengawal supaya tidak lebih teruk. Itu bukan lagi hasutan syaitan tapi nafsu marah yang datang..bulan ramadhan ini sudah dibelenggu segala syaitan dan jin bukan?

Alhamdulillah , ana dah ok skit. Macamla ana tak tau yang mana sahabat ana itu tidak solat.Solat itu seperti minum air, ibarat melepaskan batuk ditangga.. solat itu sepertimana perkara remeh dan tidak dititk beratkan dalam kehidupan.Ada saja alasan bila diajak buat kebaikan. Tapi tidak pernah pula ana menempelak dia.Nak menarik orang macam itu perlu ada cara.
Penat ana berfikir dan cari jalan dan ini telah masuk tahun tiga dan ana sudah pun semestar 5 tapi masih tak dapat nak tarik lagi..

Ya Allah, Tuhanku kau lah yang membolakbalikkan hati hamba Mu, Ku pohon agar kau tetapkanlah imanku dan Kau lembutkanlah hati temanku itu agar ada kesedaran tentang islam dalam diriny , Tuhan..

Doa ana supaya Tuhan berikan temanku itu hidayah,amin..

1 comment:

Anonymous said...

Sekadar Pendapat

Pada 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, (Isnin) Nabi telah dilahirkan sebagai Pesuruh Allah yang terakhir dan Khatimul Ambiya'. Rasulullah dilantik menjadi rasul untuk menyebarkan Tauhid kepada Tuhan yang satu. Terdapat tentangan yang sebegitu hebat dari pihak kafir Quraisy, termasuk bapa saudara nabi. Walau bagaimanapun salah seorang bapa saudara nabi yang tidak memeluk Islam, dia tetap tidak menghalang penyebaran Islam oleh nabi. Dia adalah Abu Talib. Dia telah meninggal tanpa mengucap dua kalimah syahadah, dan hal ini amat menyedihkan nabi. Begitulah, Rasulullah hanya menyampaikan, tetapi Allah sahaja yang mampu memberi hidayah. Tetapi itu tidak bermakna kita terus meninggalkan rakan-rakan kita dalam kesesatan dengan alasan hidayah itu milik Allah. Kita masih perlu memberi bimbingan kepada mereka, tetapi soal hidayah bukanlah urusan kita. Allah ta’ala akan memberi hidayah pada siapa yang mengharapkan hidayah tersebut, yang mempunyai sikap untuk berubah. Bagaimana untuk mengajak mereka lebih dekat dengan Islam... Bagaimana untuk mengajak mereka kepada solat.. Hal ini agak susah.. Tetapi jangan disebabkan seorang rakan ini, menghalang kita dari mengajak rakan-rakan kita yang berminat dengan Islam dan keindahannya. Corak dakwah juga agak subjektif, mengenal pasti sasaran dan mencari jalan yang terbaik untuk digunakan bagi misi dakwah ini. Jika dia perlu ditegur secara kiasan, boleh kias secara berhikmah. Jika dia boleh menerima teguran secara terus, lakukan tanpa menjatuhkan air mukanya didepan orang ramai. Anda lebih arif terhadap sikap rakan anda.