Saturday, September 20, 2008

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

20 ramadhan..

Ramadhan sedang menjejaki 10 malam yang terakhir..Malam dimana dijauhkan daripada azab seksa api neraka.Malam-malam yang terakhir inilah lebih banyak dugaan yang datang..dengan masing-masing sibuk memikirkan soal kuih raya, baju raya yang masih belum cukup 2 pasang, langsir yang perlu ditukar dan sebagainya..Sewajarnya, sisa 10 malam yang terakhir ini diserikan dengan amal ibadah yang tidak putus-putus, qiamulail yang berterusan hinggalah dapat berjumpa dengan keindahan malam lailatul qadar..bertuah sungguh bila diri ini dipertemukan dengan malam tersebut, Insyaallah

Begitu mendalam ana berfikir soal diri dan pembinaan diri ana dalam membentuk mujahidah yang benar-benar tabah dan sabar untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Bilamana kita meletakkan diri kita untuk berjuang demi islam, pelbagai cabaran dan onak duri perlu dilalui.

Apa yang sedang ana fikirkan sekarang?

terlalu bayak masalah yang timbul hinggakan ana tidak putus-putus mencari jalan penyelesaian.
Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah...
Ana perlukan kekuatan untuk menangani masalah yang berbondong-bondong datang.

pertama..

masalah kawan yang ana hadapi sekarang ini. Mungkin perkara ini menjadi lumrah dalam kehidupan kampus bagi mahasiswa bukan? begitulah yang ana fikirkan dan ana juga tidak lari daripada menjadi salah seorang yang perlu menghadapi situasi penuh cabaran ini. Bukan semua orang boleh terima cara kita walaupun kita beranggapan yang kita telah lakukan yang sehabis baik bagi orang disekeliling kita. Hanya diri sendiri yang merasa betapa peritnya dugaan yang Tuhan berikan ini..Memang sakit.Mungkin ujian ini Allah mahu ana lebih kuat dan bertambah iman padaNya, siapa tahu?
cuma apa yang ana harapkan adalah walaupun dugaan ini kadangkala ana rasakan yang ana terlalu lemah untuk menghadapinya, Tuhan dapat memberikan hasil yang lumayan pada masa akan datang.
mencari kesalahan orang lain bukanlah satu cara yang betul. Ana tidak mampu untuk menghalang selain berdoa dan berdoa saban hari dan waktu supaya Tuhan Ynag Maha Adil itu berikan hidayah.
Ana sangat-sangat perukan kekuatan..

kedua..

soal dalaman diri ana sendiri, kapasiti ana , kondisi ana..semuanya berkaitan dengan satu perjuangan untuk islam. Tuhan , berikanku petunjuk..

ketiga..

Masalah belajar yang ana hadapi semakin ketara bila ana mula berada dalam tahun ketiga diploma perakaunan (D.I.A)..tidak semudah yang disangka.Setakat ini, markah yang ana dapat sekadar 'cukup-cukup makan'..
hati siapa yang tidak kecewa.ana telah cuba seboleh mungkin tapi rezeki ana masih belum mencapai tahap yang ana harapkan.Ana perlu bekerja keras dan menghargai masa.
Dengan 24 jam sehari Tuhan berikan, ana perlu lebih bijak membahagikan masa..

Hidup bukan suatu perkara remah yang mana kita sekadar berhibur dan bergurau senda. Bukan konsep sebenar kia hidup dimuka bumi Allah ini. Konsep 'KHALIFAH' yang perlu sama-sama kita laksanakan.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Kasih, Cinta, Redha, pada Allah.
Hanya kepada Allah tempat kita mengadu.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Al-Baqarah, ayat 286.