Thursday, April 16, 2009

Bismillah..

aLHAMDULILLAH, SYUKURLAH SEMANGAT ITU SEMAKIN DATANG,
begitulah bila hampir pada peperiksaan,
perit sungguh untuk melalui liku liku perjuangan ini,
selagi ianya tidak berada di garisan penamat..

Ku menghitung hari,
ah tinggal beberapa jengkal lagi untuk ke garisan penamat,
menamatkan larian yang semakin hampir ke garisan penamat itu..

melihat pada list final exam,
23/4 - aud 390
24/4 - maf 380
25/4 - muet
27/4 - ais 360
30/4 - tax 370
5/5 - far 350
10/5 - maf 330
11/5 - muet

insyaAllah, yakin pada diri sendiri, dengan bantuan Allah, UNA boleh!!!
ana melihat pada jadual studi..
huh, perlu ikut seperti yang telah dirancang.
terasa berat dihati, tapi aku perlu tabah dan sabar..
menuntut ilmu perlu sabar, bukan semudah meneguk air dengan sedap..

setiap liku kehidupan itu ada ujian,
bila kita sudah bergelar muslim akan ada ujian,
tidak akan tidak untuk kita lari dari ujian itu..

kita bukan bisa mengawal hati orang lain agar suka dan sayang pada kita,
kita tidak punya apa-apa untuk berbuat demikian..

Allah Maha Kuasa,
perancangan Allah, aturan hidupan itu,
kuasa Yang Maha Esa..

Moga Allah beri ku kekuatan,
aku tidak keseorangan,
adanya Allah sebagai Pelindung HambanYa..
Allah..
Ampuni aku ya..
aku terlalu lemah dan terlalu berdosa padaMU..

Allah..Allah..Allah..
dekatlah padaku..
hati ini terlalu merindui..

3 comments:

Anonymous said...

Hari-hari yang berat...?

"Man zara'a hasoda"
Kejayaan sebenar bukan hanya pada kehebatan dalam menjawab exam sahaja. Memanfaatkan ilmu kepada yang sebaiknya juga merupakan suatu kejayaan.

Adik Madihah. Saya ada mendengar sorotan kisah ringkas beliau di IKIM.fm. Dikatakan walaupun telah habis peperiksaan, adik Nur Madihah tetap ke perpustakaan, sedangkan kawan-kawan yang lain sedang bersantai setelah habisnya peperiksaan tersebut. Ini menggambarkan bahawa minat adik Madihah begitu tinggi dalam mendalami ilmu, dan bukannya belajar untuk periksa sahaja.

Alamak.. Ni sindir diri sendiri la.
Apa pun, Selamat Menduduki Peperiksaan. DUIT, Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal.

ichigo13 said...

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.

Anonymous said...

Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal

Jangan berhenti untuk ilmu di sini sahaja... :)

min al mahdi ila lahdi