Thursday, April 2, 2009

Selesai sudah..

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Syukur kehadratNya, diberi ruang lagi untuk bernafas, melihat dunia yang sangat indah ciptaanNya, kekuatan dalam beribadah..
Selawat dan Salam buat nabi Muhammad Junjungan agung, Nabi akhir zaman, nabi kita..

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa, selesai sudah test investment, finance dan tax.Syukurlah ketiga-tiga paper ana dapat buat dengan confident, tapi keputusannya?akan datang 5hb dan 7hb.untuk paper audit dan akaun.
moga diberi kekuatan dalam menjawab, dipermudahkan setiap urusan dan tiada kesulitan hendaknya.
serahkan segalanya hanya pada Tuhan selepas usaha yang bersungguh dilakukan..

rajin pula ana menulis..
bukan apa, jari jemari pinjaman Ilahi ini ligat untuk menaip walaupun hanya menulis apa yang bermain dalam kepala..

1. selesai solat subuh pagi tadi, hati ana terdetik dan tertanya satu perkara.
perkara ini telah lama bermain di fikiran. Budaya memberi dan menjawab salam.
Memberi dan menjawab salam adalah dituntut dalam agama bukan? dan besar fadhilatnya.
tapi , jika kita lihat rata-rata sekarang bilamana kita berjumpa ditengah jalan, atau kita menghabiskan borak bersama rakan-rakan, perkataan akhir yang dilafazkan bukanlah mendoakan kesejahteraan dalam kata lain "assalamualaikum" sebaliknya..
.. oklah g dulu, bye..benar tak?
betapa berat benar lidah ingin menyebut salam..
kan indah jika perkataan 'bye' itu ditukar dengan 'assalamualaikum' dan dijawab dengan 'waalaikumussalam'. yang memberi mendapat pahala dan yang menjawab juga mendapat ganjaran..

2. Seminar on auditing profession and islamic ethical philosophy.
seminar ni ana join minggu lepas 28 mac 2008.menarik dan seronok.
apa yang ingin ana kongsi, dua orang speakers , MR AHMAD SHAHRUL MOHAMAD dan MR MOHD NIZAM MOHD ALI.
dua orang speaker yang mantap, mr ahmad shahrul adalah seorang auditor dan mr ahmad nizam adalah director daripada private sector.
apa yang menarik? berkaitan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh kedua-dua speaker yang merelatekan apa yang kita lakukan berbalik pda Allah. Antara kata-kata mereka:
1. rezeki adalah dari Allah dan bukan kita yang berhak menentukan
2. ilmu itu datang dari Allah, ibarat titisan air, apabila kita tidak merendahkan diri untuk menadah dan mendapatkan pasti kita tidak mampu perolehnya

3.jika kamu mendengar sesuatu penyampaian, kamu perlu berdiri dan bertanya bukan hanya mendengar apa yang diberikan

4.hormat ilmu yang kamu dapat
5.berkatalah yang benar apa yang kamu tahu
6.life is continous process to learn

7.manusia mempunya dua kualiti iaitu dalaman dan luaran

8.jika kamu tidak tahu apa yang kamu ta tahu, kamu benar-benar bodoh
9.kamu bertanyakan tentang sesuatu perkara:

- kamu adalah betul-betul ingin tahu
-kamu bukan ingin tahu perkara tersebut
-kamu hanya mahu mempermainkan orang yang memberikan penyampaian

3. " ok, terima kasih atas kerepek dan lain kali jangan berjanji kalu tak pasti boleh tepati atau tidak"...
sms yang ana terima daripada seorang sahabat ana, Hal yang tak disangka boleh jadi besar.
beberapa lamanya ana berfikir tentag kesilapan ana, mungkin juga ada perkara yang tersimpan yang tidak diluahkan , so bila kesilapan kecil buatkan terus tak mampu menahan lagi lantas melepaskan segala yang terpendam.

4. time management. Kelemahan diri yang perlu dibaiki. Bagaimana ingin menjadi da'i tapi dalam masa yang sama diri masih terkontang kanting?adakah sewajarnya mengambil tindakan awal supaya perbetulkan diri..bina kekuatan dalaman dan luaran baru bisa berdakwah..

5.usrah.
bagaimana ingin mencari pengganti untuk adik-adik?

6.Diri ana yang meletakkan belajar satu kepentingan utama. Dakwah dan belajar, sama kepentingan dan perlu diletakkan beririgan, tapi jika diri tak mampu bagaimana pula?
belajar juga satu ibadah , satu perjuangan..tapi jika gagal dalam perjuangan awal, bagaimana mad'u bisa menerima kita?



perkara yang selalu bermain dalam fikiran..
ana masih tidak mampu menjadi da'ie yang baik.
perlu memantapkan lagi diri yang lobang-lobang dan berkarat ini.

7.rindu pada family.sudah 3 bulan tidak berjumpa. Apakah khabar adik ana dimesir..
sihatkah?makan apakah?
sudah lama tidak contact..

8.hidup sunyi dan perlukan teman...??
sahabat baru, sem ni ana mula rapat dengan seorang hamba Allah bernama nurul amiza abdul rahman, kami sama kos cuma berlainan kelas.
tempat pertemuan kami adalah masjid, sikap dan cara dia buatkan ana tertarik untuk makin rapat.Ukhuwah Fillah abadan abada, moga pertemuan yang secara tidak dirancang oleh manusia tetapi mengikut peraturan Tuhan ini mendapat kebaikan.

jari jemari agak kekok menaip.
moga akan datang dapat menaip untuk pengisian hati dan juga yang membaca, insyaALLAH.
sekadar dulu, yang baik datang dariNya, kurangnya dalam menulis adalah kelemahan diri sang penulis.
moga ALLAH datangkan rahmat yang melimpah pada hambanYa, ameen..

No comments: