Wednesday, April 15, 2009

Tuhan batntulah aku

Tuhan,
ketenangan itu milik Dia,
aku tidak punya ape2,
hanya boleh menadah tangan untuk meminta ketengan,
tapi Yang Memberi sudah tentu Yang Maha Pemberi itu,

Tuhan,
aku rasa berdosa,
kerna ape?
kerna dosa-dosaku..
kadangkala aku tak mampu untuk menahan diriku menghindari dosa,
aku insan lemah,
aku juga dhaif wahai Allah..

Tuhan,
aku sedih dan perlukan kekuatan,
adakah Kau masih memandang diriku yang hina ini,
aku asek meminta taubat,
ampunkan dosaku..
tapi aku masih tidak lekang dari melakukan dosa,
lemahnya aku wahai Yang Maha Kuat..

Tuhan,
aku lemah tika menulis warkah buatMu ini,
adakah kau masih menerima taubat hambaMu yang tidak punya apa2 ini?
kenapa terlalu susah melunturkan hati sahabat yang keras membatu?

Tuhan,
aku tertekan dengan perangai dan tingkah lakunya,
bagailah aku ini seperti najis saja,
atau aku ini terlalu hina dipandangan matanya,
padahal menerima dan menolak taubat itu adalah dalam kuasaMu,
aku sedar diriku yang serba kekurangan ini Tuhan,
aku tidak sepandai dia,
yang Kau beri nikmat kepandaian,
bertuahnya diri,
tapi dia hanya pandai menjawab soalan,
tapi tidak pandai dalam membina ukhuwah yang Kau suka,
Allah suka dan sayang orang yang menyambungkan tali persaudaraan,
tapi Tuhaan..
aku bukan tidak berusaha,
aku sedih..
sedih..
sedih..

Tuhan,
peperiksaan akhir akan tiba,
hanya beberapa hari lagi,
tapi aku lemah hari ini Tuhan,
aku tidak mampu menahan tangis hiba,
kerna apa?
aku keseorangan,
dipulau,
ditinggalkan,
bukan kesalahan apa,
bukan membunuh atau mengkafirkan umat Muhammad,
tapi aku dibenci..
kerna pa..
kerna aku lemah dan banyak kekurangan,
terlalu lemah manusia itu smpaikan lupa yang diri sendiri juga lemah,
tiada sempurna pun setiap manusia itu,
ada lemah dan lebih..

Allah,
lembutkan hatinya yang keras membatu itu,
agar dia nampak jelas kebesaran Mu dimana Kaulah yang Maha Berkuasa..
AMEEN..

2 comments:

NUR said...

salam..setiap ujian pasti ada hikmahnya.kita sebagai manusia dan muslim harus yakin dan percaya semua itu ada hikmahnya. try reflectkan kepada diri kita sendiri.adakah kita pernah lakukan sesuatu perkara yang secara tak sengaja melukakan hatinya?dan adakah di dalam hati kita sudah tertutup dngn kebaikan yg prnh sahabat kita lakukan..~UJIAN DTG PELBAGAI BENTUK DAN BANTUAN JUGA DALAM PELBAGAI BENTUK~ kekadang diri yg tersilap tafsir.ALLAH ALWAYZ WITH YOU.(www.bicaraqalby.blogspot.com)

nur said...

salam...ujian dtg pelbagai bentuk, dan bantuan dtg pelbagai bentuk..kekadang tanpa kita sedari, kita prnh melukakan hati sahabat kita tanpa kita sedari dan adakah hati kita sdh tertutup utk melihat kebaikan yg prnh sahabat kita lakukan..reflectlh diri kita sendiri.muhasabah diri kita selalu.Allah alwayz with u..ujian dtg pelbagai bentuk dan bantuan dtg pelbagai bentuk.hanya keyakinan yg kuat sahaja yang percaya bahwa ada hikmah disebalik kejadian.